Penulis: Ahmad Sastra
“Kiai paling takut masuk neraka. Kenapa? Kiai akan menjadi orang pertama masuk neraka kalau tidak mengatakan yang benar itu benar, dan yang salah itu salah. Sedangkan pemimpin, kalau mahu menjadi pemimpin, supaya tahu dan patut tahu, dengarkan al-Quran yang bicara; kalau tidak membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah, tidak membenarkan yang benar dan tidak menyalahkan yang salah, maka dia akan menjadi orang pertama yang masuk neraka. Ini bukan politik, kemudian disebut ucapan kebencian, ini adalah ungkapan kecintaan.” (K.H. Hasan Abdullah Sahal)
Suatu hari, Abu Dzar berkata, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikan aku (seorang pemimpin)?” Kemudian, Rasulullah saw memukul tangannya di bahuku, dan bersabda, “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah dan sesungguhnya hal ini adalah amanah, ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya).” (HR Muslim)
Jika di suatu negeri pegawai yang gila jawatan dan tamak kuasa begitu kelihatan tanpa rasa malu, itu menandakan negara itu tidak beradab. Pemimpin yang gila jawatan menunjukkan hilangnya keikhlasan dalam berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan bekerja kerana [tidak] mempunyai kemampuan yang sebenar.
Pemimpin yang tidak cekap, gila kuasa hanya mengejar jawatan sahaja, bukan bekerja atas dasar keikhlasan dan ketulusan untuk membina negara menjadi lebih baik perlu dibanteras sepenuhnya. Pegawai sebegini jelas merugikan negara dan rakyat serta tidak menutup kemungkinan pegawai sebegini boleh melakukan rasuah. Dari sini dapat difahami bahawa rasuah sentiasa bermula dari atas yang mempunyai pangkat dan jawatan tinggi sehingga ke peringkat jawatan yang paling bawah.
Al-Quran menceritakan dalam surah Al-Qashash [28]: 38 tentang kegilaan Firaun terhadap kedudukan dan kekuasaan. Allah SWT berfirman, “Dan Firaun berkata, ‘Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah tanah liat untukku, hai Haman, kemudian binalah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhannya Musa dan aku yakin bahawa dia termasuk pendusta.”
Dari ayat tersebut diceritakan, Haman diperintah oleh Firaun untuk membuat menara atau bangunan tinggi supaya boleh melihat Allah yang disebutnya sebagai Tuhan Musa. Tanpa keraguan, Haman pun segera mematuhinya. Pembinaan menara itu melibatkan 50 ribu pekerja. Beberapa ahli tafsir menjelaskan, setelah pembinaan selesai Firaun menembak panah dari atas menara untuk mengalahkan Tuhannya Musa.
Seterusnya, Firaun mengatakan kepada Musa bahawa Tuhannya telah mati terkena panahnya. Firaun bahkan menunjukkan anak panah yang telah berlumuran darah. Dikatakan bahawa, Firaun sengaja mencelupkan anak panah itu ke dalam darah.
Bukan sahaja membantu membina menara, Haman juga terus menasihati Firaun agar menolak misi keagamaan Nabi Musa as. Dia malah meyakinkan Firaun bahawa rajanya adalah satu-satunya Tuhan di dunia. Setelah mendapat sokongan dan pengakuan Haman, Firaun semakin membuta tuli. Dia kemudian mengumumkan bahawa sesiapa yang tidak menyembahnya akan dihukum mati.
Demi mengekalkan kewujudan Firaun sebagai Tuhan, Haman kembali mengusulkan kepada Firaun agar menodai wanita dan membunuh lelaki yang mengikuti ajaran Musa. Secara tidak langsung, Bani Israel berasa gerun.
Hari demi hari, Bani Israel tidak tahan dengan seksaan Firaun. Mereka kemudian menemui Nabi Musa as. dan berkata, “Kami sudah menderita sebelum kamu datang. Namun, kami masih menderita setelah kamu datang.” Sejak itu, Nabi Musa as. kemudian melakukan dakwah supaya Firaun kembali kepada Islam dan bertaubat dari pelbagai kezaliman sehingga sejarah ketamakan terhadap kuasa membawanya kepada kebinasaan, digulung ombak besar sehingga mati atas kehendak Allah.
Contohilah Khalifah Abu Bakar ra., meskipun dipilih menjadi Khalifah dan berjaya menakluki kawasan yang sangat luas tetapi Abu Bakar dan Umar bin Khattab hidup dalam kesederhanaan. Kedua-duanya tidak tinggal di istana megah dan berpakaian mewah. Malah Abu Bakar semasa usia mudanya sangat kaya, ketika meninggal beliau tidak meninggalkan satu sen pun harta. Semua hartanya sudah disedekahkan untuk perjuangan Islam.
Inilah tradisi dalam Islam tentang kepimpinan yang dipilih oleh rakyat, bukan direbutkan. Berebut kuasa dengan tujuan memperkayakan diri dan menzalimi rakyat, pemimpin seperti itulah yang pertama akan masuk neraka. Seorang pemimpin yang zalim akan merasakan akibatnya pada hari kiamat.
“Sungguh, manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah ialah pemimpin yang adil. Orang yang paling dibenci Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah pemimpin yang zalim.” (HR Tirmidzi).
“Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada sesama manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mempedulikan) kebenaran. Mereka itu mendapat seksa yang pedih.” [TMQ Asy-Syura (42): 42].
Demokrasi melahirkan pemimpin zalim dan serakah sementara Islam melahirkan pemimpin yang amanah.

