Site icon MuslimahHTM News

Duhai Ayah Bonda, Jangan Sampai Menjadi “Ibu Bapa Toksik”

Penulis: Najmah Saiidah

Ibu bapa toksik mungkin merupakan istilah yang baru kita dengar, akan tetapi sebenarnya jika kita ketahui apa yang dimaksud, maka sesungguhnya bukan sesuatu yang baru. Istilah ibu bapa toksik disematkan kepada ibu bapa yang tidak memperlakukan anaknya dengan baik, bahkan kondisi kejiwaan anak pun boleh terganggu akibat memiliki ibu bapa yang toksik. Bukan hanya teman, pasangan, atau lingkungan, istilah toksik juga berlaku bagi ibu bapa yang menjadi “racun” bagi anaknya sendiri. Jika dibiarkan berlarut-larut, tentu anak boleh mengalami berbagai masalah. Terlebih lagi di waktu  pandemik saat ini, yang mana beban yang dipikul ibu bapa makin berat, justeru makin mudah untuk memicu tekanan dan emosi. Akibatnya ibu bapa jarang menghargai anak, bahkan sering memarahi anak meski hanya kerana perkara kecil atau mempermalukannya di hadapan orang lain. Oleh kerana itu para ibu bapa perlu berhati-hati, agar tidak terjebak menjadi ibu bapa toksik.

Apakah yang dimaksudkan dengan ibu bapa toksik dan ciri-cirinya?

Ibu bapa toksik adalah ibu bapa yang tidak menghormati dan memperlakukan anaknya dengan baik sebagai individu. Mereka boleh melakukan berbagai bentuk kekerasan pada anak bahkan sehingga menyebabkan kondisi psikologi atau kesihatan mentalnya terganggu. Ibu bapa toksik juga enggan berkompromi, bertanggung jawab, mahupun meminta maaf pada anaknya. Hal ini sering dilakukan oleh ibu bapa yang memiliki tekanan atau gangguan mental sehingga menjadikan anak sebagai mangsa keadaan.

Selain itu, trauma di masa kecil akibat pengasuhan yang buruk juga dapat memicu terjadinya hal tersebut, di mana ibu bapa membawa luka lama, dan melukai anaknya dengan cara yang dialaminya dulu. Meski ibu bapa toksik kerap berdalih apa yang dilakukannya semata-mata kerana sayang, tapi pola didik yang toksik sudah pasti tidak baik untuk dilakukan. Anak memerlukan cinta dan kasih sayang yang tulus dari ibu bapanya. Jika anak tidak mendapatkan kasih sayang yang sewajarnya dari kedua ibu bapanya, jiwa anak pasti boleh terluka. Sangat mungkin ibu bapa kelihatan normal, memberikan keperluan anak, tidak menyakiti secara fizikal, serta menginginkan yang terbaik untuk anak. Namun ibu bapa hanyalah manusia biasa yang kerap melakukan kesalahan dan alpa, tanpa disedari terdapat sikap dan perilaku ibu bapa yang secara diam-diam menjadi “racun” bagi mental dan keperibadian anak.

Beberapa pakar psikologi merumuskan ciri-ciri ibu bapa yang menjadi ibu bapa toksik, diantaranya mengutamakan diri sendiri dan tidak mempertimbangkan perasaan anak, tidak memperlakukan anak dengan baik, sentiasa berada dalam keadaan sukar untuk mengendalikan emosi, atau cenderung bereaksi berlebihan ketika anak melakukan kesalahan. Atau mengawal anak secara berlebihan bahkan mencampuri urusan peribadi, sering menyalahkan dan mempermalukannya bahkan menceritakan keburukannya di hadapannya, lebih teruk lagi bersaing dengan anak dan sentiasa merasa benar. Sehingga alih-alih teruja dan bahagia atas kejayaan anak, justeru menyebabkannya kecewa dan mengabaikannya.

Muslim Terjebak Menjadi Ibu Bapa Toksik

Sudah sewajarnya anak lahir dalam keluarga yang bahagia serta mendapatkan kasih sayang yang cukup dari ibu bapanya sehingga anak akan tumbuh menjadi anak yang sihat baik secara jiwa mahupun raga. Namun faktanya, tidak kurang anak yang membesar dalam persekitaran keluarga dengan kondisi ibu bapa yang kasar, tidak ambil berat, serta “meracuni” anak baik secara fizikal mahupun mental.

Walaubagaimanapun, menjadi ibu bapa memang tidak mudah, perlu terus belajar dan belajar. Istimewanya, Islam sebagai agama yang sempurna telah memberikan kepada umatnya rambu-rambu yang sangat terperinci. Terlebih lagi Allah telah turunkan manusia pilihan yang menjadi contoh terbaik untuk kita semua, yang menunjukkan bagaimana menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak kita. Lalu seperti bagaimana tuntunan Islam sehingga para ibu bapa tidak terjebak menjadi ibu bapa toksik?

  1. Memahami Anak sebagai Anugerah dan Amanah dari Allah Swt.

Islam sebagai agama yang sempurna telah memposisikan anak sebagai anugerah dan amanah dari Allah Swt. yang wajib dipertanggungjawabkan oleh setiap ibu bapa. Ibu bapa diberi amanah oleh Allah Swt. dengan kehadiran anak, bukan untuk kehidupan di dunia semata, melainkan juga untuk kehidupan di akhirat. Jika ibu bapa faham bahawa proses pendidikannya terhadap anaknya akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, dia akan melakukannya dengan hati-hati sesuai dengan syariat Islam dan tidak terjebak dalam kondisi ibu bapa toksik yang justeru akan mencelakakan anak. Anak sebagai anugerah, maka sudah seharusnya ibu bapa mensyukuri nikmat yang tak terhingga ini kerana dipercaya untuk membesarkan anak-anaknya. Untuk mensyukurinya, wajib menjaga pertumbuhan dan perkembangan anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sejak isteri mengandung, saat itulah isteri dan suami sebagai calon ibu bapa wajib mempersiapkan diri untuk menjaga sejak dalam kandungan, hingga anak lahir, seterusnya mendidik dan melindunginya sampai anak boleh menapaki kehidupannya dengan aman dan sejahtera. Diharapkan, anak boleh menikmati perjalanan hidupnya sebagai anak yang soleh atau solehah dan mencapai kemandirian, sehingga mampu mengharungi kehidupan dengan baik dan akhirnya menjadi seseorang yang bersedia untuk mengemban dakwah Islam dan memperjuangkan Islam.

  1. Memahami bahawa Anak adalah Aset Generasi Mendatang yang Sangat Berharga

Siapa pun akan faham bahawa keberadaan anak-anak menjadi jalan lestarinya keturunan kita selanjutnya. Terlebih lagi di tangan merekalah tergenggam masa depan umat, merekalah yang akan menggantikan generasi kita sekarang. Oleh kerana itu, merupakan kewajipan untuk memperhatikan dan mempersiapkan pola pengasuhan dan pendidikan yang baik untuk anak-anak, tidak terjebak pada pola asuh dan pola didik yang justeru boleh menjadi racun bagi anak-anak kita. Sebagai ibu bapa, dengan memahami bahawa anak-anak adalah aset masa depan dan juga ladang pahala bagi kita, maka kita akan menjaga agar proses pembesaran fizikal dan mentalnya berlangsung dengan baik, sehingga terwujud generasi masa depan yang berkualiti.

Allah Swt. telah memperingatkan kita semua agar tidak meninggalkan anak-anak yang lemah, sebagaimana firman-Nya dalam TMQ An-Nisa ayat 9:

سَدِيدًا قَوْلًا وَلْيَقُولُوا۟ ٱللَّهَ فَلْيَتَّقُوا۟ عَلَيْهِمْ خَافُوا۟ ضِعَٰفًا ذُرِّيَّةً خَلْفِهِمْ مِنْ تَرَكُوا۟ لَوْ ٱلَّذِينَ وَلْيَخْشَ

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Disebabkan itu, mereka hendaklah bertakwa kepada Allah dan hendaklah mengucapkan perkataan yang benar.”

  1. Menjadikan Syariat Islam dan Perbuatan Rasulullah Saw. sebagai Sandaran

Suatu kewajipan bagi setiap keluarga Muslim untuk menjadikan Islam dan syariatnya sebagai panduan dan solusi terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Ketika syariat Islam dijadikan sebagai pijakan, inilah yang akan memudahkan ibu bapa dalam proses pengasuhan dan pendidikan anak dan akan terhindarkan dari kondisi ibu bapa toksik. Keberkahan dan ketenteraman pun akan senantiasa tercurah bagi keluarga kita. Di sinilah pentingnya bagi ibu bapa untuk menguatkan pemahaman Islam di tengah-tengah anggota keluarga. Di samping itu, Rasulullah saw. memberikan teladan yang indah dalam membimbing dan mendidik anak-anak. Beliau sentiasa berbicara lemah lembut dan tidak pernah mencela anak-anak. Bila mereka melakukan kesalahan, Rasulullah saw. meluruskannya dengan baik. Umar bin Salamah, anak tiri beliau, menceritakan, “Ketika masih anak-anak, aku pernah dipangku Rasulullah saw., tanganku melayang ke arah bekas berisi makanan. Rasulullah berkata kepadaku, ’Nak, bacalah basmalah, lalu makanlah dengan tangan kanan dan ambillah makanan yang terdekat denganmu.’ Maka seperti itulah cara makanku seterusnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

  1. Satu Frekuensi dan Kerjasama yang Harmoni Antara Ayah dan Bonda

Kesamaan langkah antara ayah dan bonda merupakan hal yang penting dalam proses pembentukan keperibadian anak, lebih-lebih lagi terkait dengan hal-hal mendasar atau prinsip hidup. Fakta bahawa kadang kala terjadi perbezaan pemahaman antara ayah dan bonda tentang sesuatu, dan hal ini kerap membawa dampak buruk terhadap pola asuh terhadap anak-anak, bahkan boleh menjadi racun. Apabila hal ini berkaitan dengan hal prinsip, tentu saja hal tersebut perlu diselesaikan dengan baik oleh pasangan ayah dan bonda, dengan mengembalikannya kepada tuntunan syariat. Akan tetapi, jika berkaitan dengan permasalahan cabang atau hal yang mubah, hal ini perlu didiskusikan dengan baik, tidak mengedepankan ego masing-masing yang pada akhirnya anaklah yang menjadi mangsa. Maka, ketika ayah dan bonda tidak berada dalam satu frekuensi—tidak memiliki penilaian dan “selera” yang sama tentang sesuatu—kemudian mereka menunjukkan perbezaan dalam memperlakukan dirinya, anak akan mengalami kekeliruan untuk menentukan siapa yang hendak diikuti. Jika hal ini terus berlaku, anak akan berhadapan dengan satu keadaan yang berbahaya. Anak akan kehilangan pijakan kepercayaan secara umum. Anak melihat sesuatu yang tidak konsisten, sering berubah, dan tidak memiliki patokan yang tetap. Bahkan, anak boleh menjadi sosok peribadi yang oportunis.

Anak Usia Dini

Oleh sebab itu, kerjasama antara ayah dan bonda perlu terus diusahakan, sehingga tidak terjadi kekeliruan pada anak. Duduk bersama dan berdiskusi mengenai bagaimana sebaiknya melakukan pengasuhan terhadap anak. Ketika perbezaan itu dapat disamakan, ini merupakan langkah ideal, dan semuanya dilakukan semata-mata untuk kebaikan anak-anak di kemudian hari. Kerjasama ini juga penting dilakukan ketika kondisi “genting”, yang mana boleh jadi anak membuat “ulah” dan mengakibatkan salah satu dari ayah atau bonda terpancing emosinya. Maka, yang lain harus meredam dan mengambil alih, sehingga situasi yang kondusif tetap terkawal untuk menyelesaikan masalah.

  1. Tidak Memaksakan Kehendak Anak Selagi Berada dalam Koridor Syariat

Membiarkan anak menentukan sikap—termasuk dalam bermain dan berteman—selagi ianya positif, adalah satu hal yang sangat penting dalam masa pengenalan persekitaran dan proses menemukan jati dirinya. Anak-anak tetap perlu bermain dan juga berteman dengan teman sebayanya. Yang penting, ibu bapa tetap harus memberikan arahan tentang batasan-batasan syariat dan tidak terjerumus pada hal-hal yang sia-sia. Kita juga perlu mengajarkan adab kepada anak kita, mana yang baik dan mana yang kurang baik, serta bagaimana memilih teman. Rasulullah saw. sendiri telah memerintahkan kepada anak kita agar mengenal adab Islam sejak kecil. Beliau saw. bersabda, “Hormatilah anak-anak kalian dan perbaikilah adab-adab mereka.” Dari Amr bin ‘Ash, bahawa Nabi saw. bersabda, “Tidak ada pemberian ibu bapa untuk anaknya yang lebih utama dibanding adab yang baik.” (HR Tirmidzi) Dengan tidak mengekang anak tetapi tetap memantaunya, akan menjadikan anak mampu berfikir dan mendapatkan pelajaran penting perihal perbezaan, mampu membezakan mana yang boleh diteruskan menjadi teman, mana yang perlu dijauhi. Kelak, anak juga akan lebih mudah bercerita kepada ibu bapa apabila ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Di sinilah kesempatan ibu bapa untuk mengarahkan dan memberikan pemahaman kepada anak mengenai baik dan buruknya akan suatu hal.

Khatimah

Anak bukan hanya titipan Allah Swt. bagi ayah bondanya, tetapi ia adalah anugerah dan amanah dari-Nya. Namun, kadang tidak sedikit para ibu bapa yang lupa atau mengabaikan keberadaannya. Padahal, layaknya titipan, terlebih lagi amanah, ia harus kita jaga dengan baik. Kerana  bagaimanapun, kita wajib mempertanggungjawabkan apa yang telah dititipkan dan diamanahkan kepada kita. Islam juga telah memposisikan anak dengan sangat mulia. Sehingga menjadi kewajipan bagi ibu bapa menjaga anak-anaknya dengan sebaik-baiknya, jangan sampai terjebak menjadi ibu bapa toksik yang justeru akan membawa anak kepada bahaya bahkan kebinasaan. Wallahu a’lam bishshawwab.

Exit mobile version