Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
Ketika semuanya normal, tiada gunung berapi meletus, tiada gempa bumi, tiada banjir, tiada puting beliung, manusia lupa diri, malah melutut menghina Allah, Pencipta dan Pengurus alam semesta, mencampakkan peraturan-Nya.
Dengan sombong juga menggantikan Allah menjadi pengatur, mengatur alam dengan undang-undang buatan manusia. Hutan ditebang, gunung dikorek, dan alam semulajadi dimusnahkan. Banjir kilat, letusan gunung berapi, gempa bumi, taufan, dan peringatan alam yang lain adalah ayat-ayat-Nya untuk mengingatkan manusia. Tetapi manusia tetaplah manusia. Angkuh dan sombong. Merasa mampu dan rasa berkuasa. Itulah sifat manusia.
Maka pada saat-saat begini, apabila segala-galanya nyata dalam genggaman-Nya, inilah masa terbaik bagi kita menyedari semuanya, kembali kepada-Nya, dan mengembalikan semua urusan dunia akhirat kepada-Nya. Kerana Dialah pemilik sejati alam semesta, dunia, dan akhirat .
Dialah yang berhak mengatur hidup kita. Bukan kita. Inilah aspek kerohanian yang mesti menusuk ke dalam dada kita. Di sebalik alam semesta, manusia, dan kehidupan ini ada Allah, Pencipta dan Pengatur yang Maha Sempurna dan Maha Bijaksana. Inilah kesadaran rohani kita.
Ya Rabb, pada saat seperti ini, hanya kasih sayang-Mu yang dapat menyelamatkan kami dan saudara-saudara kami. Ampunilah dosa kami, kesombongan, dan keangkuhan kami.
أستغفر الله العظيم من جميع المعاصي والذنوب
Artikel dari:
https://m.facebook.com/MuslimahNewsCom/posts/2033685360142602/

