Site icon MuslimahHTM News

[Fikrul Islam] Keperibadian manusia yang bercelaru

Keperibadian yang bercelaru ialah personaliti yang dibangun mengikut piawaian aqliyah dan nafsiyah yang berbeza. Personaliti ini lahir dari diri manusia, ketika kaedah yang menjadi landasan berfikirnya berbeza dengan kaedah yang menjadi landasan muyul-nya.

Akibatnya, keputusan terhadap realiti yang diambil berdasarkan kaedah tertentu, tetapi kaedah tersebut tidak dijadikan sebagai kaedah untuk menentukan muyul-nya. Sebaliknya dalam menentukan muyul-nya, kaedah lain yang dia gunakan.

Orang yang memiliki kecelaruan seperti ini secara umumnya menunjukkan tingkah laku (suluk) yang tidak konsisten dan huru-hara. Akibat cara berfikirnya berbeza dengan muyul-nya, sehingga banyak keputusan yang diambil terhadap suatu realiti bertentangan dengan muyul-nyademikian juga dengan pendiriannya terhadap realiti tersebut.

Keperibadian yang bercelaru seperti ini banyak ditemukan di Madinah ketika zaman Rasulullah SAW. Ini ketika mana sebahagian penduduknya menampakkan Islam, tetapi dalam hati mereka menyembunyikan kekufuran. Mereka mengambil keputusan terhadap realiti, baik berkaitan dengan benda mahupun perbuatan, dengan pandangan Islam, tetapi muyul mereka masih tunduk kepada mafahim jahiliah yang bersandar pada kekufuran mereka.

Al-Quran telah memberikan gambaran yang jelas mengenai wujudnya keperibadian seperti ini, ketika menjelaskan perwatakan orang-orang munafik. Mereka menyatakan beriman ketika berhadapan dengan orang-orang mukmin, tetapi ketika dituntut beriman seperti orang-orang mukmin, mereka akan mengatakan bahwa mereka tidak akan beriman seperti orang-orang mukmin “yang bodoh” itu.

Aqliyah mereka, yang dapat dilihat pada luahan bibir mereka, menunjukkan mereka sebagai seorang muslim. Mereka mengatakan beriman kepada Allah, Rasul, dan Hari Kiamat. Mereka telah menyatakan kesaksiannya kepada Allah, tetapi muyul mereka tetap mengikuti mafhum kufur mereka.

Mereka melakukan tindakan yang merosakkan di muka bumi, mempersendakan orang lain, mencari-cari alasan untuk tidak menyertai peperangan dan sebagainya. Inilah muyul mereka yang tidak islami, yang tidak dapat meninggalkan tradisi kejahiliahan mereka.

Keperibadian yang huru-hara seperti ini juga boleh berlaku apabila aqliyah dan nafsiyah-nya dibangun dengan kaedah berfikir yang tidak lahir daripada pemikiran ideologi (al-fikr al-mabda’i)sehingga tidak mampu menghasilkan sistem yang menyeluruh dan parsialistik.

Ini seperti akidah Nasrani atau Yahudi yang hanya mengatur sebahagian keperluan jasmani dan naluri, sehingga dalam memenuhi keperluan jasmani dan naluri yang lain, seseorang terpaksa mengaplikasikan kaedah yang bersumber dari akidah lain. Akibatnya keperibadian orang Nasrani, Yahudi, atau pun yang lain menjadi personaliti yang huru-hara, sehingga tingkah lakunya bercanggah dengan akidahnya.

Keperibadian yang bercelaru ini juga boleh berlaku ketika nafsiyah-nya tidak menggunakan kaedah yang tetap, dalam erti kata lain berubah-ubah. Contohnya sesekali menyembah matahari, kemudian pada waktu lain berubah menyembah yang lain.

Ia juga boleh berlaku ketika aqliyah dan nafsiyah-nya tidak menggunakan kaedah yang tetap, sebaliknya berubah-ubah mengikuti keadaan, persekitaran, dan waktu tertentu. Ini biasanya berlaku pada orang yang membangun pandangan hidupnya berdasarkan akal, bukan wahyu, seperti yang dialami oleh para penganut kapitalisme mahupun sosialisme.

Ketika mereka menolak keadilan sosial kerana dianggap tidak adil, tetapi pada waktu lain konsep tersebut diterima, justeru ia dilihat adil kerana dapat meminimumkan “ancaman” kepada masyarakat. Inilah pandangan kaum kapitalis.

Para penganut sosialisme juga demikian. Suatu ketika mereka menolak kebebasan, tetapi pada waktu lain kebebasan justeru menjadi tuntutan. Hal yang sama juga dilakukan oleh orang-orang Yahudi, ketika suatu waktu mengharamkan daging, kemudian pada waktu lain mereka menghalalkannya.

Hal yang sama juga dapat terjadi ketika orang Islam yang tidak mempunyai pandangan hukum dalam melakukan aktivitinya. Sedangkan hukum Allah bagi setiap muslim hanya ada satu.

Kerana itulah, setiap orang Islam wajib mengaplikasikan (tabanni) satu hukum syarak tertentu. Jika tidak, orang tersebut akan mempunyai lebih dari satu pandangan hukum dalam suatu masalah. Ini mengakibatkan orang tersebut akan bertindak mengikuti hukum A, dan pada waktu lain bertindak mengikuti hukum B.

Keperibadian orang Islam seperti ini juga dianggap huru-hara. Di samping itu, dalam pandangan ulama fiqh, talfîq atau mengambil lebih dari satu hukum dalam suatu perkara adalah haram.

Keperibadian yang kacau juga dapat menampilkan penampilan yang teratur dan disiplin, ketika seseorang membangun kaedah berfikirnya, tetapi kaedah tersebut tidak dapat digunakan untuk menghukumi masalah lain, termasuk masalah yang  akan muncul kemudian.

Maka, keperibadian tersebut terlihat jumud (stagnan), seperti batu dan bergerak bagaikan mesin. Ini lazimnya terjadi dalam pendidikan ketenteraan. Mereka dididik seperti mesin dan robot. Inilah gambaran keperibadian yang kacau.

Ataupun seperti orang Islam yang belajar fiqh Islam, tetapi tidak menggunakan metod belajar dan kurikulum pembelajaran fiqh Islam yang benar. Mereka hanya diajar matan fiqh yang merupakan produk undang-undang segera. Sehingga ketika adanya hukum lain yang sama, tetapi kerana tidak pernah diajarkan, atau dijelaskan cara pengambilan hukumnya, orang yang mengkaji model fiqh ini tidak dapat menentukan sikap kerana orang tersebut tidak dapat mentahqîq manâth , disamping apa yang telah dijelaskan dalam matan yang telah dia pelajari.

Sumber:https://www.muslimahnews.com/2021/12/06/kepribadian-yang-kacau-dari-manusia/

Exit mobile version