Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Sumber-sumber pemikiran Islam adalah sumber-sumber tasyri’ dalam Islam. Sumber-sumber pemikiran Islam merupakan dalil-dalil yang bersifat global yang darinya digali pelbagai hukum syarak. Sumber-sumber pemikiran Islam wajib berasal dari wahyu yang bersifat pasti (qathie). Ertinya, mashdar al-hukmi (sumber hukum) mestilah pasti sumbernya (qathie uts tsubuut), iaitu berasal dari sisi Allah SWT. Sebab Allah SWT berfirman,
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ ۗ
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.” [TMQ Al-Isra (17): 36]
وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلَّا ظَنًّاۗ اِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِيْ مِنَ الْحَقِّ شَيْـًٔاۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ ۢبِمَا يَفْعَلُوْنَ
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.” [TMQ Yunus (10): 36]
Sumber yang membangun pemikiran Islam perlu dipastikan berasal dari Allah SWT. Sebab jika sumber yang membangun pemikiran Islam itu berupa hal-hal yang masih diragukan, tentu akan membuka peluang perselisihan, adakah ia berasal dari sisi Allah atau bukan.
Sumber hukum (mashdar) baru diakui sebagai hujah jika dibangun di atas dalil yang qathie (al burhaan al-qath’iy) bahawa sumber hukum itu absah digunakan sebagai hujah. Hal itu dilakukan agar seorang muslim yakin bahawa sesungguhnya dia tengah mengerjakan perbuatan sesuai perintah dan larangan Allah.
Kaum muslimin telah meyakini dengan bukti-bukti yang jelas lagi sahih dan qathie bahawa Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber tasyri’ Islam. Namun mereka masih berbeza pendapat mengenai kehujahan sumber hukum yang lain, iaitu: ijmak sahabat, qiyas, istihsaan, mashaalihul mursalah, syariat sebelum kita adalah syariat bagi kita (syar’u man qablanaa syar’un lana), mazhab sahabat, dan sebagainya.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah. Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam.

