Site icon MuslimahHTM News

MEMBANGUN KEHANGATAN

Kehangatan dalam dakwah dapat kita wujudkan dengan membangun dua hal berikut:

Pertama, hendaknya kita semua menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Kita saling mencintai kerana Allah. Hati kita terpaut antara satu sama lain. Sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَأْلَفُ، وَلَا خَيْرَ فِيمَنْ لَا يَأْلَفُ وَلَا يُؤْلَفُ

“Sesungguhnya orang mukmin terpaut hatinya. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak menautkan hatinya, dan tidak terpaut hatinya.” (HR al-Hakim)

Begitu juga dengan sabda Rasulullah yang lain,

الْمُؤْمِنُ مَأْلَفَةٌ، وَلَا خَيْرَ فِيمَنْ لَا يَأْلَفُ وَلَا يُؤْلَفُ

“Orang mukmin menjadi tempat terpautnya hati. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak menautkan hatinya, dan tidak terpaut hatinya.” (HR Ahmad dan at-Thabarani)

Kedua, hendaknya kita menyampaikan nasihat dengan cara yang baik, dan mendorong mereka untuk menjalankan nasihat tersebut kerana ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala, serta meneladani Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sehingga dorongan mereka untuk melaksanakannya kerana dorongan takwa, bukan kerana rasa takut. Begitulah seharusnya, kita menyampaikan nasihat dengan ucapan yang baik, sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Taala:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

“Dengan kasih sayang dari Allah, hendaknya kamu bersikap lembut kepada mereka. Kalau kamu bersikap keras dan berhati kasar, maka mereka akan menyingkir dari sekitarmu.” [TMQ Ali Imran (3): 159]

Deen (agama) kita adalah nasihat. Saat kita meluruskan apa yang nampak keliru dari saudara kita, maka sampaikan dengan rasa kasih sayang. Bukan hanya itu, tata cara atau mekanisme nasihat juga penting untuk diperhatikan.

Untuk perkara fikih yang mukhtalaf fihi, hendaknya kita berlapang dada. In sya Allah semuanya pendapat yang Islami selagi ianya berpijak pada dalil. Selain itu, ketaatan juga menjadi kunci terwujudnya indhibath (kedisiplinan).

– Yuana Ryan Tresna

Exit mobile version