Dunia hari ini gelap, pekat, kerana Islam sebagai satu-satunya “nur” yang menerangi dunia ditutupi, bahkan hendak dihilangkan.
Kaum Kafir penjajah, bekerjasama dengan kaki tangan mereka, terus-menerus melakukan penyesatan pandangan dan politik dengan narasi, “Islam Tidak Toleransi”, “Islam anti Kepelbagaian”, “Islam bukan Arab.” dan berbagai narasi yang intinya hendak menutupi, bahkan menghilangkan “nur” Islam dari kehidupan
Islam sekarang bukan saja dibidik, tapi juga hendak dicabut dan dibuang dari kehidupan umat Islam. Kerana itu, mari kita didik anak-anak kita, keluarga dan umat kita dengan Islam. Kerana senario mencabut Islam dari kehidupan sedang dijalankan di tengah-tengah kaum Muslim
Memang berat, mendidik generasi saat ini dengan Islam, apalagi menjadikan mereka sebagai orang soleh, alim dan bersedia memimpin peradaban. Visi, misi dan pekerjaan yang sangat berat, di tengah situasi yang sungguh rosak seperti saat ini
Meski sukar, kita tetap perlu melakukan pekerjaan berat dan besar ini. Kata Umar bin ‘Abdul ‘Aziz
لو أن النّاس كلّما استصعبوا أمراً تركوه؛ ما قام للناسِ دنيا ولا دين
“Andai setiap orang menghadapi kesukaran dalam suatu masalah kemudian mereka tinggalkan (mereka tidak hadapi dan selesaikan), maka dunia dan agama ini tak akan tegak lagi bagi manusia”
Kerana itu, kuncinya, sandarkan semuanya kepada Allah. Hati, fikiran dan keyakinan kita hendaklah disandarkan hanya kepada Allah. Meski tampak mustahil, tetapi Allah Maha Kuasa. Allah akan menguatkan kita. Allah akan menuntun jalan kita. Akan akan mempertemukan kita dengan orang yang tepat untuk mewujudkan visi, misi dan tujuan mulia ini
Tugas kita hanya membuat rencana, melaksanakannya sesuai dengan batas kemampuan kita. Allah tidak menuntut lebih. Jika berjaya, semua itu bukan kerana kehebatan kita, tapi kerana izin dan pertolongan Allah Subhanahu wa Taala .
Sekarang renungkanlah kata-kata Raja’ bin Hayawah kepada Abdul Malik bin Marwan
إذا أعطاك الله ما تحب، فاعطه ما يحب
“Jika kamu sudah diberi oleh Allah apa yang kamu sukai, maka berikanlah kepada-Nya apa yang Dia sukai.”
– KH Hafidz Abdurrahman

