Site icon MuslimahHTM News

Ramadan di China, Berusaha Taat meskipun Tekanan Semakin Kuat

Umat Islam di China adalah minoriti. Jumlah warga muslim di Negara Tirai Bambu ini, berdasarkan data 2019, mencapai 22 juta orang atau 1.6 peratus daripada penduduk China.

Sekitar 10 etnik banyak memeluk Islam dan menjadikannya sebagai agama nasional mereka seperti etnik Hui, Uighur, Kazak, Dongxiang, Khalkha, Sala, Tajik, Uzbek, Bao’an, dan Tatar. Terdapat juga sebilangan kecil muslim di antara etnik Mongol, Tibet, Bais, dan Dais.

Secara umumnya, muslim Cina dilarang melakukan ibadah termasuk puasa. Di beberapa tempat seperti Gansu, komuniti muslim masih boleh melakukan ibadah. Namun, di Wilayah Xinjiang, umat Islam ditahan dan dilarang melakukan ibadah. PBB menganggarkan bahawa satu setengah juta umat Islam Uighur telah ditahan di kem tahanan sejak tahun 2017.

Di Xinjiang, kamera dan perakam audio diletakkan di setiap jalan dan memantau rumah warga di situ. Pegawai kerajaan secara rutin menggeledah rumah warga muslim. Jika ditemui barang-barang seperti sejadah atau buku-buku keagamaan, mereka akan ditahan. Kebanyakan muslim di sana tidak lagi menyimpan al-Quran di rumah mereka.

Malah, pada Ramadan tahun ini hanya ibu bapa dan orang dewasa sahaja yang dibenarkan berpuasa. Kanak-kanak usianya yang masih bersekolah dilarang berpuasa. Menurut kerajaan tempatan sistem ini dirancang untuk mengelakkan agama memberikan kesan negatif kepada pemikiran kanak-kanak.

Selain itu, hanya 10-50 umat Islam yang dibenarkan berpuasa sepanjang Ramadan dengan syarat mendaftar terlebih dahulu dengan pihak berkuasa.

Di Beijing, adanya tekanan daripada pemerintah China justeru menjadikan komuniti Islam semakin rapat. Mereka menjalankan ibadah di masjid Niujie yang merupakan masjid tertua dan terbesar di Beijing yang sudah berusia 579 tahun. Apabila berbuka puasa, makanan diletakkan di atas meja supaya semua orang dengan bebas boleh mengambil dan memakannya bersama-sama. Masjid Niujie, menjadi pusat aktiviti umat Islam di Beijing.

Restoran yang menyediakan menu halal atau qing zhen sesak oleh pengunjung menjelang waktu berbuka puasa. Hidangan istimewa China iaitu mee daging lembu atau niuroumian disediakan di restoran tersebut. Namun daging lembu yang dihidangkan telah melalui proses penyembelihan dan pemprosesan yang syarie. Kebanyakan restoran halal di Beijing menyediakan menu khas muslim Uighur yang sedikit berbau “turki-turkian”. Majoritinya adalah daging lembu dan kambing yang dibakar. Minuman yang disediakan ialah teh dan rempah-ratus.

Restoran halal bukan sahaja digemari oleh orang Islam. Warga Cina yang bukan Islam juga sering mengunjunginya. Mereka menyedari pentingnya makanan halal untuk kesihatan. Cuma mereka menyebutnya qing zhen yang bererti bersih dan sihat. Restoran yang bertanda qing zhen hampir dijamin dilabel “halal”. Di China, umat Islam berpuasa selama kira-kira 17 jam.

Demikianlah, umat Islam di China tetap berusaha untuk taat menjalankan perintah agama walaupun pihak berkuasa setempat menekan mereka. [MNews/Rgl-Ruh]

Dipetik daripada pelbagai sumber

Artikel:https://muslimahnews.net/2022/04/13/4419/

Exit mobile version