MENDIDIK DAN MEMBINA KAUM MUSLIMAH DENGAN TSAQAFAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
Ketika kaum Muslimah memahami Islam dengan benar, dia akan mampu mendidik anak-anaknya dengan benar, menunaikan hak suaminya, dan menjalankan kewajipannya dengan baik. Sekaligus sebagai sebahagian dari umat, kaum Muslimah pun menyedari akan tanggungjawab mereka untuk mencerdaskan umat dengan Islam. Dengan itu umat akan merindukan penerapan syariah Islam dan berjuang bersama-sama untuk penegakan sistem Islam dalam naungan Khilafah.
Selain itu, seorang muslimah juga berperanan meluruskan pemahaman yang keliru tentang hukum-hukum syariah Islam. Hal ini kerana, serangan pemahaman sekular, liberal, feminisme, kapitalisme dan apa saja dari fahaman-fahaman ini telah merapuhkan ketahanan keluarga. Idea kesetaraan gender menjadi racun mematikan bagi kaum ibu. Di sinilah peranan sentral Muslimah untuk menangkis pemahaman sesat yang menyerang kaum perempuan.
Justeru hal ini semestinya menuntut Muslimah untuk dibina dengan tsaqafah dan memiliki pemikiran Islam yang benar, agar tak keliru, bahkan mampu melawan pemikiran rosak itu.
– Najmah Saiidah

