Pengantar Redaksi:
Ramadhan adalah bulan perjuangan. Bukan hanya perjuangan melawan hawa nafsu, tetapi juga perjuangan menegakkan syariah Islam. Apakah hubungannya? Bagaimana pula kaitannya antara Ramadhan, ketakwaan—sebagai hikmah dari shaum Ramadhan—dan perjuangan menegakkan syariah Islam? Apakah perjuangan menegakkan syariah Islam juga bererti menescayakan perjuangan menegakkan Khilafah?
Itulah di antara beberapa pertanyaan sidang redaksi kepada Ustaz Yuana Ryan Tresna, Mudir Ma’had Khadimus Sunnah, Bandung, dalam segmen Hiwar kali ini. Berikut hasil wawancaranya.
Soalan: Ramadhan dikenal dengan bulan ketaatan. Apakah makna ketaatan hakiki itu Ustaz?
Jawapan: Ketaatan hakiki adalah saat kita tunduk, patuh dan tidak ada keberatan sedikitpun dalam menjalankan seluruh ketetapan Allah SWT. Dalam surah al-Baqarah ayat 183 dijelaskan bahawa hikmah kewajipan puasa tidak lain adalah agar kita menjadi orang-orang yang bertakwa. Apakah takwa itu? Kata “taqwa” berasal dari kata “waqa”. Ertinya, melindungi, yakni melindungi diri dari murka dan azab Allah SWT. Caranya dengan menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.
Imam al-Raghib al-Asfahani di dalam Al-Mufradat fi Gharib al-Quran mendenifisikan: “Takwa adalah menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya berdosa. Hal itu dengan meninggalkan apa yang dilarang dan menjadi sempurna dengan meninggalkan sebahagian yang dihalalkan.”
Imam al-Jurjani di dalam At-Ta’rifat juga mengatakan, “Takwa adalah menjaga diri dari seksa Allah dengan cara mentaati-Nya. Ertinya, menjaga diri dari pekerjaan yang mengakibatkan seksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.”
Jadi ketaatan hakiki itu adalah perwujudan dari takwa.
Soalan: Bagaimana caranya agar mempunyai ketaatan yang hakiki itu?
Jawapan: Dengan asas keimanan yang kukuh. Iman ini akan melahirkan sikap pasrah. Berserah diri. Tidak ada keberatan sedikit pun dalam menjalankan perintah Allah SWT.
Untuk mengetahui adakah kita termasuk orang yang memiliki ketaatan hakiki atau tidak, mari kita lihat bagaimana sikap kita terhadap berbagai perintah dan larangan Allah SWT. Misalnya, ketika Allah SWT memerintahkan kita berpuasa, kita mampu mentaati dan mengamalkan kewajipan tersebut. Selanjutnya, bagaimana sikap dan ketaatan kita terhadap perintah Allah SWT yang lain? Seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 178 tentang hukum qisas. Bagaimana sikap kita terhadap hal itu? Adakah kita juga bersedia untuk mentaatinya? Atau justeru mengabaikannya dan tidak mempedulikan kewajipan tersebut? Padahal hikmah dari kewajipan menjalankan qisas juga sama dengan puasa, iaitu agar kita menjadi orang yang bertakwa. Silakan semak dalam surah al-Baqarah ayat 179.
Soalan: Kemudian, bagaimana dimensi ketaatan itu, Ustaz? Apakah terbatas dalam konteks individu atau ianya juga berlaku untuk masyarakat dan negara?
Jawapan: Sudah pasti bukan hanya untuk individu. Ketaatan juga wajib wujud dalam semua sisi kehidupan yang lain, yakni dalam kehidupan masyarakat dan negara. Hal itu diisyaratkan dalam beberapa ayat al-Quran. Di antaranya surah Saba’ ayat 15 dan surah al-A’raf ayat 96.
Dalam surah Saba’ ayat 15 terdapat terma “baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur”. Ringkasnya, ayat ini mengisahkan perihal bangsa Saba’ yang Allah anugerahkan sumber daya alam yang amat luas dan subur. Digambarkan bahawa kehidupan bangsa Saba’ begitu sejahtera. Bentangan kebun di kiri kanan mereka. Mereka tak kekurangan sumber bahan makanan dan buah-buahan. Kerana itu mereka diperintahkan supaya bersyukur kepada Allah SWT sebab, kemakmuran negeri mereka berkat kurniaan Allah yang telah mencukupi keperluan hidup juga melindungi mereka dari segala malapetaka.
Dijelaskan pula dalam kitab Ma’alim at-Tanzil atau yang lebih dikenal dengan Tafsir al-Baghawi, bahawa maksud dari perintah bersyukur kepada Allah SWT pada ayat di atas, iaitu hendaknya bangsa Saba’ berlaku taat kepada-Nya.
Lalu dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah SWT berfirman yang ertinya, “Jika penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu. Kerana itu Kami menyeksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”
Jadi jelas sekali, sebab datangnya keberkahan adalah taat, dan sebab datangnya seksa adalah kerana tidak taat (mendustakan ayat-ayat Allah SWT).
Soalan: Apakah pra-syarat utama agar ketaatan hakiki itu ada dan nampak kewujudannya dalam kehidupan?
Jawapan: Seperti yang sudah saya jelaskan, syaratnya keimanan yang kukuh. Adapun bagaimana agar ketaatan itu kelihatan dalam kehidupan, iaitu ketaatan tersebut mesti dihidupkan atau ditegakkan dalam setiap sisi kehidupan. Jadi yang perlu kita lakukan adalah dua hal: Pertama, melayakkan diri sebagai hamba yang kukuh keimanannya dan dekat dengan Allah SWT. Kedua, maksima dalam melakukan usaha perubahan dari suatu keadaan (tidak taat) menuju keadaan ketaatan. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang ertinya, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.”
Soalan: Bolehkah ketaatan hakiki itu diwujudkan? Siapa pula yang akan mengawal perwujudan ketaatan hakiki itu?
Jawapan: Sudah pasti boleh. Namun, perlu ada ikhtiar dari kita. Itulah yang saya maksudkan pada soalan sebelumnya. Adapun yang mengawal ketaatan itu adalah individu yang bertakwa, kawalan masyarakat dan negara yang di dalamnya penguasa yang menerapkan aturan Islam. Semuanya perlu terlibat. Peranan yang paling utama adalah penguasa kerana ianya akan menjadi penyempurna ketaatan ini. Bahkan Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ’Ulumiddin menyebutkan bahawa rosaknya rakyat disebabkan rosaknya penguasa. Rakyat dan penguasa harus saling mengawal dalam pelaksanaan hukum syariah ini.
Mengapa perlu saling mengawal? Kerana hubungan antara rakyat-penguasa bersifat timbal-balik dan saling mempengaruhi. Pemimpin cerminan majoriti rakyat dan majoriti rakyat cerminan pemimpinnya.
Bahkan sebenarnya ada unsur yang ketiga, yakni sistem. Oleh kerana itu, amar makruf nahi mungkar dan muhasabah kepada penguasa perlu tetap tegak demi memperbaiki keadaan masyarakat yang ada. Dakwah juga perlu diarahkan pada perbaikan sistem. Bukan hanya perbaikan personal atau individu.
Soalan: Adakah hubungan antara Ramadhan, ketaatan dan perjuangan penegakan syariah Islam sangat kuat?
Jawapan: Hubungannya sangat erat dan kuat. Hikmah puasa pada bulan Ramadhan adalah agar menjadi Mukmin yang bertakwa. Wujud takwa adalah ketaatan total kepada Allah SWT dengan tegaknya syariah Islam dalam setiap dimensi kehidupan. Lalu tegaknya syariah Islam ini mewajibkankan perjuangan untuk mewujudkannya.
Hanya saja, perubahan itu mestilah diusahakan sendiri oleh umat Islam, kerana perubahan itu bersifat aktif. Di dalam surah ar-Ra’d ayat 11 Allah SWT berfirman yang ertinya, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Penjelasan Imam al-Qurthubi dalam kitabnya, Jami’ li Ahkam al-Quran, menyebutkan bahawa perubahan pada sebuah masyarakat itu boleh diusahakan dan datang dari tiga pihak: (1) Dari masyarakat itu sendiri secara kolektif; (2) Pihak yang mengurus (memimpin) masyarakat tersebut; (3) Orang dari masyarakat tersebut dengan hubungan apapun.
Soalan: Adakah perjuangan tegaknya Khilafah juga akan mewujudkan ketaatan hakiki itu?
Jawapan: Sudah tentu. Lebih tepatnya jalan menuju ketaatan hakiki kerana perjuangan tersebut akan mengantarkan pada tegaknya syariah secara kaffah dalam sebuah negara (Khilafah). Khilafah inilah yang akan menyempurnakan ketaatan dengan pengamalan seluruh kewajipan.
Soalan: Apakah keadaan yang menyebabkan ketaatan menjadi energi dalam perjuangan?
Jawapan: Ada dua keadaan saat ketaatan akan menjadi energi perjuangan: Pertama, ketika ketaatan itu berhubungan dengan kesedaran untuk melakukan perubahan. Kedua, ketika ketaatan itu dikaitkan dengan masa depan umat Islam.
Terkait kesedaran, perlu adanya perubahan, kaum Muslim sedar bahawa kehidupan saat ini tidak islami dan perlu diubah menjadi tatanan kehidupan Islam. Kesedaran itu akan mengantarkan pada spirit perjuangan. Tanpa kesedaran atas fakta yang rosak dan kesedaran atas fakta pengganti (Islam), maka orang tidak akan berfikir tentang perubahan. Kesedaran untuk melakukan perubahan ini akan menjadi energi perjuangan.
Adapun terkait masa depan umat, kemenangan dakwah adalah suatu kenescayaan. Sesungguhnya cahaya Allah tidak akan pernah boleh dipadamkan oleh makar manusia. Islam pasti menang. Sesuai janji Allah SWT, sebentar lagi pertolongan-Nya akan segera datang. Islam akan menjadi satu-satunya mabda’ (ideologi) yang menang atas semua ideologi lain. Allah SWT telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 32 yang ertinya, “Orang-orang kafir itu berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah, tetapi Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya (agama)-Nya meskipun orang-orang kafir itu membencinya.” Gambaran akan masa depan ini akan menjadi energi perjuangan.
Soalan: Apa yang perlu dilakukan umat Islam agar momen Ramadhan dapat semakin tumbuh berkembang antara ketaatan dan semangat perjuangan?
Jawapan: Ramadhan perlu menjadi bulan riyadhah, yakni medium untuk melatih ketaatan hakiki. Lalu umat Islam hendaklah memiliki himmah atau cita-cinta yang tinggi. Himmah ini akan menjadi spirit perjuangan. Cita-cita yang perlu ada pada setiap Muslim adalah kembalinya kejayaan umat Islam dengan tegaknya syariah Islam secara sempurna. Inilah makna kemenangan yang sebenarnya. Mengembalikan kemenangan umat Islam ertinya membawa umat pada posisi terbaik, sebagai kekuatan di dunia yang diperhitungkan dalam percaturan politik global. Perjuangan mengembalikan kekuatan umat ini memang tidak mudah dan tidak ringan. Kerana itu momentum Ramadhan ini perlu melahirkan kembali jutaan umat Islam yang memiliki kadar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang tinggi. Hal itu akan menjadi modal bagi terbitnya fajar kemenangan Islam di muka bumi ini, iaitu tegaknya kembali Khilafah Islamiyah.
Kemenangan demi kemenangan yang berjaya diraih Rasulullah saw. dan para Sahabatnya, serta para khalifah sesudahnya, adalah kerana mereka menerapkan Islam secara kaffah dalam kehidupan mereka. Ini pulalah yang menjadikan generasi Islam terdahulu mampu membangun kekuatan “super power”, Negara Khilafah, yang disegani kawan dan ditakuti lawan. Khilafah inilah yang mampu mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyatnya, baik Muslim mahupun non-Muslim; mampu melahirkan para pejuang Islam yang tangguh dalam mengemban misi pembebasan di berbagai negeri; mampu menumbuh-suburkan perkembangan sains dan teknologi untuk kemaslahatan umat manusia; mampu menjadikan negeri Islam sebagai kiblat perkembangan sains dan teknologi saat bangsa Eropah masih tenggelam dalam kebodohan dan keterbelakangan. Itulah kemenangan umat Islam dan kebaikan untuk dunia. Semoga kita dapat segera merayakan kemenangan kolektif umat dalam percaturan politik dunia.
WalLahu a’lam.

