Site icon MuslimahHTM News

Fikratul Ummah Bil 97 (Zulkaedah 1442H)

Fikratul Ummah Bil 97 (Zulkaedah 1442H)

Assalamualaikum wbt.

Sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah serta teknologi yang semakin canggih, kita acapkali juga tersentak oleh pelbagai permasalahan akidah dan sosial yang kian menghimpit umat Islam. Ideologi sekular yang  digunapakai dalam sistem kenegaraan kita telah merosakkan sebahagian pemikiran umat Islam akibat terpengaruh dengan idea-idea yang lahir dari ideologi sekular itu sendiri. Tidak sedikit kaum liberal yang bersikap lantang dan semakin rancak menyebarkan fahaman mereka di tengah-tengah mesyarakat. Hal ini kemudiannya membawa kepada peningkatan statistik kes murtad yang semakin tinggi, kadar sosial yang semakin menyesakkan dada masyarakat, peningkatan golongan LGBT serta pelbagai lagi permasalahan lain. Namun, dominasi sekularisme akibat penjajahan telah mengaburkan hakikat yang jelas itu.

Oleh yang demikian, Fikratul Ummah pada kali ini dalam segmen politik menyentuh isu yang berkaitan dengan fahaman asing yang lahir dari ideologi sekularisme ini iaitu pluralisme. Dalam segmen Nafsiyah pula, penulis menyeru umat Islam di Malaysia khususnya agar sama-sama berusaha untuk menyelamatkan pemikiran umat Islam dari terus diracuni oleh fahaman barat. Kisah Ummu Hisyam Binti Harisah yang hidup bahagia dalam dakapan Islam dalam segmen srikandi diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca agar tetap kuat dengan pegangan Islam walaupun diancam dengan pemikiran-pemikiran asing.

 

SILA MUAT TURUN SALINAN FU ANDA SECARA PERCUMA DI SINI  ⬇️

FU_BIL_97

Exit mobile version