Site icon MuslimahHTM News

Doa Kala Banjir Melanda

Anas menegaskan, “Demi Allah, kami tidak melihat matahari selama enam hari.” Kemudian pada hari Jumaat, datang seseorang dari pintu yang sama, ketika Rasulullah saw. berdiri menyampaikan khutbah. Dia menghadap Nabi saw. sambil berdiri. Dia mengatakan, “Ya Rasulullah, banyak haiwan ternakan yang mati dan jalan terputus. Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar Dia menahan hujan.”

Kemudian Nabi saw. mengangkat kedua tangannya dan berdoa,

 اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Allahumma hawaalayna wa laa ’alaynaa. Allahumma ’alal aakaami wal jibaali, wazh zhiraabi, wa buthuunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.”

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pegunungan, dataran tinggi, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.” Tiba-tiba hujan terus berhenti. Kami keluar masjid di bawah terik matahari.” (HR Bukhari, Muslim).

Daripada hadis di atas, Rasulullah saw. melantunkan doa ketika berlaku banjir, akibat terlalu sering hujan. Ibnu Daqiqil Id ketika menjelaskan hadis ini mengatakan,

وَفِيهِ دَلِيلٌ عَلَى الدُّعَاءِ لِإِمْسَاكِ ضَرَرِ الْمَطَرِ. كَمَا اُسْتُحِبَّ الدُّعَاءُ لِنُزُولِهِ عِنْدَ انْقِطَاعِهِ. فَإِنَّ الْكُلَّ مُضِرٌّ

Hadis ini merupakan dalil bolehnya berdoa memohon dihentikan kesan buruk akibat hujan, sebagaimana dianjurkan untuk berdoa agar turun hujan ketika ianya lama tidak turun kerana semuanya membahayakan. (Ihkam Al-Ahkam, 1/357).

Exit mobile version