Site icon MuslimahHTM News

[NAFSIYAH RAMADHAN] JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT SEPANJANG MASA

Al-Quran adalah kitab yang mampu menghidupkan jiwa dan mententeramkan hati. Dengan izin Allah swt, Al-Quran mampu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya; iaitu jalan Zat yang Maha Perkasa lagi Terpuji.

“Barangsiapa membaca satu huruf dari kita Allah, maka dia mendapat satu kebaikan. Sedangkan satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda. Aku tidak mengatakan bahawa “alif laam mim”. Akan tetapi, alif adalah satu, laamm satu huruf, dan mim adalah satu huruf.” (HR Tirmidzi)

Bagi yang baru belajar membaca Al-Quran, merangkak-rangkak, tidak mengapa. Teruskan belajar, kerana di sisi Allah swt terdapat ganjaran yang besar bagi mereka yang mahir dengannya dan mereka yang lemah juga ada ganjarannya.

“Orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama-sama dengan rombongan malaikat yang mulia dan sentiasa berbuat baik. Dan orang yang membaca al-Quran tapi terbata-bata (merangkak-rangkak) dan sangat berat baginya, dia akan mendapat dua pahala.” (HR Muslim)

Siapa saja yang mengamalkannya pasti akan beruntung. Siapa yang memutuskan hukum dengannya pasti akan adil. Dan siapa yang mendakwahkannya, pasti akan mendapatkan hidayah ke jalan yang lurus.

Abu Dawud dan at-Tirmidzi telah mengeluarkan hadis sahih bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Kelak di akhirat akan dikatakan kepada Shahibul Quran (orang yang sentiasa bersama-sama dengan al-Quran, pen.), “Bacalah, naiklah terus dan bacalah dengan perlahan-lahan (suara) sebagaimana engkau telah membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya tempatmu yang terakhir adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”

Maksudnya kelak di akhirat tempatnya tergantung pada sedikit atau banyaknya bacaan al-Quran di dunia. Semakin banyak, maka semakin tinggilah kedudukan kita, insyaAllah!

Exit mobile version