Oleh: Arief B. Iskandar
(Khadim Ma’had Wakaf Darun Nahdhah al-Islamiyah Bogor).
Dikisahkan, Imam Abu Hanifah rahimahulLaah pernah menahan diri tidak memakan daging kambing. Hal itu beliau lakukan setelah mendengar bahawa ada seekor kambing milik jirannya dicuri. Beliau melakukan hal itu (menahan diri dari memakan daging kambing) selama beberapa tahun sesuai dengan usia kehidupan kambing pada umumnya hingga diperkirakan kambing itu telah mati (Syu’aib bin Saad al-Harifis, Ar-Rawdh al-Faiq, hlm. 215).
Boleh jadi Imam Abu Hanifah rahimahulLaah bertindak demikian kerana beliau khuatir tanpa sepengetahuannya kambing itu diperjualbelikan di tengah-tengah masyarakat. Lalu dia tidak sengaja memakan daging sembelihan kambing curian tersebut.
Begitulah sikap Imam Abu Hanifah rahimahulLaah. Beliau memiliki sikap warak (kehati-hatian terjatuh ke dalam dosa) yang luar biasa.
Sikap warak tentu muncul dari besarnya rasa takut kepada Allah SWT.
Rasa takut kepada Allah SWT akan melahirkan sikap warak (hati-hati), bukan sahaja terhadap perkara-perkara yang haram, tetapi juga terhadap perkara-perkara yang syubhat.
Semoga puasa Ramadhan kita makin menumbuhkan sikap warak (hati-hati) kita terhadap semua yang haram mahupun yang syubhat.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah’ alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.
Hikmah Ramadhan:
Ibnu Rajab rahimahulLaah berkata:
*وأفضلُ الأعمالِ خشيةُ الله في السرِّ والعلن* – فتح الباري (٦٣/٤)
“Amal yang paling utama adalah senantiasa memiliki rasa takut kepada Allah baik dalam kesunyian (kesendirian) mahupun dalam keramaian.”
(Fath al-Bari, 4/36).[]

