Site icon MuslimahHTM News

WAHAI UMAT ISLAM, PENUHI IKRARMU UNTUK MELINDUNGI UMAT ISLAM

EROPAH DAN SEKUTUNYA BERIKRAR UNTUK MENGUTAMAKAN PERLINDUNGAN TERHADAP ORANG EROPAH, SEMENTARA ISLAM MEMENUHI IKRARNYA UNTUK MELINDUNGI UMAT MANUSIA

﴿كَيْفَ وَإِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ لاَ يَرْقُبُواْ فِيكُمْ إِلاًّ وَلاَ ذِمَّةً يُرْضُونَكُم بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَى قُلُوبُهُمْ وَأَكْثَرُهُمْ فَاسِقُونَ﴾

“…jika mereka memperoleh kemenangan atas kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan denganmu dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian…”. [TMQ At-Taubah: ayat 8]

Invasi Rusia ke atas Ukraine yang tercetus pada 24 Februari tahun ini telah mengakibatkan krisis pelarian besar-besaran yang telah membuat Eropah membuka lebar persempadanan nasionalnya dan menyambut lebih dari tiga juta rakyat Ukraine dalam tempoh kurang dari 2 minggu! Respon yang luar biasa dari Eropah ini memperlihatkan kesanggupan mereka untuk mengelola krisis pelarian besar-besaran ini adalah kerana kehendak politik perkauman dan Eurosentrik yang kuat yang ditunjukkan oleh para pemimpin Eropah dan media Barat.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menyatakan hal ini dalam ucapannya, “Setiap orang yang melarikan diri dari bom Putin akan disambut dengan tangan terbuka.”

Kerana itu, rakyat Ukraine sejak tahun 2017 segera diberikan perlindungan sementara. Malah lelaki, perempuan, dan kanak-kanak serta haiwan peliharaan mereka diizinkan memasuki blok Kesatuan Eropah tanpa visa atau pasport. Mereka boleh memilih dan memutuskan negara mana untuk dikunjungi tanpa perlu melalui sistem suaka.

Mattias Tesfaye, menteri luar negeri dan integrasi Denmark, juga mencanangkan keutamaan Eurosentrik Denmark untuk melindungi warga Ukraine dengan berkata, “Ketika perang terjadi di Eropah dan tetangga (yang merupakan) orang Eropah terkena dampak dari apa yang kita saksikan di Ukraine, tidak ada sedikit pun keraguan dalam fikiran saya: Kita perlu memberikan bantuan terbaik yang kita mampu… dengan menyambut warga Ukraine di tanah Denmark.”

Sehinggakan Pemerintah Denmark menyiapkan prasarana menyambut warga Ukraine ini dengan undang-undang yang akan menangguhkan peraturan suaka bagi mereka.

Rasmus Stoklund, Jurucakap urusan luar negeri Parti Sosial Demokrat Denmark dipetik berkata kepada CNN, “Mereka tidak akan menjadi sebahagian dari sistem suaka,”

Sebaliknya, undang-undang yang diusulkan akan memudahkan warga Ukraine untuk mendapatkan izin menetap di negara terbabit, “sehingga mereka boleh mula bersekolah dengan cepat, menikmati pendidikan atau bekerja,” menurut pernyataan kementerian imigrasi dan integrasi Denmark.

Mantan Menteri Imigrasi Parti Liberal, Inger Stojberg, yang mana partinya mendorong pengesahan ‘jewellery bill’ (rang undang-undang yang memberikan kuasa untuk menyita wang tunai dan barang berharga dari pencari suaka untuk membantu menutupi pengeluaran mereka, -pen.), juga terang-terangan mengungkapkan pandangan berunsur perkauman Euro-Kristiannya dengan menulis di Facebook (9/3/22): “Sebaiknya kita jujur tentang fakta bahawa kita lebih suka membantu pelarian Ukraine daripada (pelarian) Somalia dan Palestin. Tidak ada yang berani mengatakan seperti itu: Itu kerana warga Ukraine lebih mirip dengan kita dan kerana mereka sebahagian besar adalah orang Kristian.”

Seterusnya, Perdana Menteri Bulgaria, Kiril Petkov, pula dipetik mengatakan: “Orang-orang ini cerdas; mereka adalah orang-orang terpelajar…. Ini bukan gelombang pelarian yang biasa kita alami, (iaitu) orang-orang yang tidak kita ketahui jelas identitinya, orang-orang dengan masa lalu (sejarah) yang tidak jelas yang boleh jadi adalah para pengganas.”

Terakhir, pemimpin parti Sayap Kanan Sepanyol Vox, Santiago Abascal, dengan tegas mengatakan tatkala dia menerima tepukan gemuruh di hadapan Parlime Sepanyol: “Ini adalah para pelarian yang sebenarnya: perempuan, kanak-kanak, dan orang tua yang mesti disambut di Eropah. Sekarang setiap orang mestilah memahami perbezaan antara para pelarian ini dengan penceorbohan oleh pemuda Muslim di usia militer yang telah melintasi sempadan kita, cuba untuk membuat kekacauan dan menjajah Eropah.”

Media Barat juga telah menyatakan dengan keras dan jelas sikap perkauman dan barbarnya dengan membeza-bezakan undang-undang untuk orang Eropah dan undang-undang untuk orang Muslim dan Afrika.

Ketika keudara, koresponden asing senior CBS News, Charlie D’Agata, menyatakan bahawa Ukraine: “bukanlah tempat, dengan segala hormat, seperti Iraq atau Afghanistan, yang telah menyaksikan konflik berkecamuk selama beberapa dekad. Ini adalah kota yang relatif beradab, relatif mirip dengan Eropah-saya perlu memilih kata-kata itu dengan hati-hati juga-yang anda tidak pernah jangka atau berharap akan berlaku konflik di dalamnya”.

Tambahan lagi, BBC yang mewawancara mantan wakil peguam negara Ukraine, mengatakan kepada media tersebut: “Ini sangat emosional bagi saya kerana saya melihat orang-orang Eropah dengan mata biru dan rambut perang … dibunuh setiap harinya.” Alih-alih berbanding mempersoalkan atau mencabar komentar tersebut, pengacara BBC dengan mendatar menjawab, “Saya memahami dan menghargai emosinya.”

Di TV BFM Perancis pula, jurnalis Phillipe Corbé menyatakan tentang Ukraine: “Di sini kita tidak membicarakan warga Syria yang melarikan diri dari pengeboman oleh rejim Syria yang didukung oleh Putin. Kita membicarakan warga Eropah yang pergi (baca: lari) dengan kereta yang sama dengan kepunyaan kita untuk menyelamatkan hidup mereka.” Terakhir, seorang jurnalis ITV yang melaporkan dari Poland pula mengatakan: “Sekarang hal yang tidak pernah terfikirkan telah menimpa mereka, padahal ini bukan negara dunia ketiga, bukan negara membangun. Ini Eropah!”

Wartawan dan penulis Peter Oborne pula berkata, “Kita yang berada dalam kelompok persaudaraan (menurut) laporan Barat perlu menyemak diri kita sendiri dan bertanya apa nilai-nilai kita? Apakah kita benar-benar memiliki satu set standard moral yang kita patuhi setiap saat di mana pun kita berada? Kerana jika tidak memilikinya, lalu kita menjunjung nilai-nilai yang berbeza untuk orang-orang di Eropah dan untuk orang-orang non-Eropah dan non-kulit putih, maka kita adalah rasis (perkauman), kita juga barbar.”

Oleh kerana itu, kecenderungan Eropah di masa lalu yang lebih mengutamakan untuk melindungi pelarian Eropah semasa Perang Dunia II menjadi latar belakang Konvensyen Geneva 1951, yang dicurahkan dalam bahasa internasional yang “universal”, dan berikrar bahawa “setiap orang” memiliki hak untuk mencari dan memperoleh suaka di negara lain. Namun, pada kenyataannya, mencari suaka di Eropah, Amerika, Kanada, Australia atau New Zealand – hak ini lebih utama diberikan kepada orang Kristian berkulit putih dari Eropah.

 

Sebaliknya dalam Islam, jaminan keamanan bagi para pencari suaka dan perlindungan menjadi tanggungjawab kekhalifahan Islam untuk digalas dengan kewajipan tertentu terhadap ahlul dzimmah (orang-orang yang diberi jaminan keamanan). Mereka adalah tetangga kita, dan berada di bawah naungan serta perlindungan kita atas jaminan Allah SWT, Rasul-Nya SAW, dan agama Islam. Barangsiapa melanggar kewajipan-kewajipan ini terhadap salah seorang dari mereka (ahlul dzimmah) walau hanya dengan kata-kata kasar, atau dengan memfitnah reputasinya, melukainya atau membantu mencederakannya, justeru tindakan sedemikian telah melanggar jaminan Allah SWT, Rasul-Nya SAW, dan agama Islam.

Rasulullah saw, beliau bersabda, “Ketahuilah, barangsiapa menzalimi mu’ahid atau melecehkannya atau membebani di luar batas kemampuannya atau mengambil sesuatu dari hartanya tanpa kerelaan hatinya, maka akulah yang akan menggugatnya nanti pada hari kiamat,” (HR Abu Dawud dan al-Baihaqi).

Ada banyak contoh dalam sejarah Khilafah yang dapat menunjukkan bagaimana Negara Islam menyediakan suaka bagi para pelarian dan melindungi mereka:

1) Setelah pengusiran orang-orang Yahudi dari Sepanyol pada tahun 1492, Khalifah, Bayazid II, memerintahkan dengan dekrinya untuk menerima mereka berlindung dalam Khilafah Uthmaniyah, bahkan mengirimkan kapal ke Sepanyol untuk menjemput mereka. Sebanyak 250,000 pelarian tiba dan menetap dalam daulah terutama di Istanbul dan Salonika.

2) Pada tahun 1570-an, orang-orang Kristian Unitarian (yang menyangkal Triniti) melarikan diri dari penganiayaan saudara-saudara Kristian mereka dan diberi perlindungan di negeri-negeri Islam.

3) Setelah invasi Rusia ke atas Crimea pada tahun 1784 dan Caucasus pada tahun 1864, kaum muslim yang tinggal di wilayah-wilayah ini datang ke Anatolia, baik dengan kapal atau jalur darat. Mereka menetap di desa dan kota yang tersedia.

4) Pada abad ke-18, bangsa Cossack Rusia melarikan diri ke Negara Uthmaniyah kerana penganiayaan oleh Gereja Ortodoks yang berada di kota Balıkesir.

5) Hingga 200,000 rakyat Tsar Rusia dibawa dengan kapal ke Istanbul antara tahun 1917-21, setelah menentang revolusi Bolshevik dan melarikan diri dari perang saudara berikutnya; mereka pertama kali ditempatkan di kem-kem pelarian, kemudian dipindahkan ke rumah dan bangunan tetap.

6) Sejarawan Stanford Shaw menulis dalam bukunya Jews, Turks, and Ottomans: Fifteenth through Twentieth Century, “Empayar Uthmaniyah selama berabad-abad telah menyediakan tempat yang aman bagi para pelarian Yahudi dari Eropah. Migrasi besar-besaran orang-orang Yahudi dari Sepanyol, Portugal, dan negara-negara Eropah lainnya pada abad kelima belas dan keenam belas sangat terkenal…….. Namun, pergerakan populasi Yahudi ke Empayar Uthmaniyah sebelumnya kurang dikenali. Bagaimanapun, sejak bertahun-tahun, banyak orang Yahudi Eropah secara individu atau dalam kelompok kecil terus menetap di wilayah kekuasaan Uthmaniyah kerana alasan politik, ekonomi, atau agama. Pada abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh, kemasukan pelarian Yahudi ke tanah Uthmaniyah yang kian menyusut masih terus meningkat .”

7) Kedermawanan Khilafah Uthmaniyah ketika wabak kebuluran berleluasa di Ireland pada tahun 1845 telah didokumentasikan dengan baik.

Terkait membantu orang lain, Khalifah Abdul Majid I, menghuraikan tanggapan yang Islami dengan kata-katanya; “Saya dituntut oleh agama saya untuk mematuhi hukum berbuat baik (hospitaliti).” Umat Islam sudah memiliki konsep amal tanpa mementingkan diri yang sudah mapan tanpa keuntungan material (sadaqah). Apa yang diperlukan pada saat ini adalah pemikiran seumpama ini mesti ditingkatkan dan diterapkan pada tahap politik dan negara sehingga jutaan pelarian di dunia pada saat ini dapat dipelihara dan diizinkan untuk menetap di dalam negeri untuk melindungi mereka. Dengan demikian, umat tidak hanya melakukan tugasnya kepada seluruh umat manusia, melainkan juga menunjukkan keadilan Islam kepada dunia.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Tsuroyya Amal Yasna

Anggota Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Exit mobile version