Site icon MuslimahHTM News

Berita Majalah Times (1924—1931) Mengenai Khalifah Terakhir (Bahagian 1)

Kaum muslimin hendaknya tidak melupakan hari kelam dalam sejarah dimana Islam dan syariatnya telah dihapuskan dari pemerintahan dan sebagai aturan hukum. Pada Isnin, 3 Mac 1924 menurut penanggalan Barat, adalah hari di mana secara rasmi institusi Khilafah dihapuskan. Khilafah dan peristiwa-peristiwa yang terkait dengannya menjadi berita antarabangsa. Beberapa artikel berita dari tahun 1924—1931 diulang siar atas izin ‘archive’ Time Magazines. Tentu saja apa yang diberitakan oleh Times Magazine tidak terlepas dari berbagai subjektiviti, seperti pandangan Barat yang cenderung negatif terhadap syariat Islam. Namun, berita ini membuktikan kepada kita bahawa Khilafah itu memang ada dan secara terang disebut sebagai Calif. Berikut beritanya (redaksi):

Calif Out

TIME Magazine (Monday, Mar. 17, 1924) At Angora, capital of Turkey, the Grand National Assembly passed a bill providing for the deposal of the Calif, Abdul Medjid Effendi, and the abolition of the Califate. At Constantinople, Vali (Governor) Dr. Adran Bey, went to the Dolma Baghche Palace, home of the Calif. He there demanded to see the Calif in the Throne Room. When the Calif arrived, the Vali ordered him to ascend the throne, read the decision of the Grand National Assembly to him, ordered him to descend the throne and pack his things.

Khalifah Pergi

Angora, ibu kota Turki, Majlis Tinggi Nasional mengesahkan undang-undang yang memberikan kuasa untuk memecat Khalifah Abdul Madjid Effendi, dan juga penghapusan institusi Khilafah. Di Konstantinopel, Wali Dr. Adrian Bey pergi ke Istana Dolma Baghche, di mana Khalifah tinggal. Dia kemudian berhasrat melihat Khalifah berada di singgahsananya. Ketika Khalifah datang, dia memerintahkan sang Khalifah untuk turun dari singgahsananya itu, kemudian membacakan keputusan dari Majlis Tinggi Nasional, lalu memerintahkannya untuk turun dan membungkus barang-barangnya.

Satu jam kemudian, Khalifah digulingkan. Isteri, anak perempuannya, dan dua orang hamba sahayanya bersama setiausaha peribadinya meninggalkan negeri itu untuk pergi ke Swiss. Setelah memeriksa surat-suratnya, pemerintah Swiss kemudian memberikan izin untuk tinggal di sana, dengan syarat dia berjanji untuk tidak melakukan apa pun yang akan memalukan Swiss. Bekas Khalifah itu diharapkan untuk pergi ke Perancis. Selain yang berada di Turki, kaum muslim dunia ada di Afrika, Arab, Persia, Rusia, Afghanistan, India, dan China. Sebenarnya sekitar 95% dari 220 juta kaum muslim tinggal di luar Turki. Khilafah yang muncul pada 632 H (setelah kematian nabi Muhammad) adalah badan tertinggi dalam agama Islam.

Dalam beberapa hal, walaupun tidak boleh dibandingkan, Khilafah menempati posisi yang sama sebagaimana Vatikan. Khalifah adalah pemimpin agama tertinggi dalam agama umat Muhammad. Minggu lalu, persoalan mengenai usaha untuk mendirikan Kekhalifahan yang baru menyebar di seantero dunia Islam. Raja Mesir, Sultan Maroko, Aga Khan dari Bombay, India, semuanya berharap agar dapat dipilih. Orang yang paling menuntut atas posisi Khalifah adalah Raja Hussein dari Hijaz. Orang Arab yang ada di Mesopotamia, Transjordania, dan Hijaz menyatakan Raja Hussein sebagai Khalifah, sebuah jawatan yang disenangi sang raja. Dalam beberapa waktu, orang Arab telah melakukan hasutan agar Raja Hussein menjadikan dia sebagai Khalifah, dengan begitu menunjukkan ketidaksukaannya pada kondisi-kondisi di mana kaum nasionalis Turki mengepung Khalifah. Tentu saja tidak ada negara muslim lain yang akan mengakui Raja Hussein sebagai pemimpin kaum muslim. Namun demikian, dia adalah orang yang paling layak dibandingkan dengan kebanyakan calon-calon lain, kerana dalam dirinya mengalir darah Quraisy, suku asal nabi Muhammad; menurut Islam Sunni hal ini adalah suatu yang perlu dipenuhi oleh seorang Khalifah. Lagi pula, kota-kota suci Mekah dan Madinah (di mana kota yang pertama adalah tempat kelahiran nabi, dan kota kedua adalah kota di mana beliau wafat) keduanya adalah dalam wilayah Hijaz. Berita mengenai pemberhentian Khalifah oleh  The Times London adalah suatu yang tepat, “Dari semua perubahan-perubahan yang terjadi dengan cepat, kejatuhan Harbsburg, Romanoffs, dan Hohenzollers; kebangkitan kembali negara-negara kuno dan kebangkitan Amerika yang sebelumnya tidak dikenal, evolusi bentuk-bentuk baru pemerintahan dan munculnya idea-idea baru dan perasaan baru di antara umat manusia, tidak ada satu perubahan pun yang lebih sensasional bagi imaginasi kita selain hal ini; dan hanya sedikit, barangkali, yang akan menunjukkan hal yang demikian penting pada hasil-hasil akhirnya.” Setelah mengusir Sultan Muhammad VI tahun 1922, Pemerintah Angora memilih Abdul Madjid sebagai Khalifah. Namun, pemerintah itu sudah mengusirnya. Erti dari persetujuan atas perubahan yang mengejut ini adalah seperti dikatakan bahawa Khalifah menunjukkan dirinya tidak lagi bersikap baik kepada pemerintah; kerana itu dia perlu keluar. Satu dari akibat-akibat yang paling terkesan dari penghapusan Khilafah di Turki adalah bahawa 5% pengikut nabi Muhammad tidak boleh mengakhirinya, adalah bahawa jelas hingga saat itu untuk mengurangkan kekuatan utama Turki dalam Islam.

Jika dunia Islam terpecah, Turki tidak mungkin menderita sedemikian parah, disebabkan negara itu memiliki kekuatan militer; jika kekhalifahan dipersatukan di bawah Raja Husein, posisi Turki di mata kaum muslim lainnya akan rendah. Tapi Turki baru saja menolehkan kepalanya kepada Barat dan melupakan Timur; di mana kes ini menunjukkan kehilangan harga diri dalam Islam tidak akan bererti banyak bagi Turki. Ketika berperang melawan sekutu tahun 1915, senjata yang paling mematikan dalam gudang senjata Khilafah adalah jihad—kekuatan untuk menyatakan perang yang ada dalam autoriti Khalifah. Khalifah akan menekan tombol. Jihad tidak akan mencegah kaum muslim, British dan tentara-tentara Afrika Utara untuk berperang menentang Pemerintahan Pusat, dan juga tidak akan menunggu kemerdekaan mereka dan berperang sebagai sekutu British di Palestin. Jihad terbukti berfungsi sebagai “kulit” yang gagal meledak; tapi ketika Majlis Tinggi Nasional menghantar Khalifah Abdul Madjid ke Swiss dalam pengasingan (TIME, 10 Mac), “kulit” tadi terbukti menjadi sebuah bom. Gema dari ledakan itu masih terdengar di seluruh dunia Kristian, seperti juga yang terdengar di dunia Islam. Di Turki, minggu lalu Mustafa Kemal Pasha mengumumkan bahawa Khilafah yang seterusnya akan digantikan dengan parlimen Turki. Opini yang berkembang di London dengan cepat menuduh Kemal “ingin menempatkan dirinya sebagai seorang Sultan atas kaum muslim yang berjumlah 220 juta orang.” Dari tempat persembunyiannya di Territet, Swiss, Khalifah Abdul Madjid mengeluarkan seruan bagi masyarakat muslim di dunia untuk menetapkan melalui para pemimpinnya mengenai apa yang seharusnya dilakukan dengan Kekhilafahan berkaitan dengan pengasingan dirinya. Dia mengatakan, “Pemecatan dan penghapusan Khilafah secara fundamental adalah benar-benar satu penghinaan agama dan tidak sah.” Di Itali, dilaporkan bahawa pemerintahan Mussolini mengundang Abdul Madjid untuk menetap di Itali atau di wilayah mana pun yang dikuasai Itali di Afrika. Seandainya Abdul Madjid diangkat lagi sebagai Khalifah dan menerima tawaran ini, hal ini akan memberikan orang Itali kekuatan moral yang sangat besar dari Vatikan yang kedua, sehingga memperkuat posisinya di Mediteranian di antara kaum Katolik Eropah dan kaum muslim Afrika, dan mengambil manfaat secara langsung dalam hubungannya dengan kelompok Senussi yang bergejolak di wilayah Tripoli yang dikuasainya. Di Perancis, perasaan yang getir diutarakan dengan kenyataan bahawa Sultan Maroko, yang menerima pengaruh Perancis dan yang tidak pernah mengakui Kekhalifahan di Konstantinopel, akan merupakan seorang calon bagi posisi khalifah, dan menjadi seorang yang boleh diharapkan untuk memperkuat posisi Perancis di Tunisia, Aljazair, dan Maroko, mahupun di Timur Dekat.

Di British, pemerintahan Ramsay MacDonald secara rasmi menahan diri atas pertanyaan semacam itu. Kaum muslim dalam kekuasaan British sedemikian beragamnya sehingga hal ini akan menimbulkan perselisihan dalam ketentuan agama Islam. Namun, secara umum dirasakan bahawa tindakan yang cepat untuk mengangkat Hussein Ibnu Ali dari Hijaz sebagai orang yang paling berhak pada posisi Khalifah hanyalah merupakan pewaris dari Imperium British. Raja Hussein dari Hijaz, yang dalam kekuasaannya terdapat dua kota suci (Mekah dan Madinah), minggu lalu menerima jawatan Khalifah yang ditawarkan oleh orang Arab dari Hijaz, Transyordania, dan Imam Besar Jerusalem. Dalam sebuah wawancara dia menunjukkan dirinya terlihat murung dan khuatir atas konsekuensi dari tindakannya itu. Hussein berkata, “Saya tidak ingin menjadi Khalifah. Hal ini dipercayakan pada saya. Dari mana pun mereka datang kepada saya dan berkata, ‘Islam mesti memiliki seorang Khalifah untuk melindunginya, dan Khalifah jangan pernah mati. Anda adalah seorang putera mahkota yang paling layak untuk posisi itu. Anda adalah seorang penguasa yang mandiri atas sebuah negara Islam dan Arab yang besar. Anda berasal dari Suku Quraisy. Keyakinan anda terhadap agama tidak perlu dipersoalkan lagi. Anda adalah orang Arab dari orang Arab!’ Jika saya tidak menerima hal ini, saya akan gagal dalam tugas saya dan masyarakat saya akan berbalik menentang saya. Orang Arab di Hijaz, Transjordania dan Palestin telah menyatakan diri saya sebagai seorang Khalifah. Saya tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh bahagian dunia Islam yang lainnya. Saya mendengar isu bahawa Raja Mesir atau Amir dari Afghanistan atau Sultan Maroko mungkin menyatakan diri mereka sebagai Khalifah. Posisi saya kritis.” Di Afghanistan, kaum muslim di sana tidak senang dengan parlimen Turki mahupun Khilafah yang merupakan anak asuh British seperti yang dilaporkan dari London. Pemerintah British telah menginformasikan secara peribadi bahawa 70,000,000 kaum muslim India menolak untuk menerima Raja Hussein. Penolakan ini melemahkan kerana hal ini akan membawa ancaman bahawa seandainya Hussein didukung British, kaum muslim India akan mendukung calon dari Amir Afghanistan, yang semakin anti-British.

Sumber :Berita Majalah Times (1924—1931) Mengenai Khalifah Terakhir (Bahagian 1)

Exit mobile version