Site icon MuslimahHTM News

Saidatina Fatimah az-Zahrah (RA)

[ KHILAFAH & ANAK YATIM ]
Tokoh Anak Yatim Cemerlang dalam IslamSaidatina Fatimah az-Zahrah (RA)
Saidatina Fatimah az-Zahra, puteri kepada Rasulullah SAW merupakan salah seorang tokoh yang merupakan anak yatim. Beliau menjadi anak yatim setelah kematian ibunya, Saidatina Khadijah binti Khuwailid pada usia 6 tahun. Bukan hanya kehilangan ibunda tercinta, Fatimah turut kehilangan saudara perempuannya Rukayyah, Zainab dan Kalthum.
Justeru, diusia yang sangat muda beliau hidup berdikari bersama Rasulullah saw. Hubungan kedua ayah dan anak sangatlah erat dan penuh kasih sayang. Fatimah az-Zahra juga mendapat julukan `ummu abeeha’ (ibu bagi ayahnya) dek kerana kasih sayang dan kematangan beliau mengambil alih tempat ibunya menjaga dan memotivasikan perjuangan Rasulullah saw.
Walaupun masih muda, Fatimah az-Zahra sangat cerdas dan memiliki keberanian yang luar biasa. Beliau mendukung perjuangan ayahnya disaat dakwah Rasulullah mendapat tentangan keras dari kafir Quraisy. Beliau merupakan antara generasi awal yang menyaksikan beratnya ujian yang dihadapi Rasulullah saw. Disebalik keperibadian beliau yang lemah lembut, beliau sangat tabah dan tegas dalam hal agama. Hasil bimbingan Rasulullah saw jugalah yang menjadikan Fatimah memiliki kematangan fikiran, sehingga mampu menerima dan memahami dugaan serta kebenaran Islam pada usia yang masih kecil. Walaupun menjadi anak kesayangan kepada pemimpin agung umat Islam, namun Fatimah tidak pernah mengambil kesmepatan dari kedudukan tersebut. Beliau dan keluarganya hidup dalam penuh kesederhaan. Beliau tidak pernah meminta-minta atau mengambil harta Baitul Mal. Bahkan beliau sangat pemurah kepada golongan miskin, anak yatim dan musafir. Keperibadian `wanita penghulu syurga’ yang luar biasa ini sentiasa menjadi teladan dambaan wanita solehah, dan menjadi tokoh Islam yang amat dihormati dan disayangi sehingga ke hari ini.
Exit mobile version