قال الإمام ابن قدامة رحمه الله: *كانَ الرّجُل إذا خرج من منزله يقول له أهله: إيّاك وكسب الحرام، فإنّا نصبر على الجوع، ولا نصبر على النّار* (إبن قدامة، مختصر منهاج القاصدين، ص٨١)
Imam Ibnu al-Qudamah rahimahulLaah berkata: “Dulu kebiasaan seorang lelaki (suami), saat keluar rumah (untuk mencari nafkah), isterinya akan berkata, ‘Hati-hati dari nafkah yang haram. Sebabnya, kami akan mampu bersabar dari rasa lapar. Namun, kelak kami tidak akan sanggup bersabar dari azab neraka.'” (Ibnu Qudamah, Mukhtashar Minhaaj al-Qaashidiin, hlm. 81)
Pesan Moral:
Buat para suami: Wajib mengusahakan nafkah yang halal. Jangan sekali-kali memberi makan isteri dan anak-anak dari harta yang haram (misalnya hasil dari transaksi ribawi, rasuah, korupsi, judi, dan muamalah yang tidak syarie lainnya). Hal ini kerana, kata Nabi saw., “Tidaklah tumbuh daging (pada diri seorang hamba) dari makanan yang haram, kecuali api neraka lebih layak untuk dirinya.” (HR at-Tirmidzi).
Buat para isteri: Teladanilah para isteri generasi salafus-soleh. Mereka lebih peduli terhadap kehalalan nafkah dari para suami mereka berbanding banyaknya jumlah nafkah yang dibawa oleh para suami mereka ke dalam rumah-rumah mereka. Sebabnya, yang lebih mereka takutkan adalah azab neraka kerana memakan makanan dari harta yang haram berbanding takut tak dapat makan (kelaparan). Selain itu, mereka juga lebih mengharapkan keberkahan harta walau sedikit, bukan banyaknya harta. Keberkahan tentu hanya ada pada harta yang halal; tidak akan didapati dari harta yang haram.
– Arief B. Iskandar

