Site icon MuslimahHTM News

Ramadhan Bersama Al-Azhar di Mesir

Nuansa Ramadhan di Mesir tentu tidak terlepas dari adanya Al-Azhar sebagai universiti Islam yang memiliki pengaruh terbesar. Dahulu, pada masa Khilafah, Al-Azhar menjadi universiti terkemuka dunia, bukan hanya di antara negeri-negeri muslim.

Berdirinya Al-Azhar merupakan bukti bahawa peradaban Islam saat itu lebih maju dibandingkan dengan Barat. Barat baru membangunkan lembaga pendidikan tinggi lebih kurang dua abad pasca berdirinya Al-Azhar.

Al-Azhar awalnya hanya berupa masjid yang juga difungsikan untuk aktiviti pendidikan. Masjid al-Azhar pertama berdiri pada bulan Ramadhan, tepatnya pada 7 Ramadhan 361 H (972 M). pada ketika itu, untuk pertama kalinya ibadah solat Jumaat dilaksanakan di masjid bersejarah ini.

Sekarang Al-Azhar telah berumur 1082 tahun hijriah. Masjid Al-Azhar didirikan oleh Dinasti Fatimiyah. Namun, kemudian Salahuddin al-Ayyubi berhasil menakluki Dinasti Fatimiyah pada abad ke-6 Hijriah.

Peranan penting dan pengaruh besar Al-Azhar di Mesir dan dunia Islam semakin nyata. Posisinya sebagai pusat keilmuan pun tidak tergantikan di mata umat Islam. Selain itu, Al-Azhar juga memiliki pengaruh besar dalam kehidupan politik.

Pada masa Khilafah Turki Uthmaniyah misalnya, Al-Azhar mempunyai semacam kekuatan untuk menentukan calon Gabenur Mesir dengan syarat-syarat tertentu. Al-Azhar juga mampu meminta khalifah menurunkan sang gabenur bila terbukti tidak lagi amanah, adil, dan bijaksana.

Hal ini sesuai dengan prosedur muhasabah terhadap gabenur dalam Khilafah. Yakni, wakil masyarakat setempat mengadukan kezaliman sang gabenur terhadap khalifah. Lantas, khalifah memberikan keputusan berdasarkan aduan tersebut.

Ada tradisi unik ketika Ramadhan di Mesir. Ketika memasuki bulan suci, warga akan berbondong-bondong ke pasar untuk membeli lampu tradisonal yang disebut Fanus. Lampu itu kemudian digantung sebagai hiasan di rumah-rumah dan tempat tinggal ramai-ramai. Tradisi ini sudah berlangsung sejak era Dinasti Fatimiyah. Selain itu, sebahagian warga Mesir akan berdiri di tengah jalan dan membahagikan kurma untuk takjil kepada pengguna jalan.

Pada waktu berbuka puasa, kebanyakan mahasiswa Al-Azhar akan singgah di Maidah Rahman. Itu adalah tempat yang menghidangkan menu berbuka percuma dari para dermawan Mesir. Baik menu makanan ringan, mahupun berat.

Ketika solat tarawih di Masjid Al-Azhar amatlah berkesan, walaupun masanya agak panjang, yakni dua jam lamanya. Namun, suara bacaan solat yang dipimpin oleh tiga imam dengan suara khas masing-masing memberi kesan yang begitu istimewa.

Sumber: https://muslimahnews.net/2022/04/05/3866/

Exit mobile version