Site icon MuslimahHTM News

Doa Memohon Taubat (Doa Nabi Musa)

[Doa Pilihan] Doa Memohon Taubat (Doa Nabi Musa)

سُبۡحَٰنَكَ تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

“Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).” [TMQ al-A’raaf (7): 143]

===

Dan ketika Musa sampai pada waktunya untuk berbicara kepada Allah, dia berbicara kepada Tuhannya secara langsung di belakang tabir tanpa melalui perantara apapun.

Musa berkata: “Wahai Tuhanku, perlihatkanlah diriMu kepadaku agar aku boleh melihatMu kerana rindu dan ingin menghormati.”

Lalu Allah SWT menjawab: “Manusia tidak mampu melihatku di dunia, namun lihatlah gunung itu. Jika masih tetap kukuh maka kamu akan melihatKu, maknanya adalah tidak akan boleh melihatKu, sekalipun gunung itu lebih besar darimu dari segi kepadatan dan kekuatan, dia tidak akan kuasa ketika Tuhan bertajalli di atasnya”.

Dan ketika datang nur Allah atas gunung, nescaya nur itu menjadikannya hancur berkecai. Kemudian Musa jatuh pengsan.

Tatkala dia sedar dari pengsannya, dia berkata: “Aku mensucikanmu wahai Tuhan. Aku bertaubat atas permintaanku yang ingin melihatMu dan aku adalah orang mukmin pertama dari kaumku”

Tafsir Al-Wajiz / Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, pakar fikih dan tafsir Syria

Exit mobile version