Site icon MuslimahHTM News

KESAN KRISIS PANDEMIK TERHADAP KANAK-KANAK

Krisis pandemik memberi kesan terhadap kehidupan kanak-kanak dalam pelbagai perkara termasuklah:

1. Pendidikan – Pencapaian pendidikan lebih rendah, keciciran pelajaran, jurang perbezaan ketara mengikut kawasan akibat perubahan norma baru ke arah digitalisasi dunia pendidikan

2. Kesihatan – Peningkatan obesiti, kekurangan nutrisi atau kelaparan bagi keluarga miskin, penyakit tidak berjangkit dan masalah kesihatan mental.

3. Keganasan domestik – Menjadi mangsa dera baik secara fizikal mahupun emosi. Lebih parah menjadi mangsa jenayah seksual seperti sumbang mahram

4. Masalah sosial – Masalah sosial (pergaulan bebas, hedonisme, globalisasi, pengaruh negatif digital: buli siber, on screen violence, pornografi) melalui budaya digital tanpa sempadan yang menjadi cara hidup baru

5. Ekonomi – Terdapat sebahagian kanak-kanak yang terpaksa terjun ke dunia pekerjaan untuk membantu ibu bapa atau penjaga mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik. Selain itu, cabaran ekonomi keluarga turut mempengaruhi perkembangan anak-anak dalam aspek pendidikan. Hal ini kerana pendidikan digital memerlukan penggunaan peranti bersesuaian dan capaian internet yang baik, sekaligus menuntut kos yang tinggi.

Exit mobile version