Sebab-sebab kepemilikan sudah dijelaskan dalam kitab an Nizam Al-Iqtishadi karya al Imam Taqiyuddin An Nabhani rahimahuLLahu taala. Di dalam kitab tersebut tidak ada disebutkan bahawa: di antara sebab kepemilikan adalah harta milik anak.
Adapun hadis yang difahami adalah keliru sebagai sebab kepemilikan ibu bapa atas harta anaknya secara mutlak, iaitu yang berbunyi:
أنت ومالك لأبيك
“Anda dan harta anda adalah ‘milik’ bapa anda.”
Yang benar adalah harf “li” yang biasanya diterjemahkan “milik” disitu bukan bererti: menjadikan kepemilikan (at-tamlik). Melainkan untuk kebolehan (al-Ibahah) dalam keadaan dan batas tertentu.
Al-Imam Ibnu Raslan menjelaskan sebagaimana dikutip Asy Syaukani dalam Nailul Authar nya:
ﻗﻮﻟﻪ: (ﺃﻧﺖ ﻭﻣﺎﻟﻚ ﻷﺑﻴﻚ) ﻗﺎﻝ اﺑﻦ ﺭﺳﻼﻥ: اﻟﻻﻡ ﻟﻹﺑﺎﺣﺔ ﻻ ﻟﻠﺘﻤﻠﻴﻚ، ﻓﺈﻥ ﻣﺎﻝ اﻟﻮﻟﺪ ﻟﻪ ﻭﺯﻛﺎﺗﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻫﻮ ﻣﻮﺭﻭﺙ ﻋﻨﻪ.
“Kebolehan mengambil di situ dari aspek berbakti kepada ibu bapa (al-birr) dan pemuliaan atasnya (ikram)”.
Dijelaskan oleh Al Imam Ibnu Abdil Barr dalam kitab Alistidzkar beliau:
ﺃﻥ ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ (ﺃﻧﺖ ﻭﻣﺎﻟﻚ ﻷﺑﻴﻚ) ﺃﻧﻪ ﻟﻴﺲ ﻋﻠﻰ اﻟﺘﻤﻠﻴﻚ ﻭﻛﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﻗﻮﻟﻪ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺼﻼﺓ ﻭاﻟﺴﻼﻡ (ﺃﻧﺖ) ﻟﻴﺲ ﻋﻠﻰ اﻟﺘﻤﻠﻴﻚ ﻓﻜﺬﻟﻚ ﻗﻮﻟﻪ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺼﻼﺓ ﻭاﻟﺴﻼﻡ (ﻭﻣﺎﻟﻚ) ﻟﻴﺲ ﻋﻠﻰ اﻟﺘﻤﻠﻴﻚ ﻭﻟﻜﻨﻪ ﻋﻠﻰ اﻟﺒﺮ ﺑﻪ ﻭاﻹﻛﺮاﻡ ﻟﻪ.
Maksudnya, “Jika ibu bapa sedang dalam keadaan memerlukan harta dan anaknya dalam keadaan senang, maka sebagai bentuk birr dan ikram nafkah atasnya menjadi tanggungan anak tersebut. Seandainya anak tidak menafkahi, ibu bapa boleh mengambil harta anaknya sebatas yang diperlukan sahaja. Selebihnya tidak halal, apatah lagi bukan dalam kondisi memerlukannya.
Sebagaimana dijelaskan misalnya oleh al Imam As Sindi dalam Hasyiyahnya atas Sunan Ibn Majah:
ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ: ﺃﻧﺖ ﻭﻣﺎﻟﻚ ﻟﻮاﻟﺪﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﻌﻨﻰ ﺃﻧﻪ ﺇﺫا اﺣﺘﺎﺝ ﺇﻟﻰ ﻣﺎﻟﻚ ﺃﺧﺬ ﻣﻨﻪ ﻗﺪﺭ اﻟﺤﺎﺟﺔ ﻛﻤﺎ ﻳﺄﺧﺬ ﻣﻦ ﻣﺎﻝ ﻧﻔﺴﻪ.
“Hampir mirip dengan seorang isteri yang boleh mengambil harta suaminya secara diam-diam, sebatas haknya sebagai nafkah, saat suami berharta namun tidak mahu menafkahi isterinya, Zhulman.
Diperhatikan juga sebab wurudnya, terkait ibu bapa yang memerlukan harta, sedang anaknya orang yang berharta, namun malah menginfakkan harta kepada orang lain. Padahal menafkahi ibu bapa sendiri yang sedang memerlukan itu lebih utama daripada sedekah kepada orang lain.
Jadi memahami hadis sebagai kemubahan secara mutlak harta anak bagi ibu bapanya adalah tidak benar, dan tidak ada satupun ulama yang berpendapat demikian.
Dalam lanjutan keterangan Al Imam As Sindi di atas disebutkan:
ﻓﺄﻣﺎ ﺇﺫا ﺃﺭﺩﻧﺎ ﺑﻪ ﺇﺑﺎﺣﺔ ﻣﺎﻟﻪ ﺣﺘﻰ ﻳﺠﺘﺎﺡ ﻭﻳﺄﺗﻲ ﻋﻠﻴﻪ ﻻ ﻋﻠﻰ ﻫﺬا اﻟﻮﺟﻪ، ﻓﻼ ﺃﻋﻠﻢ ﺃﺣﺪا ﺫﻫﺐ ﺇﻟﻴﻪ ﻣﻦ اﻟﻔﻘﻬﺎء.
Al Imam Al Munawi juga menjelaskan dalam Faidhul Qadir nya:
ﻣﻌﻨﺎﻩ ﺇﺫا اﺣﺘﺎﺝ ﻟﻤﺎﻟﻚ ﺃﺧﺬﻩ ﻻ ﺃﻧﻪ ﻳﺒﺎﺡ ﻟﻪ ﻣﺎﻟﻪ ﻋﻠﻰ اﻹﻃﻼﻕ ﺇﺫ ﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﺑﻪ ﺃﺣﺪ.
“Ertinya: apabila ibu bapamu memerlukan hartamu maka dia boleh mengambilnya. Bukan bererti harta anaknya menjadi mubah baginya secara mutlak. Sebab tidak ada satupun ulama yang berpendapat demikian.”
Bagi memperkuat hal itu, sebagaimana disinggung oleh Ibnu Raslan di atas:
Bahawa zakat atas harta anak adalah tanggungan si anak sendiri, dalam menunaikannya.
Jika memang harta anak itu milik bapanya, maka si bapa lah yang wajib membayar zakat harta anaknya. Namun tidak demikian yang berlaku.
Seterusnya, jika si anak meninggal, si bapa akan mendapat bahagian antara:
- 1/6 : jika ada keturunan lelaki si mati (mayit),
- ⅙ + baki : jika ada keturunan perempuan si mati (mayit) tanpa ada keturunan lelaki, atau
- baki (sebagai ‘ashabah bin nafsi) : jika si mati (mayit) tidak ada keturunan sama sekali.
Jika memang harta anak itu milik ibu bapanya, maka seharusnya semua harta peninggalan anak tersebut milik ibu bapanya secara keseluruhan 100%.
Juga sebaliknya, jika yang meninggal adalah si bapa, maka seharusnya harta anak juga ikut dibahagi sebagai harta waris, kerana harta adalah harta si mati (bapa).
Namun yang berlaku tidak demikian dan yang benar adalah sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.
Kesimpulannya, duit raya yang diperolehi anak saat lebaran atau pemberian orang di saat-saat lain bukanlah hak bapanya, bukan juga hak ibunya. Melainkan hak si anak itu sendiri.
Kebolehan ibu bapa mengambil harta si anak adalah terbatas dan sekadar cukup untuk keperluan saat itu sahaja.
Kedudukan ibu bapa dalam hal ini hampir sama seperti kafil yatama yang membawa harta anak yatim. Iaitu mengurusnya, dianjurkan mengembangkannya, membelanjakan untuk si anak yang di luar kewajipan nafkah, dll. Boleh mengambil darinya jika dalam keadaan memerlukan, dengan ada khilaf di kalangan ulama adakah ianya dikira sebagai hutang atau tidak dimana kemudiannya akan diserahkan kepada anak kesemua harta anak yang terkumpul saat anak sudah dewasa. Demikian, semoga bermanfaat.
Akhukum,
Ustaz Azizi Fathoni
PP Darul Muttaqin
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

