Site icon MuslimahHTM News

Di Balik Keruntuhan Khilafah 3 Mac 1924

(Dari Kemunduran Berfikir Umat, Sehingga Konspirasi Politik Barat)

Penulis: Arief B. Iskandar

Khilafah Islamiyah secara rasminya dihapuskan pada 3 Mac 1924M. Sekitar 97 tahun yang lalu atau 100 tahun berdasarkan tahun Hijrah. Hilangnya sistem Khilafah bermaksud hilangnya sebuah peradaban Islam yang menyatukan Duniaa Islam di bawah satu kepemimpinan berlandaskan syariat Islam selama lebih kurang 14 abad. Hilangnya sistem Khilafah juga bermaksud hilangnya Negara Islam yang menurut Dr. Yusuf Qaradhawi, merupakan perwujudan dari ideologi Islam.

Sebagaimana diketahui, para sejarawan membahagi sejarah Khilafah Islam menjadi empat masa: (1) Khulafaur Rasyidin (632-661 M); (2) Khilafah Bani Umaiyah (661-750 M); (3) Khilafah Bani Abbasiyah (750-1517 M); (4) Khilafah Utsmaniyah (1517-1924 M). Alhasil, Kekhilafahan Islam berlangsung lebih kurang 14 abad. Ini merupakan usia yang sangat panjang untuk ukuran sebuah negara ideologi dan peradaban global yang sangat besar. Wilayah kekuasaan Khilafah pernah meliputi hampir ⅔ bahagian dunia merangkumi seluruh Timur Tengah, sebahagian Afrika dan Asia Tengah. Di sebelah timur pula sehingga ke negara China. Di sebelah barat, ia meliputi Andalusia (Sepanyol), selatan Perancis serta di bahagian Eropah Timur meliputi Hongaria, Beograd, Albania, Yunani, Romania, Serbia, Bulgaria serta seluruh kepulauan di Laut Tengah.

Khilafah juga pernah menjadi pusat peradaban dunia yang sangat besar selama ratusan tahun. Keagungan peradaban Islam di bawah naungan Khilafah ini diakui oleh para ilmuwan termasuklah intelektual Barat. Untuk menggambarkan keagungan peradaban pada masa Khilafah, cukup dengan mendengar pengakuan dari Will Durant, seorang intelektual Barat. Beliau mengatakan, “Para Khalifah telah memberikan keamanan kepada manusia sehingga batas yang luar biasa besarnya bagi kehidupan dan usaha keras mereka. Para Khilafah itu juga telah menyediakan berbagai peluang bagi siapa pun yang memerlukannya dan memberikan kesejahteraan selama berabad-abad dalam keluasan wilayah yang saat itu belum pernah tercatat oleh sejarah. Kegigihan dan kerja keras mereka menjadikan pendidikan tersebar luas sehingga berbagai ilmu sastera, falsafah dan seni mengalami kejayaan luar biasa (yang menjadikan Asia Barat sebagai bahagian dunia yang paling maju peradabannya selama lima abad.” (Will Durant, The Story of Civilization). Namun sayangnya, sebagaimana yang dijelaskan di awal, ia wujud dan menguasai dunia hanya lebih kurang 14 abad. Khilafah Islamiyah diruntuhkan oleh tangan-tangan jahat kaum kafir Barat dengan memanfaatkan para bonekanya dari kalangan kaum Muslim.

Di Balik Keruntuhan Khilafah

Para ahli sejarah bersepakat bahawa zaman Khalifah Sulaiman al-Qanuni (926-974H/1520-1566M) merupakan zaman kejayaan dan kebesaran Khilafah Uthmaniyyah. Pada masa ini, Khilafah Uthmaniyyah telah jauh meninggalkan negara-negara Eropah di bidang ketenteraan, sains dan juga politik. Sayangnya, setelah Sulaiman al-Qanuni meninggal dunia, Khilafah mulai mengalami kemerosotan terus-menerus. Secara dalaman, ada dua faktor utama yang menyebabkan kemunduran Khilafah Uthmaniyah. Pertama, buruknya pemahaman Islam. Kedua, kesalahan dalam menerapkan Islam. Pada masa ini, contohnya, terjadi banyak penyimpangan dalam pengangkatan khalifah yang tidak dapat disentuh oleh undang-undang. Akibatnya, setelah berakhirnya kekuasaan Sulaiman al-Qanuni, yang diangkat menjadi khalifah adalah orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan atau lemah. Dari segi luar negara pula, sejak penaklukan Konstantinopel pada abad ke-15, Eropah-Kristian telah melihat penaklukan ini sebagai permulaan Masalah Ketimuran. Masalah Ketimuran inilah yang mendorong Paus Paulus V (1566-1572M) untuk menyatukan negeri-negeri Eropah yang sebelumnya terlibat dalam konflik antara agama (Protestan dan Katolik). Konflik ini hanya berakhir setelah Konferens Westavalia pada tahun 1667M. Pada masa yang sama, penaklukan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun-tahun tersebut telahpun terhenti.

Kelemahan Khilafah Uthmaniyyah pada abad ke-17M itu dimanfaatkan oleh Austria dan Venesia untuk membantai Khilafah. Melalui Perjanjian Carlowitz (1699M), wilayah Hungaria, Slovenia, Crotia, Hemenietz, Padolia, Ukraina, Morea dan sebahagian Dalmatia lepas, masing-masing jatuh ke tangan Venesia dan Habsburg. Bahkan, Khilafah Uthmaniyyah terpaksa kehilangan wilayahnya di Eropah setelah kehilangan wilayahnya di Eropah setelah kekalahannya dari Rusia dalam Perang Crimea pada abad ke-18M. Nasib Khilafah Uthmaniyyah semakin tragis setelah Perjanjian San Stefano (1878M) dan Berlin (1887M). Di sisi lain, kerana lemahnya pemahaman terhadap Islam, para penguasa ketika itu mulai terbuka terhadap demokrasi yang disokong oleh fatwa-fatwa syeikh al-Islam yang penuh kontroversi. Bahkan, dengan pembentukan Dewan Tanzimat pada tahun 1859M, tsaqafah (fahaman) Barat di Dunia Islam semakin kukuh, termasuk setelah penyusunan beberapa undang-undang seperti undang-undang Acara Penjenayah (1840M) dan undang-undang Dagang (1850M) yang berunsur sekular. Diparahkan lagi dengan perumusan Konstitusi 1876 oleh Gerakan Turki Muda yang berusaha untuk membataskan fungsi dan kekuasaan Khalifah.

Boleh dikatakan, pada saat itu, sedikit demi sedikit Khilafah Islam telah tercemar dengan sekularisme. Di dalam negara, ahlul dzimmah (khususnya orang Kristian) yang mendapatkan hak istimewa pada zaman Sulaiman al-Qanuni, pada akhirnya menuntut persamaan hak dengan kaum Muslim. Tetapi, hak-hak istimewa inu akhirnya digunakan untuk melindungi para provokatir dan mata-mata asing, dengan jaminan perjanjian. Perjanjian tersebut adalah perjanjian Khilafah Uthmaniyyah dengan Bizantium (1532M), Perancis (1535M) dan dengan Inggeris (1580M). Dengan hak-hak istimewa ini, populasi orang-orang Kristian dan Yahudi di dalam negara semakin meningkat. Keadaan ini kemudiannya dimanfaatkan oleh kaum misionaris untuk melakukan gerakannya secara intensif di Dunia Islam sejak abad ke-16M. Malta dipilih sebagai pusat gerakan mereka. Dari sanalah mereka menyusup masuk ke wilayah Syam pada tahun 1620M dan tinggal di sana sehingga tahun 1773M. Di tengah-tengah kemunduran intelektual yang dihadapi oleh Dunia Islam, mereka mendirikan berbagai pusat kajian sebagai “topeng” gerakan mereka. Pusat-pusat kajian ini kebanyakannya milik Inggeris, Perancis dan Amerika. Gerakan inilah yang digunakan oleh Barat untuk menerapkan pemikiran mereka dalam Dunia Islam sekaligus menyerang pemikiran Islam.

Serangan ini memang sejak lama telah dipersiapkan oleh para Orientalis Barat. Sejak abad ke-14M mereka telah mendirikan Pusat Kajian Ketimuran (Centre of the Oriental Studies). Hasilnya, gerakan misionaris dan orientalis itu jelas merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari imperialisme Barat di Dunia Islam. Untuk menguasai Dunia Islam, Islam sebagai asasnya perlu dihancurkan dan Khilafah sebagai penjaganya perlu diruntuhkan. Kerana itu, mereka menyerang pemikiran Islam, sengaja menyebarkan fahaman nasionalisme dalam Dunia Islam dan menciptakan stigma terhadap Khilafah Uthmaniyyah dengan sebutan The Sick Man (Orang yang sakit). Agar kekuatan Khilafah Uthmaniyyah itu lumpuh sehingga ia boleh dijatuhkan dengan mudah, mereka terus-menerus memprovokasi gerakan-gerakan patriotisme dan nasionalisme di Dunia Islam agar semuanya terpisah dari kesatuan Khilafah Islamiyah.

Gerakan-gerakan keagamaan juga dieskploitasi seperti Gerakan Wahabi di Hijaz. Sejak pertengahan abad ke-18M, gerakan ini telah dipergunakan oleh Inggeris, melalui ejennya, Ibnu Saud untuk menyalakan api pemberontakan di beberapa wilayah Khilafah iaitu Hijaz dan sekitarnya. Pada masa yang sama, di Eropah, wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh Khilafah terus diprovokasi untuk melakukan pemberontakan sejak abad ke-19 sehingga abad ke-20M.

Begitulah, Khilafah Uthmaniyyah pada akhirnya kehilangan banyak wilayahnya sehingga yang tersisa hanya Turki.

Konspirasi Barat-Yahudi Menghancurkan Khilafah

Tahun 1855M negara-negara Eropah, khususnya Inggeris telah memaksa Khilafah Uthmaniyyah untuk melakukan amandemen undang-undang dasar sehingga keluarlah Skrip Humayun pada tanggal 11 Februari 1855M. Tahun 1908M, Turki Muda yang berpusat di Salonika -pusat komuniti Yahudi Dumamah- melakukan pemberontakan. Tanggal 18 Jun 1913M, pemuda-pemuda Arab mengadakan kongres di Paris dan mengumumkan Nasionalisme Arab. Dokumen yang dijumpai di Konsulat Perancis di Damaskus telah membongkar rancangan pengkhianatan mereka kepada Khilafah Uthmaniyyah yang disokong oleh Inggeris dan Perancis.

Perang Dunia 1 pada tahun 1914M dimanfaatkan oleh Inggeris untuk menyerang Istanbul dan menduduki Gallipoli. Dari situlah kempen Dardanellas yang terkenal itu mula dilancarkan. Pendudukan Inggeris di kawasan ini juga dimanfaatkan untuk mencipta populariti Mustafa Kamal Pasha yang sengaja dimunculkan sebagai pahlawan dalam Perang Ana Forta pada tahun 1915M. Kamal Pasha, seorang ejen Inggeris berketurunan Yahudi Dunamah dari Salonika itu akhirnya menjalankan agenda Inggeris iaitu melakukan revolusi kufur untuk menghancurkan Khilafah Islam.

Pada 21 November 1923, terjadi perjanjian antara Inggeris dan Turki. Dalam perjanjian tersebut, Inggeris mengajukan syarat-syarat agar pasukannya dapat ditarik dari wilayah Turki yang dikenali sebagai “Persyaratan Curzon.” Isinya adalah, “Turki perlu menghapuskan Khilafah Islamiyah, mengusir Khalifah dan menyita semua kekayaannya. Turki perlu menghalang setiap gerakan yang membela Khilafah. Turki perlu memutuskan hubungannya dengan Dunia Islam serta menerapkan hukum sivil sebagai pengganti hukum Khilafah Uthmaniyah yang bersumberkan Islam.”

Syarat tersebut diterima oleh Mustafa Kamal dan perjanjian ditandatangani pada tanggal 24 Julai 1923. Lapan bulan setelah itu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924M, Kamal Pasha mengumumkan pemecatan Khalifah, pembubaran sistem Khilafah, mengusir Khalifah ke luar negara dan menjauhkan Islam dari negara. Inilih titik kemuncak revolusi kufur yang dilakukan oleh Kamal Ataturk laknatullah. Sejak itu, sehingga kini, sudah 82 tahun umat Islam tidak lagi memiliki Khilafah Islam. Satu keadaan yang belum pernah terjadi selama lebih dari 13 abad sejak masa Khulafaur Rasyidin. Soalannya, tidakkah kaum Muslim merindukan kembali hadirnya Khilafah Islam dengan segenap keagungan dan kejayaanya sebagaimana masa lalu?

Exit mobile version