Site icon MuslimahHTM News

BOLEHKAH WANITA MUSLIMAH MENJADI MODEL IKLAN PRODUK?

Oleh : Yuana Ryan Tresna

Pertanyaan ini seringkali berulang. Setelah mendapat jawapan pun masih lagi tidak memuaskan hati mereka. Mereka bertanya, “mana dalilnya?” Kerana dianggap tiada dalil yang mengharamkannya. Jadi, apa yang disebut dengan dalil? Bagaimana memahami hukum dari dalil? Jangan-jangan penanya sebenarnya masih tidak faham tentang perkara tersebut. Boleh jadi dia menganggap nas itu boleh difahami secara manthuq atau secara tekstual menyatakan keharaman. Sedangkan nas dapat difahami juga secara mafhum bahkan ma’qul.

Jawapan atas pertanyaan tersebut adalah haram bagi wanita bekerja dimana dalam pekerjaan tersebut, dieksploitasi aspek kewanitaan atau feminitinya, bukan aspek usaha atau tenaganya.

Dalam kutaib Ahkam al-Usrah fi al-Islam wa Dauruha fi al-Hufazh ala al-siyaj al-Ijtima’i al-Mujtama’at yang merujuk kitab Muqaddimah al-Dustur Bab al-Nizham al-Ijtima’i disebutkana qaidah sebab:

يمنع كل من الرجل والمرأة من مباشرة أي عمل فيه خطر على الأخلاق، أو فساد في المجتمع

Maksudnya : Setiap dari lelaki dan wanita dilarang untuk melakukan pekerjaan manapun yang di dalamnya ada sesuatu yang membahayakan akhlak (dimana ianya boleh merendahkan akhlak) atau kerosakan masyarakat.

Adapun dalil akan hal itu adalah sabda Nabi Muhammad SAW,

روي عن رافع بن رفاعة قال: «وَنَهَانَا عَنْ كَسْبِ الأَمَةِ إِلاَّ مَا عَمِلَتْ بِيَدِهَا وَقَالَ هَكَذَا بِأَصَابِعِهِ نَحْوَ الْخبْزِ وَالْغَزْلِ وَالنفْشِ» أخرجه أحمد وصححه والحاكم

Maksudnya : Diriwayatkan dari Rafi’ bin Rifa’ah, ia berkata, “Nabi SAW telah melarang kami dari pekerjaan sebagai seorang pelayan wanita kecuali yang dikerjakan dengan kedua tangannya. Baginda bersabda, “begini (dia kerjakan) dengan jari-jemarinya seperti membuat roti, menenun dan mengurai benang.” (HR Ahmad dan al-Hakim menetapkan kesahihannya)

Seterusnya, penulis kitab memberikan penjelasan sebab :

أي تمنع المرأة من كل عمل يقصد منه استغلال أنوثتها، وتباح لها باقي الأعمال. وهذا يفهم من الحديث من قوله: “إِلاَّ مَا عَمِلَتْ بِيَدِهَا”، أي مما يقصد منه استغلال جهدها، ومفـهومه منع استغلال أنوثتها. على أن القاعدة الشرعية (الوسيلة إلى الحرام محرمة) تمنع كل عمل يوصل إلى الحرام حتى ولو بغلبة الظن. والقاعدة الشرعية (الشيء المباح إذا أدى فرد من أفراده إلى ضرر يمنع ذلك الفرد وحده ويبقى الشيء مباحاً)، فهي تمنع كل شخص رجلاً كان أو امرأة من الاشتغال في عمل مباح للرجال والنساء إذا كان هذا الشخص بعينه يوصل اشتغاله في العمل إلى ضرر له، أو ضرر للأمة، أو ضرر للمجتمع أياً كان نوع هذا الضرر.

Maksudnya : seorang wanita dilarang dari melakukan pekerjaan apapun yang dimaksudkan dari pekerjaan tersebut yang berunsurkan eksploitasi aspek kewanitaan/feminitinya, dan boleh baginya untuk melakukan pekerjaan lainnya. Hal ini dapat difahami dari kalimat dalam hadis : إِلاَّ مَا عَمِلَتْ بِيَدِهَا / kecuali apa yang dikerjakan dengan kedua tangannya, yang bermaksud, pemanfaatan (eksploitasi) atau usaha. Dengan demikian, dapat difahami bahawa ianya merupakan larangan untuk memanfaatkan feminiti wanita.

Demikian juga didasarkan pada prinsip syariah

الوسيلة إلى الحرام محرمة

“Perantara yang menghantarkan kepada keharaman adalah haram”

Berdasarkan prinsip tersebut, dapat kita fahami bahawa adalah dilarang untuk melakukan setiap pekerjaan yang akan menghantarkan kepada keharaman, walaupun itu bersifat dugaan kuat.

Juga prinsip syariah :

الشيء المباح إذا أدى فرد من أفراده إلى ضرر يمنع ذلك الفرد وحده ويبقى الشيء مباحاً

“Suatu yang mubah, ketika satu bahagian dari perkara-perkara tersebut membawa kepada dharar/bahaya, maka bahagian itu saja yang terlarang, sedangkan bahagian lainnya tetap mubah.”

Berdasarkan prinsip ini juga dapat disimpulkan bahawa adalah dilarang bagi setiap individu baik lelaki mahupun wanita untuk melakukan pekerjaan yang awalnya mubah (baik buat lelaki ataupun perempuan), ketika seseorang individu ini melakukan pekerjaan yang dapat membahayakan dirinya, umat atau masyarakat, apapun jenis bahaya yang bakal terjadi.

Catatan akhir

Hukum yang disebut di atas bukan hanya terpakai buat wanita, tetapi juga buat lelaki contohnya seperti melakukan pekerjaan yang mengeksploitasi unsur maskulin secara erotik.

Perkara ini sepatutnya menjadi perhatian buat para muslimah, pereka busana muslimah, mak andam, redaksi majalah, pemilik perusahaan iklan dan yang terkait dengannya. Jika perkara ini diabaikan, maka ia akan menimbulkan dharar dalam interaksi antara lelaki dan wanita di tengah-tengah masyarakat. Fakta menunjukkan bahawa pekerjaan seperti model, penyambut tetamu, pramugari, penganjur jualan sentiasa disyaratkan dengan syarat tertentu bagi wanita. Contohnya, berbadan tinggi, bentuk tubuh yang menarik, warna kulit, kecantikan dan sebagainya kerana dirasakan penampilan tersebut boleh menjadi penarik bagi pengunjung, pembeli atau pembaca. Inilah yang dimaksudkan sebagai eksploitasi sisi feminin atau kewanitaan muslimah yang diharamkan oleh syarak.

Exit mobile version