Soalan:
Apakah seseorang perlu menunggu kembali tegaknya Khilafah untuk meminta hukuman mati? Katakanlah bahawa seseorang hidup di bawah negara sekular dan dia melakukan dosa yang wajib dijatuhkan hukuman mati sesuai hukum-hukum syarak. Jika dia ingin diterapkan hukuman terhadapnya, apakah termasuk syarie jika dia meminta penerapan hukuman padanya, sebagai contoh, dari orang-orang yang boleh dipercaya?
Jawapan:
Tampak jelas dari pertanyaan bahawa anda mempunyai perhatian besar untuk terbebas dari dosa dan hukuman di akhirat dan anda berpandangan bahawa seandainya anda dijatuhi hukuman di dunia, maka akan gugurlah hukuman akhirat yang lebih besar dan pedih. Untuk itu anda bertanya jika ada pihak yang boleh diminta menerapkan hukuman terhadap anda.
Akan tetapi, ya akhi, ada beberapa perkara yang wajib jelas bagi anda:
- Hukuman dunia yang menjadi penebus dosa pada hari kiamat disyaratkan hukuman itu merupakan hukuman Syarie dari Daulah Islamiyah, yakni dari negara yang memutuskan hukum dengan syariat Allah Swt.. Bukannya negara yang menghukumi dengan undang-undang positif buatan manusia.
Di antara dalil hal itu adalah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari Ubadah bin ash-Shamit, dia berkata,
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ e فِي مَجْلِسٍ، فَقَالَ: «تُبَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللهِ شَيْئًا، وَلَا تَزْنُوا، وَلَا تَسْرِقُوا، وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلَّا بِالْحَقِّ، فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللهِ، وَمَنْ أَصَابَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَعُوقِبَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ، وَمَنْ أَصَابَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَسَتَرَهُ اللهُ عَلَيْهِ، فَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ، إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ، وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ»
“Kami bersama Rasulullah ﷺ dalam satu majlis, beliau bersabda, ‘Kalian membaiatku agar kalian tidak menyekutukan Allah Swt. dengan sesuatu pun, kalian tidak berzina, tidak mencuri, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan benar. Maka siapa saja dari kalian yang memenuhinya, maka pahalanya ada dalam tanggungan Allah Swt.. Dan siapa saja yang melakukan sesuatu dari hal itu lalu dia dihukum dengannya maka itu menjadi penebus dosa (kafarat) untuknya. Dan siapa saja yang melakukan sesuatu dari hal itu lalu Allah Swt. menutupinya, maka perkaranya kepada Allah Swt., jika Dia berkehendak Dia memaafkannya dan jika Dia berkehendak, Dia menyiksanya.”
Hadis tersebut menjelaskan bahawa siapa yang dihukum di dunia maka hukumannya itu menjadi penebus dosa untuknya di hari kiamat. Jadi, dia tidak disiksa atas dosa itu di akhirat. Juga jelas dari hadis tersebut bahawa hukuman yang menebus dosa adalah hukuman Daulah Islamiyah yang di dalamnya seorang khalifah dibaiat untuk memutuskan hukum dengan Islam.
Hadis tersebut dimulai dengan sabda Rasul ﷺ, “Kalian membaiatku… maka siapa saja dari kalian yang memenuhinya maka pahalanya ada dalam tanggungan Allah. Dan siapa saja yang melakukan sesuatu dari hal itu lalu di dihukum dengannya maka itu menjadi penebus dosa (kafarat) untuknya.”
Jadi hukuman yang menebus dosa adalah hukuman itu bergantung pada baiat dan baiat itu adalah untuk penguasa yang menghukumi dengan Islam. Atas dasar itu maka hukuman dunia yang menjadi penebus dosa di akhirat adalah hukuman daulah yang menghukumi dengan Islam.
- Oleh kerana itu, sebahagian dari kaum muslim ketika melakukan dosa, mereka pun pergi kepada Rasul ﷺ agar ditegakkan hukuman terhadap mereka sehingga gugurlah hukuman akhirat yang lebih dan jauh lebih pedih dari hukuman dunia.
Imam Muslim telah mengeluarkan di dalam Sahîh-nya dari Sulaiman bin Buraidah dari bapaknya, dia berkata,
جَاءَ مَاعِزُ بْنُ مَالِكٍ إِلَى النَّبِيِّﷺ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، طَهِّرْنِي، فَقَالَ: «وَيْحَكَ، ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَتُبْ إِلَيْهِ»، قَالَ: فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ، ثُمَّ جَاءَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، طَهِّرْنِي، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «وَيْحَكَ، ارْجِعْ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَتُبْ إِلَيْهِ»، قَالَ: فَرَجَعَ غَيْرَ بَعِيدٍ، ثُمَّ جَاءَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، طَهِّرْنِي، فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: مِثْلَ ذَلِكَ حَتَّى إِذَا كَانَتِ الرَّابِعَةُ، قَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ: «فِيمَ أُطَهِّرُكَ؟» فَقَالَ: مِنَ الزِّنَى، فَسَأَلَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «أَبِهِ جُنُونٌ؟» فَأُخْبِرَ أَنَّهُ لَيْسَ بِمَجْنُونٍ، فَقَالَ: «أَشَرِبَ خَمْرًا؟» فَقَامَ رَجُلٌ فَاسْتَنْكَهَهُ، فَلَمْ يَجِدْ مِنْهُ رِيحَ خَمْرٍ، قَالَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «أَزَنَيْتَ؟» فَقَالَ: نَعَمْ، فَأَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ… ثُمَّ جَاءَ رَسُولُ اللهِ ﷺ وَهُمْ جُلُوسٌ، فَسَلَّمَ ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: «اسْتَغْفِرُوا لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ»، قَالَ: فَقَالُوا: غَفَرَ اللهُ لِمَاعِزِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «لَقَدْ تَابَ تَوْبَةً لَوْ قُسِمَتْ بَيْنَ أُمَّةٍ لَوَسِعَتْهُمْ
Ma’iz bin Malik datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata, “Ya Rasulullah ﷺ sucikan aku”. Rasul ﷺ bersabda, “Kenapa kamu ini, kembalilah dan mohonlah ampunan kepada Allah Swt. dan bertaubatlah kepada-Nya”. Buraidah berkata, “Lalu dia kembali tidak jauh, kemudian datang lagi dan berkata, “Ya Rasulullah ﷺ sucikan aku”. Rasul ﷺ bersabda, “Kenapa kamu ini, kembalilah dan mohonlah ampunan kepada Allah Swt. dan bertaubatlah kepada-Nya.” Buraidah berkata, “Lalu dia kembali tidak jauh, kemudian datang lagi dan berkata, ‘Ya Rasulullah ﷺ, sucikan aku.’” Lalu Nabi ﷺ mengatakan yang semisal itu, sampai ketika yang keempat kalinya Rasul ﷺ pun berkata kepadanya, “Dalam hal apa aku menyucikan kamu?” Dia berkata, “Dari zina”. Rasul ﷺ pun bertanya, “Apakah dia gila?” Lalu dikhabarkan bahawa dia tidak gila. Beliau ﷺ bersabda, “Apakah dia minum khamar?” Lalu seorang lelaki meminta Ma’iz membuka mulut dan dia tidak menemukan bau khamar. Buraidah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Apakah engkau berzina?” Ma’iz berkata, “Benar.” Maka Rasul ﷺ memerintahkan dengannya dan dia pun direjam… Kemudian Rasulullah ﷺ datang dan mereka sedang duduk, beliau mengucap salam kemudian duduk dan bersabda, “Mintalah ampunan untuk Ma’iz bin Malik.” Buraidah berkata, “Maka mereka berkata, ‘Semoga Allah mengampuni Ma’iz bin Malik.’” Buraidah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh dia telah bertaubat dengan taubat yang seandainya dibahagikan di antara umat nescaya mencukupi mereka.”
Sebagaimana anda lihat di sini, mukmin yang shadiq ini ingin membebaskan diri dari azab akhirat dengan ditegakkan terhadapnya had di dunia. Untuk itulah terjadi apa yang dia lakukan dengan datang kepada Rasul ﷺ agar beliau menegakkan had terhadapnya agar terbebas dari hukuman akhirat yang amat pedih. Perbuatan darinya ini dianggap oleh Rasul ﷺ sebagai taubat yang benar-benar nasuha, maka Rasul ﷺ bersabda, “Sungguh dia telah taubat dengan taubat yang seandainya dibahagikan di antara umat nescaya mencukupi mereka.”
Mungkin anda membaca hadis ini dan anda ingin melakukan semisalnya dan mencapai darjat yang tinggi ini. Akan tetapi, perbezaannya jelas. Lelaki itu pergi kepada penguasa muslim agar ditegakkan had padanya. Adapun negara-negara positif yang tegak sekarang di negeri kaum muslim, hukuman mereka tidak menebus dosa sebab tidak memenuhi syarat-syarat yang kami sebutkan di awal (poin 1).
- Kerana itu, anda tidak boleh pergi kepada negara-negara yang tegak di negeri kaum muslim agar mereka menegakkan hukuman terhadap anda. Juga tidak boleh kepada jemaah atau organisasi agar menegakkan hukuman terhadap anda sebab mereka bukan Daulah Islamiyah yang menghukumi dengan Islam dan hukuman mereka tidak Syarie sehingga tidak menebus dosa anda pada hari kiamat.
Adapun yang wajib bagi anda sekarang agar terbebas dari dosa dan hukuman akhirat adalah sebagai berikut:
i) Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha dan memohon kepada Allah Swt. agar menutupi dosa anda. Allah Swt. berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu…” (TMQ At-Tahrim [66]: 8).
ii) Perbanyakkan amal soleh. Allah Swt. berfirman,
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada sebahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (TMQ Hud [11]: 114).
Di antara amal soleh yang paling utama adalah anda berjuang untuk tegaknya Khilafah Islamiyah yang akan menegakkan hukuman terhadap orang yang melakukan dosa sehingga dengan itu membebaskan mereka dari dosa dan hukuman akhirat. Begitulah, yang wajib bagi kaum muslim ketika tidak ada penguasa yang menghukumi dengan Islam (Khalifah) adalah, mereka mengerahkan segenap daya upaya dalam mewujudkannya.
Keberadaan Khalifah adalah fardhu, bahkan fardhu yang paling utama. Khalifahlah yang menegakkan hudud yang wajib dari Rabb semesta alam. Tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan sesuatu maka sesuatu itu adalah wajib.
Apalagi bahawa penegakan hudud merupakan kewajipan agung yang di dalamnya terdapat kebaikan umat dan kelurusan perkaranya. Ibnu Majah telah mengeluarkan di dalam Sunan-nya dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,
«حَدٌّ يُعْمَلُ بِهِ فِي الْأَرْضِ، خَيْرٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ مِنْ أَنْ يُمْطَرُوا أَرْبَعِينَ صَبَاحًا»
“Had yang dilakukan di bumi lebih baik untuk penduduk bumi berbanding mereka ditimpa hujan empat puluh pagi.”
Saya harap perkara tersebut telah menjadi jelas bagi penanya dan menjadi jelas baginya bahawa tidak sah meminta dari seseorang dalam negara sekular untuk menegakkan hukuman Syarie seperti hudud, sekalipun orang yang menegakkannya termasuk orang-orang yang boleh dipercaya. Ini tidak menebus dosa sebab hukuman yang menebus dosa wajib berupa hukuman Syarie dari Daulah Islamiyah yang menghukumi dengan Islam seperti yang kami jelaskan di atas.
Saudaramu
‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
8 Syawal 1438 H/2 Julai 2017 M

