Site icon MuslimahHTM News

[Fikrul Islam] Beriman kepada Hari Akhirat

Penulis: Muhammad Husain Abdullah

Dalil keimanan kepada hari akhir ialah dalil naqli (sam’iy), iaitu melalui jalan dari wahyu Allah SWT, seperti dalam firman-Nya,

اِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ اللهِ مَنْ اٰمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ …

“Hanyalah yang memakmurkan(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat…”[TMQ at-Taubah(9): 18]

Hari akhir ialah hari pembalasan, di mana semua manusia akan dihisab atas segala amalannya. Setelah itu manusia akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Allah berfirman,

فَاَمَّا مَنْ طَغٰىۖ – ٣٧ وَاٰثَرَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَاۙ – ٣٨ فَاِنَّ الْجَحِيْمَ هِيَ الْمَأْوٰىۗ – ٣٩ وَاَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهٖ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوٰىۙ – ٤٠ فَاِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوٰىۗ – ٤١

“Maka, adapun orang yang derhaka. Dan telah mementingkan kehidupan dunia, maka sesungguhnya neraka itulah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itulah tempat tinggalnya.” [TMQ an-Naazi’aat(79): 37- 41].

Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam

Exit mobile version