Site icon MuslimahHTM News

Apakah hak-hak politik yang akan dimiliki oleh wanita di bawah sistem Khilafah?

Di bawah pemerintahan Khilafah Islam yang merupakan bentuk pemerintahan yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada umat Islam, kata-kata dan kalimah dari mulut seorang wanita mempunyai nilai yang sebenar. Muslimah hanya akan dapat meluahkan segala idea dan perasaan Islam mereka, keperluan mereka, serta menuntut tindakan yang sesuai dengan keredhaan Allah SWT di dalam sistem Islam yang diterapkan di bawah Khilafah. Di dalam sistem ini, suara mereka akan menemui kesesuaian dan penerapan yang sebenar di pelbagai bidang kehidupan kerana akan mengikat penguasa.

– Meskipun Syariah Islam membatasi peranan wanita dalam politik pemerintahan bukan bermakna kapasiti pemikiran dan kenegarawan mereka dihalang dan dibatasi. Syariah Islam justeru memberi peranan besar kepada wanita Islam iaitu sebagai penjaga tamadun Islam dalam kapasiti mereka sebagai ilmuwan, penggerak opini dakwah, dan ibu generasi.

– Dalam kapasiti pemikiran, Islam tidak pernah menyekat wanita Islam menuntut ilmu dan membina pemikiran tinggi, malah pemikiran politik berkaitan dengan pentadbiran negara, kepimpinan dan politik antarabangsa. Baik sama ada lelaki mahupun wanita diberi hak dan kewajipan yang sama dalam menuntut ilmu, mendalami tsaqafah Islam, memperkaya wawasan, dan mengamalkan ilmunya untuk umat dan kemuliaan Islam.

– Hanya di bawah Negara Khilafah, kita (wanita Islam) boleh menjadi ibu, isteri, dan anak yang berpengaruh, sekaligus pemikir dan ahli politik yang benar-benar kuat. Namun penglibatan wanita dalam kegiatan politik bukanlah untuk mereka dapat menguasai kedudukan tertentu dalam masyarakat atau supaya suara mereka didengari oleh umat/masyarakat. Akan tetapi, perlu difahami bahawa intipati kerja politik wanita adalah sebagai sebahagian dari kewajipannya yang datang daripada Allah SWT sebagai bentuk tanggungjawab mereka terhadap masyarakat yang terdiri daripada wanita dan lelaki; bukan masyarakat lelaki mahupun wanita secara terpisah.

– Kegiatan politik wanita dalam Islam yang utama dan sama dengan lelaki adalah hak dan kewajipan baiat kepada Khalifah, hak memilih dan dipilih menjadi anggota Majlis Umat, kewajipan menasihati dan membetulkan penguasa, dan kewajipan untuk menjadi ahli parti politik.

Exit mobile version