Site icon MuslimahHTM News

PERLUCUTAN QADHI YANG TIDAK ADIL

[KHILAFAH & ANAK YATIM] KEADILAN KHILAFAH TERHADAP ANAK YATIM

Badan peradilan dan kekhilafahan memberikan perhatian terhadap pengadilan dan para hakim, sehingga badan peradilan tersebut memperketat pengawasan terhadapnya. Hal itu dilakukan bagi menghindari akan wujudnya unsur persekongkolan serta menjauhi kezaliman. Maka dari itu badan peradilan dan kekhilafahan berupaya untuk memecat hakim yang zalim.

Al-Khindi menuturkan dalam sebuah kisah bahawasanya ada seorang anak yatim dimana perihalnya berada dalam tanggugjawab Yahya bin Maimun yang menjawat jawatan hakim pada tahun 105 H. Namun Yahya menolak dan mengembalikan perihalnya kepada pemuka suku si yatim. Setelah anak yatim itu menginjak dewasa, si yatim merasakan bahawa dia mendapat layanan yang tidak adil dan dizalimi, maka dia pun melaporkan kembali sang pemuka suku kepada Yahya namun Yahya tidak bersikap adil terhadapnya. Lalu, si yatim menulis beberapa bait kata kepadanya:

“Bukankah aku telah melaporkan kepadamu wahai Abu Hassan bahawasanya hukum itu tidak berdasarkan pada kemahuanmu.

Anda telah memberikan keputusan dengan batil dan tidak membawa kebenaran.

Tidak pernah kedengaran hukum seperti itu

Anda sangka bahawa itu adalah benar dan adil

Namun menurut saya sebaliknya

Tidakkah anda tahu bahawasanya Allah itu benar dan melihat anda ketika anda memberikan keputusan.”

Kemudian, sampailah hal itu kepada Yahya, lalu dipenjaralah si yatim. Kemudian, perkara itu diajukan kepada Hisyam bin abdul Malik. Hal itu menyebabkan Yahya berada dalam keadaan yang sulit. Lalu Hisyam bin Abdul Malik menulis surat pemecatan kepada Yahya. Di dalam suratnya kepada Al-Walid bin Rifa’ah dsebutkan, “Pecatlah Yahya dari jawatannya sebagai hakim secara tidak hormat.”

Prinsip kewajipan mewujudkan keadilan dan menumpas kezaliman dari para khalifah dan penguasa tersebut sama sekali belum dikenal di seluruh penjuru dunia pada saat itu. Tidak ada pemimpin atau penguasa yang peduli terhadap persoalan umum dan anak-anak yatim kecuali pada masa peradaban Islam. Hal itu membuktikan atas keluhuran dan perikemanusiaan dalam peradaban Islam.

Sumber: Sumbangan Peradaban Islam Pada Dunia, Prof. Dr. Raghib As-Sirjini (ms623-624)

Exit mobile version