Site icon MuslimahHTM News

[AMALAN SUNNAH RAMADHAN] MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA PUASA

عنْ زَيدِ بنِ خالدٍ الجُهَنيِّ رَضيَ اللَّه عَنْهُ عَن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « مَنْ فَطَّرَ صَائماً، كانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنْقُصُ مِنْ أجْر الصَّائمِ شيءٍ » . رواه الترمذي وقالَ : حديثٌ حسنٌ صحيحٌ .

1262. Dari Zaid bin Khalid al-Juhani ra. dari Nabi saw, sabdanya: “Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa -yang diberi makan tadi-.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih.

 

وعَنْ أُمِّ عمَارَةَ الأَنْصارِيَّةِ رَضِيَ اللَّه عَنْها ، أَنَّ النبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم دخَلَ عَلَيْها ، فقدَّمَتْ إِلَيْهِ طَعَاماً ، فَقالَ : « كُلِي » فَقالَت : إِنِّي صائمةٌ ، فقالَ رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « إِنَّ الصَّائمَ تُصلِّي عَلَيْهِ المَلائِكَةُ إِذا أُكِلَ عِنْدَهُ حتَّى يَفْرَغُوا » وَرُبَّما قال : « حَتَّى يَشْبَعُوا » رواهُ الترمذيُّ وقال : حديثٌ حسنٌ .

1263. Dari Ummu Umarah al-Anshariyah ra bahawasanya Nabi saw. masuk di tempatnya, lalu ia menghidangkan sesuatu makanan kepada beliau saw., kemudian beliau bersabda: “Makanlah!” Ummu Umarah berkata: “Sesungguhnya saya ini berpuasa.” Rasulullah saw. lalu bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu dimohonkan kerahmatan oleh para malaikat, apabila ada orang yang makan makanannya di sisinya -yakni di tempatnya orang yang berpuasa tadi-, sehingga mereka selesai.” Mungkin beliau saw. bersabda: “Sampai orang-orang itu kenyang.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

وعَنْ أَنسٍ رَضيَ اللَّه عنهُ ، أَنَّ النبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم جَاءَ إِلى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ رَضي اللَّه عنهُ ، فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ ، فَأَكَلَ ، ثُمَّ قالَ النبيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « أَفْطَرَ عِندكُمْ الصَّائمونَ ، وأَكَلَ طَعَامَكُمْ الأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ المَلائِكَةُ » . رواهُ أبو داود بإِسنادٍ صحيحٍ .

1264. Dari Anas ra. Bahawasanya Nabi saw. datang kepada Sa’ad bin Ubadah ra., lalu Sa’ad menghulurkan roti dan minyak, kemudian beliau saw. makan. Setelah selesai beliau saw. mengucapkan doa -yang ertinya-: “Orang-orang yang berpuasa telah berbuka di tempatmu dan orang-orang yang berbakti telah makan makananmu dan para malaikat memohonkan kerahmatan atasmu.” Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.

Sumber: https://pusatalquran.org/ (Riyadus Salihin Bab 231)

Begitu banyak hadis yang menunjukkan kelebihan orang yang memberi makan orang berbuka puasa. Justeru itu, marilah kita berlumba-lumba memberi makan orang yang berpuasa bagi meraih pahala berlipat ganda InshaAllah. Di kesempatan ini juga kita boleh menjalin ukhuwah sesama kejiranan dengan memberi juadah berbuka puasa kepada jiran tetangga kita. Semoga mendapat keberkahan di sisi-Nya. Walau bagaimanapun, diingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran makanan di bulan mulia ini.

Exit mobile version