Site icon MuslimahHTM News

Thariq bin Ziyad, Legenda Penaklukan Andalusia

Penulis: Ruruh Anjar

Tersebarnya Islam di Sepanyol tak lepas dari peranan penting panglima muslim terbaik yang menjadi legenda, Thariq bin Ziyad, nama penuhnya Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgha bin Walfajun Hibr Ghazin bin Walhas bin Yatuffath bin Nafzan. Dalam sejarah Sepanyol, beliau dikenali sebagai Thariq El-Tuerto atau Thariq yang mempunyai satu mata. Thariq bin Ziyad dilahirkan pada 50 H atau 670 M di Kenchela, Algeria, dari kabilah Nafzah.

Beliau bukanlah seorang Arab, akan tetapi seorang yang berasal dari kabilah Barbar yang tinggal di Morocco. Masa kecilnya sama seperti masa kecil kebanyakan umat Islam saat itu, beliau belajar membaca dan menulis, juga menghafal surah-surah Al-Quran dan hadis-hadis. Namun, Syeikh Muhammad Sa’id Mursi menyebut Thariq bin Ziyad masuk Islam bersama kaumnya melalui perantaraan Musa bin Nushair.

Dalam Tarikh Ibnu Nushair, sejarawan mengatakan Thariq adalah seorang hamba dari amir Kerajaan Umayyah di Afrika Utara, Musa bin Nushair. Lalu Musa membebaskannya dari perhambaan dan mengangkatnya menjadi panglima perang.

Setelah beberapa generasi kemudian, status Thariq sebagai hamba dibantah oleh keturunan-keturunannya. Dalam perjalanan menaklukan Afrika Utara, Musa bin Nushair kagum dengan kesungguhan dan keberanian salah seorang pasukannya, yakni Thariq bin Ziyad. Setelah menaklukkan beberapa wilayah, akhirnya pasukan ini berjaya menaklukkan Kota Al-Hoceima, salah satu kota penting di Morocco. Kota ini sebagai wilayah strategik yang mengantarkan pasukan Islam menguasai semua wilayah Morocco.

Musa kembali ke Qairawan manakala Thariq menetap di sana dan mengajarkan agama kepada masyarakat Barbar Morocco.

Potret Sepanyol Pra-Islam

Sejak 597 M, Sepanyol dikuasai bangsa Chadic dari Jerman, yang dipimpin oleh Raja Roderick yang zalim. Masyarakat Sepanyol dibahagi kepada lima kasta sosial. Kasta pertama adalah keluarga diraja, bangsawan, orang-orang kaya, tuan tanah, dan para penguasa wilayah. Kasta kedua diduduki para pendeta.

Kasta ketiga pula dari kalangan para pegawai negara seperti pengawal, penjaga istana, dan pegawai pejabat pemerintahan. Mereka hidup sederhana dan diperlakukan penguasa sebagai alat untuk memeras rakyat. Kasta keempat pula terdiri daripada para petani, pedagang, dan kelompok masyarakat lainnya yang hidup sederhana. Mereka dibebani cukai dan pungutan yang tinggi. Kasta kelima pula para buruh tani, askar bawahan, pelayan, dan hamba. Mereka yang paling menderita hidupnya.

Akibatnya, rakyat Sepanyol banyak yang berhijrah, sebahagian besarnya ke Afrika Utara. Di wilayah ini, di bawah pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Musa bin Nushair, mereka merasakan keadilan, kesamaan hak, keamanan, dan menikmati kemakmuran. Para imigran Sepanyol itu kebanyakan beragama Yahudi dan Kristian. Bahkan Garbenor Cheuta yang bernama Julian dan puterinya Florenda juga turut menjadi pelarian. Orang-orang Andalusia sengaja meminta tolong dan memberi jalan kepada umat Islam untuk menggulingkan Roderick dan membebaskan mereka dari kezalimannya.

Andalusia Tertakluk dengan Jihad

Setelah permintaan tersebut sampai kepada Thariq, beliau terus melapor kepada Musa bin Nushair dengan segera untuk meminta izin membawa pasukan menuju Andalusia. Khabar ini terus disampaikan Musa kepada Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dan beliau menyetujui meneruskan pengembangan penaklukan Andalusia yang telah dirintis sebelumnya. Pada Julai 710 M, berangkatlah empat kapal laut yang membawa 500 orang pasukan terbaik umat Islam. Pasukan ini bertugas mempelajari bagaimana medan perang Andalusia, mereka sama sekali tidak melakukan kontak senjata dengan orang-orang Eropah. Setelah persiapan dirasa cukup dan kepastian khabar telah diperolehi, Thariq bin Ziyad membawa  7000 pasukan lainnya melintasi lautan menuju Andalusia.

Roderick yang tengah sibuk menghadapi pemberontak-pemberontak kecil di wilayahnya dalam Perang Sidonia terus mengalihkan perhatiannya kepada pasukan kaum muslimin. Dia kembali ke ibu kota Andalusia kala itu, Toledo, untuk mempersiapkan pasukannya menghalang serangan kaum muslimin. Roderick bersama 100,000 pasukan yang dibekali dengan peralatan perang lengkap segera berangkat ke Selatan menyambut kedatangan pasukan Thariq bin Ziyad.

Ketika Thariq bin Ziyad mengetahui bahawa Roderick membawa pasukan yang begitu besar, dia segera menghubungi Musa bin Nushair untuk meminta bantuan. Maka, Musa mengirim pasukan tambahan yang jumlahnya hanya 5,000 orang. Akhirnya pada 28 Ramadhan 92 H bertepatan dengan 18 Julai 711 M, bertemulah dua pasukan yang tidak berimbang ini di Medina Sidonia. Perang yang dahsyat pun berkecamuk selama lapan hari. Kaum muslimin dengan jumlahnya yang kecil tetap bertahan kukuh berjihad menghadapi hantaman orang-orang Visigoth pimpinan Roderick.

Keimanan dan janji kemenangan atau syahid di jalan Allah telah memantapkan kaki-kaki mereka dan menyirnakan rasa takut dari dada-dada mereka. Di hari kelapan, Allah pun memenangkan umat Islam atas bangsa Visigoth dan berakhirlah kekuasaan Roderick di tanah Andalusia. Setelah perang besar yang dikenal dengan Perang Sidonia ini, pasukan muslim dengan mudah menaklukkan saki baki wilayah Andalusia lainnya. Musa bin Nushair bersama Thariq bin Ziyad berjaya membawa pasukannya hingga ke perbatasan di Selatan Andalusia. Dalam tempoh dua tahun, pasukan Musa bin Nushair dan Thariq bin Ziyad berjaya menguasai seluruh daratan Sepanyol. Portugis juga mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan Al Gharb. Sungguh kejayaan yang luar biasa.

Cahaya Islam Tersebar di Eropah

Musa bin Nushair dan Thariq bin Ziyad tidak hanya mengalahkan penguasa-penguasa zalim di Eropah, malah mereka berjaya menaklukkan hati masyarakat Eropah dengan memeluk Islam. Dengan dakwah, mereka berjaya menyampaikan pesan bahawa Islam adalah agama mulia dan memuliakan manusia. Manusia tidak lagi menghinakan diri mereka di hadapan sesama makhluk, kemuliaan hanya diukur dengan ketakwaan bukan dengan nasab, warna kulit, status sosial, dan material (harta). Musa dan Thariq juga berhasil menanamkan nilai-nilai tauhid. Membebaskan manusia dari penyembahan kepada makhluk, hanya kepada Allah semata. Melihat keberhasilan Musa dan Thariq menaklukkan Andalusia dan menanamkan nilai-nilai Islam di negeri tersebut, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik kemudian memanggil mereka kembali ke Damaskus. Setelah bertemu Khalifah Al-Walid, Thariq bin Ziyad ditakdirkan oleh Allah Swt. untuk tidak kembali ke Sepanyol atau Eropah. Beliau sakit dan mengembuskan nafas terakhirnya di Damaskus, Syria, pada 720 M.

Jasa-jasa Thariq dan kepahlawanannya diabadikan dengan nama selat yang memisahkan Morocco dan Sepanyol dengan nama Selat Gibraltar. Gibraltar adalah kata dalam bahasa Sepanyol, yang diertikan dalam bahasa Arab sebagai Jabal Thariq. Perjuangan Thariq bin Ziyad dan kaum muslimin saat itu, memperlihatkan terwujudnya kewajipan dakwah dan jihad ke penjuru alam. Membawa dampak besar terhadap perkembangan peradaban, sebagaimana tergambar pada kemajuan Kota Cordoba. Terbitnya cahaya Islam, hadir menerangi kegelapan benua Eropah. Kediktatoran dan hukum rimba, berganti dengan keadilan dan kedamaian melalui penerapan syariat Islam kafah, sebagai rahmat bagi semesta alam. Wallahu a’lam bishshawwab.

*Disarikan dari berbagai sumber

Exit mobile version