Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Pendahuluan
Sepanjang Ramadhan tahun 1443 H berbagai ketidakadilan yang menimpa umat Islam masih terjadi. Bahkan berbagai kebijakan yang memberatkan rakyat datang silih berganti. Di luar negeri, kaki-kaki kotor tentera Israel menodai kehormatan Masjid Al-Aqsa yang diberkahi. Kita menjalani ibadah Ramadhan masih dalam suasana sesak kerana dihimpit oleh berbagai macam kezaliman. Lantas bagaimana kita memaknai kemenangan Aidilfitri? Sesungguhnya kemenangan Aidilfitri adalah tatkala darjat kita naik menuju ke tahapan takwa, baik ketakwaan dalam konteks personal mahupun kolektif.
Makna Kemenangan dalam Aidilfitri
Ibadah puasa di bulan Ramadhan akan segera berakhir. Umat Islam akan merayakan Hari Kemenangan. Kemenangan bukan ditandai dengan kelengkapan hidup yang serba baru, namun takwa yang menjadi baru (meningkat). Oleh kerananya, sepatutnya (hasilnya) terlahir jutaan umat Islam yang semakin meningkat ketakwaannya kepada Allah SWT, sesuai firman-Nya,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – ١٨٣
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (TMQ Al-Baqarah: 183)
Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa hikmah diwajibkannya puasa tidak lain adalah agar mereka menjadi orang-orang yang bertakwa. Apakah takwa itu? Kata “taqwa” berasal dari kata “waqâ”, yang bererti melindungi. Maknanya, untuk melindungi diri dari murka dan azab Allah SWT. Caranya dengan menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Itulah pengertian “taqwa”.
Persoalannya adalah apakah kita benar-benar telah menjadi orang yang bertakwa? Untuk mengetahuinya, mari kita lihat bagaimana sikap dan ketaatan kita terhadap berbagai perintah dan larangan Allah SWT. Misalnya, ketika Allah SWT memerintahkan kita berpuasa, kita telah mampu mentaati dan mengamalkan kewajipan tersebut. Selanjutnya, bagaimana sikap dan ketaatan kita terhadap perintah Allah SWT yang lain? Seperti dalam firman-Nya,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى – ١٧٨
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh,..” (TMQ. Al-Baqarah: 178)
Bagaimana sikap kita terhadap hal itu? Apakah kita sedia untuk mentaatinya? Atau, sebaliknya mengabaikannya dan tidak peduli terhadap kewajipan tersebut? Padahal hikmah dari diwajibkan menjalankan qisas tersebut juga sama dengan pengamalan puasa, iaitu agar kita menjadi orang yang bertakwa.
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – ١٧٩
“Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa” (TMQ Al-Baqarah: 179).
Hakikat Kemenangan Sejati
Jadi hakikat kemenangan adalah ketika umat Islam menjadi umat yang bertakwa kepada Allah SWT. Pada saat ini, kita menyaksikan masih banyak perintah Allah SWT yang belum diamalkan dan berbagai larangan Allah yang masih dilanggar, terutama syariah Islam yang berkaitan dengan pengaturan kehidupan bermasyarakat dan bernegara, baik dalam bidang pemerintahan, ekonomi, sosial, undang-undang jenayah, pendidikan, politik luar negeri dan lain sebagainya.
Sebab belum diamalkan syariah Islam secara kaffah dalam kehidupan kita inilah yang menyebabkan kehidupan kaum muslimin pada saat ini semakin memburuk, terjajah, hancur serta tertindas. Saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Xinjiang, Chechnya, Rohingya, Selatan Thailand, Filipina Selatan, dan sebagainya, mereka dijajah, diseksa, dan banyak yang diusir dari negerinya, tanpa ada yang melindungi dan membelanya.
Di Indonesia, rakyat semakin miskin, harga-harga keperluan asas yang terus mencanak tinggi, cukai yang makin memberatkan, kekayaan alam kita dikaut oleh korporasi-korporasi asing, perkhidmatan kesihatan dan Pendidikan yang berkualiti semakin mahal, pergaulan pemuda dan pemudinya semakin rosak, korupsi kian merajalela, kerosakan lingkungan yang semakin parah, dan sebagainya.
Pangkal kemerosotan ini adalah kerana umat Islam telah banyak menyimpang dari aturan Allah SWT. Keadaan itu telah diterangkan oleh Allah SWT,
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى – ١٢٤
“Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkan dia pada Hari Kiamat nanti dalam keadaan buta…”. (TMQ Taha: 124)
Menurut Imam Ibnu Katsir makna “berpaling dari peringatan-Ku” adalah, “menyalahi perintah-Ku dan apa yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku, melupakannya dan mengambil petunjuk dari selainnya.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, V/323). Sedangkan penghidupan yang sempit tidak lain adalah kehidupan yang semakin miskin, sengsara, menderita, terjajah, teraniaya, tertindas dan sebagainya, sebagaimana yang kita saksikan dan rasakan sekarang ini di dunia Islam.
Ramadhan akan segera berakhir. Pada Hari Raya Aidilfitri, kita hendaklah menjadikannya sebagai momentum untuk membuktikan diri, bahawa kita adalah umat yang layak dan berhak untuk disebut sebagai umat yang bertakwa di hadapan Allah SWT, yakni yang siap siaga tunduk secara menyeluruh (total) kepada syariat-Nya.
Kunci Kemenangan Sejati Umat Islam
Ada tiga kunci kemenangan sejati umat Islam:
Pertama, melayakkan diri sebagai hamba yang kukuh keimanannya, dalam keilmuannya, dan dekat dengan Allah SWT;
Kedua, maksima dalam melakukan usaha perubahan dari suatu keadaan menuju keadaan lain yang lebih baik; dan
Ketiga, sabar atas panjangnya perjuangan dan bahaya tipu daya musuh.
Mengapa mesti melayakkan diri dari sisi keimanan dan ketakwaan? Kerana kemenangan bagi umat Islam adalah kurniaan dari Allah. Adapun yang wajib kita lakukan adalah melakukan ikhtiar dalam perjuangan untuk mengubah keadaan dunia yang sebelumnya jauh dari aturan Islam, berubah menuju keadaan yang tunduk dan patuh pada aturan Allah SWT. Inilah perubahan menuju diterapkannya syariah Islam secara kaffah. Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ – ٢٠٨
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (TMQ Al-Baqarah: 208)
Perubahan itu mestilah diusahakan sendiri oleh umat Islam, kerana perubahan itu bersifat aktif. Allah SWT berfirman,
إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ – ١١
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (TMQ. Al-Ra’d: 11)
Imam al-Quthubi dalam Tafsirnya menjelaskan,
قوله تعالى : إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم أخبر الله تعالى في هذه الآية أنه لا يغير ما بقوم حتى يقع منهم تغيير ، إما منهم أو من الناظر لهم ، أو ممن هو منهم بسبب ; كما غير الله بالمنهزمين يوم أحد بسبب تغيير الرماة بأنفسهم ، إلى غير هذا من أمثلة الشريعة ; فليس معنى الآية أنه ليس ينزل بأحد عقوبة إلا بأن يتقدم منه ذنب ، بل قد تنزل المصائب بذنوب الغير ; كما قال – صلى الله عليه وسلم – : وقد سئل أنهلك وفينا الصالحون ؟ قال : نعم إذا كثر الخبث . والله أعلم .
Tentang firman Allah Ta’ala, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,“ bahawa Allah Ta’ala memberitahukan di ayat ini, bahawa Dia tidaklah mengubah keadaan suatu kaum sampai mereka melakukan perubahan, baik (1) dari kalangan mereka; (2) orang yang mengurus mereka; atau (3) dari salah seorang mereka dengan hubungan apapun; sebagaimana Allah mengubah keadaan orang-orang yang kalah dalam perang Uhud kerana sebab sikap berubah yang dilakukan oleh para pemanah, dan contoh-contoh lainnya yang ada dalam syariat. Maksud ayat tersebut bukanlah bererti tidak ada seksaan yang turun kepada seseorang kecuali setelah didahului oleh dosa, bahkan boleh saja musibah turun kerana dosa yang lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya, “Apakah kita akan binasa, sedangkan di tengah-tengah kita masih banyak orang yang soleh?” Beliau menjawab, “Ya, jika keburukan (kefasikan) banyak terjadi.” (HR. Bukhari, Muslim, Nasa’i, dan Ibnu Majah), wallahu a’lam.” (al-Qurthubi, Jami’ li Ahkam al-Qur’an, juz 9, hlm. 294)
Imam al-Baidhawi juga menyatakan,
إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ من العافية والنعمة. حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ من الأحوال الجميلة بالأحوال القبيحة
“Sesungguhnya Allah tidak mengganti sesuatu yang ada pada kamu dari kesihatan dan kenikmatan sampai mereka mengubah dengan individu mereka dari keadaan yang baik dengan keadaan yang buruk.” (al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, juz 3, hlm. 183).
Jadi perubahan pada sebuah masyarakat itu boleh diusahakan dan datang dari 3 pihak: (1) Dari masyarakat tersebut (internal); (2) Pihak yang mengurus masyarakat tersebut (pemimpin internal); (3) Orang dari masyarakat tersebut dengan hubungan apapun (individu internal).
Pihak ketiga ini adalah initiator (pencetus inisiatif/ langkah pertama) dan juga pelaku perubahan. Lihatlah inisiatif pasukan pemanah dalam perang Uhud, yang telah menjadikan perubahan keadaan pasukan kaum muslim dari kemenangan menjadi kekalahan. Inilah fakta perubahan, baik dari menang ke kalah mahupun dari kalah ke menang.
Orang seperti mereka (pihak ketiga yang disebutkan Imam al-Quthubi) sukar melakukan perubahan masyarakat menuju tatanan tegaknya kehidupan Islam jika tidak terdapat tiga syarat utama: (1) Merupakan kelompok yang solid dengan fikrah dan thariqah yang diadopsinya; (2) Mereka terdiri dari orang-orang yang ikhlas dan memiliki kapasiti memadai; dan (3) Mereka memiliki ikatan yang kukuh dengan ketaatan kepada pemimpinnya.
Dengan memperhatikan penafsiran di atas, perubahan yang dimaksud boleh bermakna mengubah yang buruk menjadi baik, namun juga boleh bermakna merawat agar anugerah yang baik dari Allah tak berubah menjadi buruk kerana perilaku kita. Hal kedua inilah yang dicontohkan oleh Imam al-Qurthubi dan Imam al-Baidhawi di atas.
Adapun terkait sabar, Allah SWT berfirman,
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ ﴿١٢٧﴾ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ – ١٢٨
“Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu tidak akan terwujud kecuali dengan pertolongan Allah, dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (TMQ Al-Nahl: 127 – 128).
Ungkapan “bersabarĺah dan kesabaranmu itu tidak akan terwujud kecuali dengan pertolongan Allah” adalah penegasan akan perintah bersabar dan pemberitahuan bahawa sabar itu tidak akan dapat diperoleh kecuali dengan kehendak Allah, dengan pertolongan Allah, dan kekuatan Allah.
Bersabar menghadapi musuh dakwah yang menyalahi dan menentang dakwah adalah kunci kemenangan. Ini adalah sunnatullah. Untuk mampu bersabar kita hendaklah berusaha dan berdoa agar dapat bersabar.
Mengembalikan Kemenangan Umat Islam
Mengembalikan kemenangan umat Islam bermaksud membawa umat pada kedudukan terbaik, sebagai kekuatan di dunia yang diperhitungkan dalam percaturan politik global. Perjuangan mengembalikan kekuatan umat ini memang tidak mudah dan tidak ringan. Maka, momentum akan berakhirnya puasa Ramadhan ini, yang insya Allah telah melahirkan kembali jutaan umat Islam yang telah memiliki kadar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang tinggi, besar, dan kuat, menjadi modal bagi terbitnya fajar kemenangan Islam di muka bumi ini, yaitu tegaknya kembali khilafah Islamiyah. Inilah janji Allah SWT,
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ – ٥٥
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahawa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa; Dia benar-benar akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia redhai untuk mereka; dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka —sesudah mereka berada dalam ketakutan— menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah Aku tanpa mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun. Siapa saja yang kafir sesudah janji itu, mereka itulah orang-orang yang fasik”. (TMQ Al-Nur: 55)
Penutup
Kemenangan demi kemenangan yang berjaya diraih Rasulullah SAW dan para shahabatnya, serta para khalifah sesudahnya, adalah kerana mereka menerapkan Islam secara kaffah dalam kehidupan mereka. Seterusnya, inilah yang menjadikan generasi Islam terdahulu mampu membangun kekuatan negara “super power”, yang disegani kawan dan ditakuti lawan. Negara inilah yang mampu mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyatnya, baik muslim mahupun non-muslim; mampu melahirkan para pejuang Islam yang tangguh dalam mengemban misi pembebasan di berbagai negeri; mampu menumbuh-suburkan perkembangan sains dan teknologi untuk kemaslahatan umat manusia; mampu menjadikan negeri Islam sebagai kiblat perkembangan sains dan teknologi, di saat bangsa Eropah masih tenggelam dalam kebodohan dan keterbelakangan. Itulah kemenangan umat Islam dan kebaikan untuk dunia. Setelah merayakan kemenangan Aidilfitri sebagai kemenangan personal, semoga kita dapat segera merayakan kemenangan kolektif umat dalam percaturan politik dunia.

