Site icon MuslimahHTM News

[Fikrul Islam] Asas-Asas Pemikiran Islam

Penulis: Muhammad Husain Abdullah

Pemikiran Islam dibangun di atas dua asas, yakni akal dan syarak.

  1. Akal

Islam telah memerintahkan manusia untuk menggunakan akalnya. Allah mendorong manusia untuk memperhatikan alam semesta dan apa sahaja yang ada di dalamnya dengan cermat, sehingga dapat mengantarkan kepada keimanan tentang adanya Al-Khaliq, yang menciptakannya. Allah Swt. berfirman,

وَفِيْٓ اَنْفُسِكُمْ ۗ اَفَلَا تُبْصِرُوْنَ

“Dan pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” [TMQ Adz-Dzaariyaat (51): 21]

فَلْيَنْظُرِ الْاِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ

“Maka perhatikanlah manusia itu, dari apa dia diciptakan.” [TMQ Ath-Thaariq (86): 5]

اَوَلَمْ يَنْظُرُوْا فِيْ مَلَكُوْتِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللّٰهُ مِنْ شَيْءٍ

“Apakah mereka tidak memperhatikan pada kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah.” [TMQ Al-A’raaf (7): 185]

Dengan pengamatan seperti ini, manusia boleh membuktikan adanya al-Khaliq Yang Maha Kuasa. Dengan akalnya, manusia boleh menjangkau keberadaan al-Khaliq Yang Maha Esa yang telah menciptakan makhluk. Dengan akalnya pula, manusia boleh membuktikan bahwa Al-Quran adalah kalamullah, dan Muhammad adalah Rasulullah.

Oleh kerana itu, akal merupakan asas bagi akidah Islam. Sekaligus menunjukkan bahawa akidah Islam adalah akidah aqliyah. Akidah yang menjadi asas bagi pemikiran Islam. Akidah yang dibangun berdasarkan akal.

  1. SYARAK

Sumber pemikiran Islam—dengan seluruh bagiannya—adalah hukum syarak yang bersumber dari wahyu, iaitu Al-Quran dan Sunnah dan apa yang ditunjuk oleh Al-Quran dan Sunnah yakni ijmak sahabat dan qiyas. Syarak merupakan asas pemikiran Islam. Sampai bila pun, pemikiran Islam tidak akan keluar dari syarak.

Agar suatu pemikiran dianggap sebagai pemikiran Islam, maka perlu digali dari dalil-dalil syarak. Misalnya jihad, syura, dan iman kepada adanya jin. Semuanya merupakan pemikiran Islam yang datang dari dalil-dalil kitabullah dan sunnah Rasul.

Adapun imperialisme, teori Darwin, ataupun pemikiran sosialisme, bukanlah pemikiran Islam. Bahkan, pemikiran Islam telah menjelaskan sikapnya terhadap pemikiran-pemikiran semacam ini.

Ciri khas pemikiran Islam akan hilang jika terpisah–secara keseluruhan atau sebahagian dari wahyu. Allah melarang kita untuk melakukan pemisahan ini. Firman Allah SWT,

وَمَنْ يَّبْتَغِ غَيْرَ الْاِسْلَامِ دِيْنًا فَلَنْ يُّقْبَلَ مِنْهُۚ وَهُوَ فِى الْاٰخِرَةِ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ

“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidak akan diterima darinya dan dia pada hari akhirat termasuk orang yang merugi.” [TMQ Ali Imran (3): 85]

Pemikiran Islam tidak menerima tampal sulam sebagaimana yang dilakukan sebagian orang yang mengambil perekonomian Marxis atau Kapitalisme, sedangkan akhlak atau interaksi sosialnya diambil dari pemikiran Barat. Bahkan, mereka terpesona dengan setiap hal baru dan asing, kemudian memasukkannya (menyesuaikannya, peny.) pada pemikiran Islam.

Sumber: Muhammad Husain Abdullah. Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam.

 

Exit mobile version