Site icon MuslimahHTM News

Agar Dakwah Tidak Terbuai dan Terlena Kelazatan Sesaat

Agar dakwah tidak mudah terbuai dan terlena kelazatan sesaat, berikut adalah nasihat dari Mudir Ma’had Khadimus Sunnah Bandung, Ustaz Yuana Ryan Tresna.

“Pengemban dakwah itu hendaklah memiliki kesedaran politik, agar tidak terseret oleh badai yang memalingkan; agar tidak terbuai dengan kelazatan sesaat; agar tidak terlena dengan asiknya permainan,” tutur Ustaz Yuana.

Menurut beliau, dakwah itu menjalankan dua sisi sekaligus. “Dakwah itu menghilangkan kerosakan dan mengadakan kebaikan; dakwah itu mehancurkan kezaliman dan membangun keadilan; dakwah itu meninggalkan kegelapan dan menuju cahaya,” ujar beliau.

Beliau menjelaskan, sisi pertama.

والواعي سياسياً يتحتم عليه أن يخوض النضال ضد جميع الاتجاهات التي تناقض اتجاهه ، وضد جميع المفاهيم التي تناقض مفاهيمه

“Orang memiliki kesedaran politik akan memastikannya untuk terjun dalam perjuangan melawan semua orientasi (cara pandang) yang bertentangan dengan orientasinya, dan melawan semua pemahaman yang bertentangan dengan pemahamannya,” jelas beliau.

Sisi kedua.

في الوقت الذي يخوض فيه النضال لتركيز مفاهيمه وغرس اتجاهه

“Pada waktu yang sama, dia terjun dalam perjuangan tersebut untuk memperkukuhkan pemahamannya dan menanamkan orientasinya,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, makna dua dalam satu.

فهو يسير في اتجاهين في آن واحد ، لا ينفصل أحدهما عن الآخر في النضال قيد شعرة ، لأنهما شيء واحد

“Dia berjalan dengan dua arah pada saat yang sama, yang tidak terpisah satu dengan lainnya dalam perjuangan, pada sehelai rambut pun, kerana keduanya adalah satu hal yang sama,” ungkap beliau seterusnya.

Terkait dua sisi yang nescaya, beliau menjelaskan berikut.

فهو يحطم ويقيم ، يهدم ويبني ، يبدد الظلام ويشعل النور ، وهو كما قيل ناراً تحرق الفساد , ونوراً يضئ طريق الهدى ، وكما يدخل في تركيز المفاهيم ، وغرس الاتجاهات تنزيل الأفكار على الوقائع. مفاهيم سياسية (ص: 167)

“Dia meruntuhkan dan juga menegakkan, menghancurkan dan juga membangun, menghilangkan kegelapan dan juga menyalakan cahaya. Dia bagaikan api yang membakar kerosakan, dan cahaya yang menerangi jalan petunjuk. Dia juga akan terjun dalam usaha mengukuhkan pemahaman, menanamkan orientasi, menerapkan pemikiran atas fakta,” kata beliau, mengutip kitab Mafahim Siyasiyah, halaman 167 karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhanni.

Menurut beliau lagi, itulah sisi penting dalam dakwah. “Kedatangan senja yang menenggelamkan matahari mengajarkan pada kita, bahawa segala sesuatu tak ada yang abadi, termasuklah kezaliman,” tambahnya.

Oleh: Ika Mawarningtyas (topswara.com)

Exit mobile version