Semua ulama sepakat bahawa ibu hamil dan menyusukan anak diberi keringanan dalam ibadah puasa mereka. Jika mereka sihat dengan kehamilannya, serta tidak ada mudharat bagi anak yang dikandung atau disusuinya jika mereka berpuasa, maka mereka tetap boleh menjalankan kewajipan tersebut. Namun, jika keadaan kehamilannya atau anak yang dia susuinya tidak memungkinkan dia berpuasa, maka boleh bagi dirinya berbuka. Inilah adalah salah satu cara kasih sayang Allah kepada manusia iaitu mengangkat kewajipan beribadah kepada-Nya demi kesihatan dan pertumbuhan optimum bagi bayi.
Rasulullah saw. bersabda:
إِنَّ الله وَضَعَ عَنْ الْمُسَافِرِ نِصْفَ الصَّلَا ةِ وَالصَّوْمَ وَعَنْ الْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ
”Sungguh Allah meringankan separuh solat dan puasa dari musafir, juga puasa dari wanita hamil dan menyusui”. (HR an-Nasa’i dan Ahmad).
Para ulama hanya berbeza pandangan terkait konsekuensi mereka berbuka puasa, adakah mereka harus qadha’ pada hari lain atau cukup membayar fidyah atau keduanya. Jumhur ulama lebih cenderung pada qadha’. Ini adalah pendapat dari Imam Hanafi, Imam Syafie dan Imam Ahmad. Mereka menyamakan hamil dan menyusui dengan keadaan sakit yang dinyatakan dalam al-Quran (TMQ al-Baqarah [2]: 185). Hanya saja, Imam Syafie dan Imam Ahmad menambahkan kewajipan fidyah selain qadha’ bila ibu sihat, namun hanya khuatir dengan anak yang dikandung atau dia susui.
Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah menjelaskan, bahawa pendapat yang paling kuat untuk ibu hamil dan menyusui adalah boleh berbuka bila ada kebimbangan baik untuk dirinya atau anaknya, dan mereka wajib meng-qadha’ pada hari lain. Pendapat ini berdasarkan pada hadis dari Anas bin Malik di atas, yang menyebutkan musafir, wanita hamil dan menyusui diberi keringanan. Kedudukan mereka adalah sama, yakni wajib meng-qadha’ dan tidak perlu membayar fidyah.
Alasan bahawa ibu hamil dan menyusui adalah susah untuk menqadha’ puasa tidak boleh diterima. Bila tahun ini mereka hamil, tahun berikutnya menyusui, tahun seterusnya hamil lagi dan seterusnya, tetap sahaja ada masa yang mereka berhenti dari tempoh hamil dan menyusui tersebut. Ketika itulah mereka wajib mengqadha’ puasa mereka. Hanya sahaja mereka perlu niatkan untuk mengqadha’nya ketika telah mampu. Mereka juga perlu mencatat dengan teliti hari-hari hutang puasa mereka pada setiap tahun.
Sumber: Arini Retnaningsih, “Shaum Ramadhan Perempuan”.

