Site icon MuslimahHTM News

Bagaimanakah Khilafah Menjamin Keselamatan Terhadap Wanita Islam?

Secara paradigma, Islam menuntut wanita diberikan martabat kehormatan yang tinggi. Banyak dalil yang mewajibkan lelaki dan masyarakat untuk memandang dan memperlakukan wanita dengan hormat dan sentiasa menjaga maruah mereka.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang beriman! Tidak halal bagi kamu mewarisi wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang sepatutnya. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” [TMQ An- Nisa (4): 19].

Dan Nabi saw bersabda: “Perlakukan wanita dengan baik.” [HR Bukhari dan Muslim]

Oleh itu, Khilafah akan meletakkan perlindungan taraf dan martabat wanita sebagai tonggak utama dasar negara, Fasal Pertama (Fasal 112) Bahagian Sistem Sosial Rancangan Perlembagaan Khilafah Hizbut Tahrir menyatakan: “Dia (wanita) adalah kehormatan (‘irdlun) yang wajib dilindungi.”

– Negara juga akan mempromosikan taqwa (kesedaran tentang Allah Taala) dalam masyarakat yang memelihara mentaliti tanggungjawab lelaki dalam memandang dan memperlakukan wanita.

– Khilafah akan menggunakan sistem politik, pendidikan dan media serta semua jalan lain yang sedia ada untuk mempromosikan pandangan menghormati terhadap wanita.

– Islam juga melarang segala bentuk keganasan terhadap wanita – baik di rumah mahupun di jalanan. Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menyakiti mereka (iaitu wanita) untuk menindas mereka.” [Al-Talaq: 6] Dan Nabi saw bersabda: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah yang perempuan.” (HR.Ibnu Majah). Oleh itu, Khilafah akan mengenakan hukuman berat kepada mereka yang bersalah atas sebarang bentuk keganasan atau gangguan terhadap wanita atau melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah mereka dalam apa jua cara. Ini termasuk melaksanakan hukuman mati bagi pembunuhan dan rogol.

– Negara wajib mempunyai sistem kehakiman yang cekap dan bebas untuk menangani jenayah dengan cepat supaya wanita dapat mencari keadilan dengan segera dan mudah bagi setiap pelanggaran kehormatan atau hak mereka.

– Seksualisasi dan segala bentuk objektif, eksploitasi dan merendahkan wanita akan dilarang di bawah Khilafah. Negara juga melarang wanita terlibat dalam pekerjaan atau apa-apa perkhidmatan yang mengeksploitasi kecantikan atau tubuh badan mereka dan merendahkan statusnya. Fasal 119 Rancangan Perlembagaan Khilafah Hizbut Tahrir menyatakan: “Lelaki dan wanita tidak boleh melakukan pekerjaan yang membahayakan akhlak atau menyebabkan kerosakan dalam masyarakat.”

– Sistem sosial Islam meletakkan perlindungan maruah wanita sebagai teras undang-undang dan memainkan peranan penting dalam membina kehormatan terhadap wanita sebagai prinsip utama masyarakat. Undang-undang sosial Islam ini mengawal interaksi antara lelaki dan wanita, mengarahkan hubungan seksual kepada perkahwinan sahaja.

Exit mobile version