Penulis: Najmah Saiidah
Syariat Islam atau hukum Islam merupakan topik yang selalu menjadi pusat perhatian kerana ia sememangnya merupakan topik penting untuk dibahas. Terlebih lagi pada saat ini, terdapat usaha untuk “meminggirkan” syariat Islam. Maka, sudah seharusnya kita terus berusaha untuk memberi pemahaman kepada umat tentang syariat Islam dan memahami cara untuk memposisikannya sesuai tuntunan Islam.
Beberapa waktu yang lalu, mubadalah[dot]id mengeluarkan artikel tulisan Nur Kholilah yang menyatakan bahawa hukum Islam itu mudah, bersifat anjal, sebagai preventif dan juga represif. Hukum Islam, sejak zaman Nabi SAW juga sudah beragam, sehingga sekarang pendapat itu semakin tidak terkira kerana ulama pada setiap zaman selalu bertambah dan pendapat itu menyesuaikan keadaan umat pada zamannya, bahkan keadaan individu mereka. Tentu saja yang dibahas adalah hukum fikih (furu’iyah) bukan akidah (Usuluddin).
Selanjutnya, penulis memperincikannya dengan mengatakan bahawa karakter hukum dalam agama Islam adalah anjal dan dinamik, asalkan jelas sumbernya. Ia memberi contoh kisah para Sahabat saat pulang dari Perang Ahzab iaitu ketika Nabi SAW mengingatkan, “Ingatlah, jangan kalian solat Zohor kecuali di Bani Quraizhah.” (As-Sunan al Kubra lil Baihaqi). Sekelompok sahabat khuatir tertinggal waktu solat Zohor -dalam riwayat lain solat Asar- sehingga solatlah mereka sebelum sampai di Bani Quraizah.
Kemudian, terkait hukum Islam yang memiliki karakter preventif atau represif, ia memberikan contoh satu pendapat ulama yang mengatakan bahawa suara wanita adalah aurat sebagai wujud preventif dari terjadinya fitnah. Majoriti ulama mengatakan ia bukanlah aurat, tetapi apabila ketika mendengarkannya ada kemungkinan tertarik dan timbil berahi/firnah, maka itu yang dilarang, bukan dari segi bersuaranya. Demikianlah yang dibahas oleb Abu Bakar Syatha Ad-Dimyathi dalam I’anatu ath-Thalibin.
Contoh lain adalah, larangan wanita bepergian berdasarkan hadis, “Janganlah seorang wanita bepergian kecuali dengan mahram.” (HR Muslim). Larangan ini berbentuk preventif untuk menjaga wanita dari kekerasan di luar rumah. Namun, ada sabda Nabi dari Abu Hurairah, “Jangan larang hamba-hamba Allah yang perempuan untuk pergi ke masjid.” Dahulu, masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi ia juga merupakan pusat kegiatan aktiviti sosial di ruang publik. (Mubadalah[dot]id, 25/2/2022)
Dari apa yang penulis utarakan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa hukum Islam memiliki karakter anjal dan dinamik asalkan sumbernya jelas. Selain itu, hukum Islam memiliki karakter preventif dan represif dalam erti bahawa hukum Islam mencegah kaum muslim dari keburukan.
Jika kita memperhatikan istilah-istilah yang dipakai oleh penulis tadi secara sekali lalu, memang tidak ada yang aneh. Hanya saja, ada beberapa perkara yang perlu kita perjelaskan agar tidak muncul perbezaan persepsi. Lebih dari itu, penggunaan istilah terkadang membuatkan umat bingung dalam memahaminya.
Oleh kerana itu, dalam artikel ini, kita akan cuba untuk memperincikan lagi agar kita semua semakin faham tentang hukum syarak, cakupannya dan karakteristiknya sehingga tidak salah dalam melangkah.
Apa yang Dimaksudkan Hukum Syarak dan Dalil Syarak?
Imam Abu Muhammad Ali bin Hazm dalam kitab Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam berkata, “Syariat adalah jika terdapat teks yang jelas (tidak multitafsir) dari Al-Quran, teks sunnah (hadis), teks yang didapati dari perbuatan Nabi SAW, teks yang didapati dari takrir Nabi SAW dan ijmak para Sahabat.” (Ibnu Hazm, Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam, Beirut, Darul Afaq).
Syeikh Atha’ Abu Rusytah dalam kitabnya Taysir al-Wushul ilal Ushul menyatakan bahawa hukum syarak menurut istilah ulama usul fikih adalah khithab syaari’ (seruan Allah) yang berkaitan dengan aktiviti hamba, iaitu yang berupa tuntutan, penetapan, dan pemberian pilihan. Beliau juga menjelaskan yang terkategori dalil syarak hanya Al-Quran, Sunah (Hadis), ijmak dan qiyas. Ini kerana, hanya keempat dalil ini saja yang dibangun berdasarkan dalil qath’iy.
Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah juz 1 menjelaskan bahawa hukum syarak adalah khithab syaari’ yang berhubungan dengan perbuatan hamba. Dengan kata lain, seluruh pemikiran yang berhubungan dengan perbuatan manusia atau dengan sifat-sifatnya yang dapat dianggap sebagai bahagian dari perbuatannya. Contohnya, ijarah (sewa menyewa), bay’ (jual beli), riba, solat, iqamatul khalifah dan sebagainya.
Keistimewaan Karakteristik Hukum Syarak
Sesungguhnya, jika kita perhatikan dengan saksama, memang tidak dapat kita ingkari, seiring dengan berjalannya waktu, terjadi perubahan bentuk kehidupan manusia. Kemudian, terjadi perubahan teknologi dan materi.
Seiring itu juga, muncul permasalahan baru yang boleh jadi sebelumnya tidak pernah ada. Di sinilah kita memerlukan adanya aturan untuk menyelesaikan berbagai permasalahan baru tersebut. Dalam hal ini, hanya Islam satu-satunya aturan yang layak untuk menjadi sandaran kaum muslim. Ini kerana, dengan karakteristiknya, Islam memiliki banyak keistimewaan.
1. Syariat Islam berasal dari Allah, sesuai dengan fitrah manusia dan juga memuaskan akal.
Sebagai deen yang sempurna dan menyeluruh, Islam mampu memberikan ketenteraman, kesejahteraan dan rasa aman bagi manusia. Ini kerana, Islam datang dari Allah SWT, Sang Pencipta manusia, yang Maha Mengetahui ciptaan-Nya sehingga syariat Islam mampu untuk memuaskan ajal manusia dan sesuai dengan fitrah manusia.
Hak tasyri’ hanya pada Allah Taala. Tidak ada kekuasaan bagi manusia untuk membuat hukum kerana manusia bersifat lemah dan akalnya terbatas. Allah SWT berfirman dalam surah Yusuf,
اِنِ الْحُكْمُ اِلَّا لِلّٰهِ ۗاَمَرَ اَلَّا تَعْبُدُوْٓا اِلَّآ اِيَّاهُ ۗذٰلِكَ الدِّيْنُ الْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ
“Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Yusuf (12): 40]
2. Allah SWT menjaga kemurnian syariat Islam.
Saat ini, musuh-musuh berusaha terus-menerus untuk menjatuhkan dan menghina Islam. Akan tetapi, sungguh Islam tidak akan terpengaruh. Islam akan tetap terjaga dengan baik kerana Allah SWT telah menjamin untuk menjaganya. Allah SWT berfirman,
لَحٰفِظُوْنَ لَهٗ وَاِنَّاالذِّكْرَ نَزَّلْنَا نَحْنُ اِنَّا
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [TMQ Al-Hijr (15): 9]
Ayat ini menegaskan bahawa Allah SWT akan menjaga kemurnian Al-Quran. Maksudnya, Allah juga akan menjaga kemurnian Islam dan hukum-hukumnya kerana kandungan Al-Quran tidak lain adalah hukum-hukum Islam yang murni. Oleh sebab itu, hukum Islam tidak lekang dek waktu.
3. Syariat Islam datang dalam bentuk khuthuuth ‘aridhah
Syeikh Muhammad Muhammad Ismail menjelaskan bahawa Islam datang dengan serangkaian pemahaman tentang kehidupan yang membentuk pandangan hidup tertentu. Islam hadir dalam bentuk khuthuuth ‘aridhah (garis-garis global) iaitu makna-makna tekstual yang umum mampu memecahkan seluruh masalah. Dengan demikian, akan dapat menggali (istinbat) berbagai pemecahan masalah yang muncul dalam kehidupan manusia (kitab Al-Fikru al-Islamiy).
Dengan demikian, seorang muslim yang telah sampai kepada taraf mujtahid, diperkenankan untuk berijtihad. Ijtihad adalah proses menggali hukum syarak dari dalil-dalil yang bersifat zhanni (lemah) dengan mencurahkan segenap tenaga dan kemampuan sehingga tidak mungkin lagi melakukan usaha lebih dari itu.
Sedangkan terkait hukum-hukum yang qath’i (pasti), maka tidak boleh dan tidak diperkenankan adanya perbezaan pendapat di dalamnya. Atas dasar itu, ijtiihad tidak berlaku pada perkara akidah dan hukum syarak yang dalilnya qath’i, seperti kewajipan potong tangan bagi pencuri, rejam atau cambuk bagi penzina, hukum bunuh bagi orang murtad dan sebagainya.
4. Hanya aturan Islam yang mampu menyelesaikan secara tuntas seluruh masalah manusia.
Karakteristik hukum Islam sangat berbeza dengan produk hukum kapitalis mahupun sosialis. Hukum Islam dibangun berdasarkan nas-nas syariat yang tetap. Dalam Islam, nas-nas syariat adalah sumber hukum yang menjadi rujukan untuk menghukumi permasalahan manusia.
Islam mengharuskan umatnya untuk terikat dengan aturan Allah SWT dan Rasul-Nya secara kaffah, tanpa terkecuali. Sebagai aturan kehidupan yang Allah SWT turunkan, Islam merupakan aturan sempurna yang mampu menyelesaikan setiap persoalan manusia secara menyeluruh, tuntas dan sempurna.
5. Hukum Islam (Syarak) bersifat tetap.
Produk hukum kapitalis berubah-ubah dari waktu ke waktu dan berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain kerana menjadikan manfaat sebagai asasnya.
Berbeza dengan itu, hukum syarak tetap dan tidak berubah berdasarkan waktu dan tempat. Ini kerana, produk hukum syarak digali dari nas-nas syariat yang bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan. Yang halal akan tetap halal, yang haram akan tetap haram dan akan kekal begitu sehingga hari kiamat. Selain itu, hukum syarak tidak terikat dengan waktu dan tidak pula tergantung pada pendapat penduduk bumi.
Hanya saja, Islam telah memberikan mekanisma yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan ketika kaum muslimin menemui persoalan. Rasulullah SAW mencontohkan, dari Mu’adz sesungguhnya Rasulullah SAW ketika mengutus Mu’adz bin Jabal ke Yaman, Rasulullah bersabda, “Bagaimana engkau memutuskan perkara apabila diserahkan kepadamu suatu perkara?” Mu’adz berkata, “Aku akan memutuskannya dengan kitabullah.” Rasulullah bersabda, “Jika tidak ada dalam kitabullah?” Mu’adz pun berkata, “Maka, dengan sunnah Rasulullah SAW…” Rasulullah bersabda, “Jika tidak ada dalam Sunnah Rasulullah?” Mu’adz pun berkata, “Aku berijtihad dengan pendapatku.” Lalu Rasulullah memukul dadanya sambil bersabda, “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menyetujui utusan Rasulullah dengan apa yang diredhai Rasulullah SAW.” (HR Abu Daud) (Syekh Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyah Islamiyyah Juz 1).
6. Hukum Islam sebagai pencegah melalui penerapan hukum bagi pelaku kemaksiatan.
Dalam hukum Islam, hukuman di dunia berfungsi sebagai pencegah atau jawazir, iaitu mencegah orang-orang untuk melakukan dosa dan kemaksiatan. Fungsi kedua adalah sebagai penebus dosa atau jawabir, iaitu dengan menggugurkan hukuman di akhirat bagi pelaku jenayah yang telah dikenakan hukuman di dunia.
Dalam Islam, pelaksanaan hukuman atau uqubat di dunia adalah tanggungjawab imam atau khalifah atau yang ditunjuk mewakilinya. Jadi, negaralah yang melaksanakannya.
Dalam hadis dari Ubadah bin Shamit ra. Rasulullah SAW bersabda, “Berbaiatlah kalian kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak membuat kebohongan yang kalian ada-adakan antara tangan dan kaki kalian, serta tidak bermaksiat dalam perkara yang makruf. Barangsiapa di antara kalian yang memenuhinya, pahalanya ada pada Allah dan barangsiapa yang melanggar hal tersebut, lalu Allah menghukumnya di dunia, maka itu adalah kafarat (penebus) baginya, dan barangsiapa yang melanggar, kemudian Allah menutupinya (tidak menghukumnya di dunia), maka urusannya kembali kepada Allah, jika Dia mahu, dimaafkan-Nya atau diseksa-Nya.” (HR Bukhari)
Khatimah
Demikianlah, setelah kita kaji tulisan Nur Kholilah di mubadalah[dot]id yang menyatakan bahawa karakter hukum Islam itu mudah, boleh jadi anjal, preventif dan represif, maka perlu adanya perincian dan penjelasan agar tidak terjadi kesalahan dalam persepsi terhadap kenyataan tersebut.
Memang ia memerlukan kehati-hatian dalam penggunaan istilah. Setelah melakukan penelusuran terhadap beberapa pendapat ulama terdahulu, kita mendapati bahawa karakteristik syariat Islam sangat unik dan istimewa, berbeza dengan sistem lainnya.
Dari perincian karakter syariat Islam, kita juga dapat memahami bahawa makna “anjal” bukanlah bermaksud boleh berubah-ubah, melainkan membawa maksud hukum Islam itu tetap dan tidak berubah sampai bila-bila pun, hanya saja ia hadir dalam bentuk khuthuth ‘aridhah (garis-garis hukum yang global), iaitu makna-makna tekstual yang umum.
Dengan demikian, berbagai pemecahan setiap masalah yang muncul dalam kehidupan manusia akan dapat digali (istinbat) yang akhirnya boleh memunculkan adanya perbezaan pendapat.
Hanya saja, ia perlu dalam batas-batas koridor syarak iaitu terbatas pada hukum-hukum atau dalil yang bersifat zhanni. Sedangkan terhadap hukum-hukum yang sudah qath’i (pasti) tidak boleh dan tidak diperkenankan adanya perbezaan pendapat di dalamnya.
Terkait soal “preventif dan represif”, sebenarnya ia bermaksud jika hukum Islam diterapkan, ia akan berfungsi sebagai pencegah orang melakukan kemaksiatan (jawazir) dan tidak semena-mena dalam bertindak.
Hal penting lagi adalah bahawa syariat Islam memiliki karakter istimewa lainnya, iaitu syariat Islam datang dari Allah SWT Al-Khalik Al-Mudabbir yang mampu memecahkan seluruh persoalan kehidupan manusia sampai bila pun dan di mana pun dengan tuntas.
Lebih dari itu, Allah akan sentiasa menjaganya sehingga akhir zaman. Walhasil, sudah sepatutnya umat Islam menjadikan syariat Islam semata sebagai pegangan hidupnya agar ia terselamat di dunia dan juga akhirat. Wallahualam.

