Site icon MuslimahHTM News

ADAKAH KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN TERBAIK?

Dalam pelbagai hadis, Nabi Muhammad SAW telah memberikan petunjuk tentang kriteria manusia terbaik. Nabi Muhammad SAW adalah salah satu contoh manusia terbaik pilihan Allah SWT dan mendapatkan keistimewaan yang luar biasa.

Setiap manusia pasti akan gembira jika dipuji orang lain. Itu adalah salah satu sifat manusia. Apatah lagi jika pujian itu datang daripada Nabi Muhammad SAW, betul tak?

Namun, ketika kita ditanya tentang siapa orang terbaik, jawapannya adalah merujuk kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW. Dalam pelbagai hadis, baginda telah menyebutkan antara manusia terbaik adalah mereka yang selalu melakukan perkara kebajikan. Bahkan, baginda juga pernah menunjukkan siapa orang yang paling baik dan buruk.

أنَّ رجلًا قالَ : يا رسولَ اللَّهِ أيُّ النَّاسِ خيرٌ ؟ قالَ : مَن طالَ عمرُهُ ، وحَسنَ عملُهُ ، قالَ : فأيُّ النَّاسِ شرٌّ ؟ قالَ : مَن طالَ عمرُهُ وساءَ عملُهُ

Ketika Rasulullah SAW ditanya, “Siapa manusia terbaik?” Baginda menjawab, “Orang yang panjang usianya dan baik amalnya.” Baginda kembali ditanya, “Lalu siapa pula manusia terburuk?” Jawab Rasul, “Orang yang panjang usianya tetapi buruk amalannya.” (HR at-Tirmidzi)

Semoga kita semua boleh termasuk dalam orang-orang terbaik. Aamiin.

Exit mobile version