Site icon MuslimahHTM News

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Mengutamakan Kebajikan Anak Yatim

[KHILAFAH & ANAK YATIM]

Keadilan Khilafah Terhadap Anak Yatim

Khalifah Umar Abdul Aziz adalah seorang Khalifah yang dikenali sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, amanah dan adil dalam mengurus dan mengatur urusan umatnya.

Beliau pernah berkata, “Sesungguhnya perkara yang paling dicintai Allah adalah tindakan yang wajar saat seseorang dapat melakukan yang lebih, memaafkan saat mampu membalas, bersikap lembut dalam menjalankan kekuasaan. Tidaklah seseorang berbuat lembut kepada seseorang kecuali Allah akan berbuat lembut kepadanya di Hari Kiamat.”

Tindakan dan layanan penuh keadilan beliau tidak terkecuali dalam perihal anak yatim. Beliau sangat menjaga kebajikan anak yatim.

Pernah berlaku pergaduhan dalam permainan antara anaknya dengan anak lain yang merupakan anak yatim, Umar tetap mendahulukan keperluan anak yatim itu berbanding keperluan emosi anaknya:

Pada suatu hari, putera Umar bin Abdul Aziz yang masih kecil keluar rumah, dan bermain dengan anak-anak yang lain. Dalam permainan itu, salah seorang anak mencederakan putera Umar. Anak-anak yang lain menangkapnya, lalu membawanya menghadap Umar.

Umar mendengar suara pergaduhan di luar, lalu menemui anak-anak itu. Namun, seorang perempuan berkata, “Dia anak yatim.”

“Tenanglah!” kata Umar kepada perempuan itu.” Adakah dia menerima santunan dari negara?”

Perempuan itu menjawab, “Tidak.”

“Masukkan dia dalam senarai anak yang berhak mendapatkan santunan negara!” ujarnya kepada pegawai kewangan.

Saat itu, Fatimah (isteri Umar) berkata, “Adakah engkau berbuat baik kepada anak yang telah mencederakan puteramu? Jika Allah berkehendak, anak itu akan mencederakan puteramu untuk kali kedua.”

Umar berkata, “Celaka kamu. Dia adalah anak yatim, dan kalian sungguh telah menyakitinya.”

Sumber: Golden Stories/Mahmud Mushthafa Sa’ad & Dr. Nashir Abu Amir Al-Humahi

Exit mobile version