Site icon MuslimahHTM News

Doa Ketika Kesedihan

[Doa Pilihan] Doa Ketika Kesedihan

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, aku mengharapkan rahmat-Mu. Janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Perbaikilah segala urusanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau.” (HR Abu Daud dan Ahmad)

==

Ujian dan kesedihan boleh jadi merupakan sarana untuk menguji kita dan melihat apakah kita tetap teguh berada di jalan-Nya. Atau untuk melihat siapa di antara kita yang mahu bersabar dan tabah ketika dihadapkan dengan kesulitan, atau untuk membezakan antara orang-orang mukmin dan munafik, atau untuk menguji kekuatan iman kita.

Rasulullah mengajarkan doa kepada kita apabila ditimpa kesedihan dan ujian, sebagaimana hadis berikut;

فعن أبي بكرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: دَعَوَاتُ الْمَكْرُوبِ: اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ. رواه أبو داود والنسائي في السنن الكبرى، وابن حبان وصححه، وحسنه الألباني

Daripada Abu Bakar RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda; Doa ketika kesedihan: اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, aku mengharapkan rahmat-Mu. Janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Perbaikilah segala urusanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau.” (HR Abu Daud dan Ahmad)

Berkata Al Munawi menjelaskan hadis ini:

(دعوات المكروب) أي المغموم المحزون أي الدعوات النافعة له المزيلة لكربه والكرب بفتح فسكون ما يدهم المرء مما يأخذ بنفسه ويغمه ويحزنه (اللهم رحمتك أرجو فلا تكلني إلى نفسي طرفة عين وأصلح لي شأني كله لا إله إلا أنت) ختمه بهذه الكلمات الحضورية الشهودية إشارة إلى أن الدعاء إنما ينفع المكروب ويزيل كربه إذا كان مع حضور وشهود ومن شهد لله بالتوحيد والجلال مع جمع الهمة وحضور البال فهو حري بزوال الكرب في الدنيا والرحمة ورفع الدرجات في العقبى

“Maksud dari “Da’awatul Makrub” adalah doanya seorang yang resah dan sedih iaitu doa-doa yang bermanfaaat untuknya menghilangkan kesulitan yang menyulitkan dirinya, meresahkan dan menyedihkannya.”

Oleh demikian, adalah sangat penting bagi kita untuk menyikapi ujian dan kesedihan sebagai bahagian dari kehidupan di dunia, bukan semata kerana dosa-dosa kita. Melainkan boleh jadi kerana kita taat di jalan-Nya dan kerana Allah SWT mencintai kita sepertimana para Nabi yang mengalami banyak kesulitan.

Exit mobile version