Site icon MuslimahHTM News

Islamofobia, Sikap yang Tercela

Kebencian kaum kafir terhadap Islam dan umat Islam, atau yang kini lebih dikenali dengan sebutan “islamofobia”, sebenarnya sudah wujud sejak zaman Rasulullah Muhammad SAW. Selama era Mekah (610–622 Masehi), Rasulullah SAW dan umat Islam menghadapi ujian yang begitu dahsyat daripada kaum kafir Mekah.

Orang-orang Arab jahiliah ketika itu menganiaya pengemban-pengemban risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Beberapa tokoh Quraisy, seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, giat membuat propaganda supaya masyarakat Mekah menolak kehadiran Islam. Mereka juga menghasut masyarakat Mekah untuk melakukan kekerasan terhadap Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya.

Sebahagian sahabat menjadi mangsa kekejaman mereka. Sebut sahaja Ammar bin Yasir, Khabbab bin al-Arath, dan Bilal bin Rabbah. Mereka diseksa dengan cara yang sangat sadis oleh orang-orang kafir Mekah.

Rasulullah SAW juga pastinya tidak terlepas daripada menjadi sasaran kebencian kaum kafir Quraisy pada masa itu. Dalam beberapa riwayat disebutkan, Nabi SAW pernah dihina, diludahi, malah disakiti oleh mereka yang memusuhi Beliau. Namun, semasa berada di Mekah, Beliau menghadapi semua perlakuan itu dengan penuh kesabaran.

Selepas Nabi SAW dan sahabat-sahabat berhijrah ke Madinah, kaum kafir Mekah masih menunjukkan permusuhan mereka terhadap Islam. Mereka terus berusaha memburukkan umat Islam dengan pelbagai cara. Keadaan sedemikian berterusan selama beberapa tahun. Akhirnya, berlakulah peristiwa Fathu Makkah (Pembebasan Kota Mekah) oleh umat Islam pada 8 H/630 M. Sejak itu, Islam mula diterima secara meluas oleh masyarakat Arab.

Jejak Islamofobia

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, pengaruh Islam semakin berkembang hingga ke luar Semenanjung Tanah Arab. Beberapa penaklukan yang berlaku pada zaman pemerintahan Khilafah Umayyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyyah memberi sumbangan yang besar dalam membentuk peradaban Islam di pelbagai pelusuk dunia, termasuk Eropah. Walau bagaimanapun, proses peluasan di bawah kekuasaan Islam itu bukan tanpa halangan. Sikap benci dan permusuhan yang mula tumbuh di tengah-tengah masyarakat Barat menjadi satu cabaran tersendiri yang dihadapi oleh umat Islam dalam tempoh tersebut.

Ketakutan terhadap pengaruh Islam yang semakin meluas mula tertanam dalam masyarakat Barat. Perang Salib pertama (antara 1095-1291) meletus yang melibatkan tentera muslim dan Kristian Eropah. Pada masa-masa itu, Empayar Byzantium dan Gereja Rom menggunakan propaganda sentimen anti-Islam untuk merebut Jerusalem dari tangan umat Islam.

Pada masa pemerintahan Khilafah Umayyah di Andalusia (Sepanyol), beberapa jenis konflik yang terjadi antara penduduk Kristian dan muslim juga berteraskan fobia (kebencian) terhadap Islam. Selepas kejatuhan Granada pada tahun 1492, penindasan yang dilakukan oleh rejim Kristian terhadap penduduk muslim meningkat di Eropah. Umat Islam yang tersisa di Andalusia telah diusir ke Afrika Utara atau dipaksa untuk memeluk agama Kristian. Kebebasan mereka sebagai warganegara benar-benar dihadkan sejak itu.

Menurut catatan sejarah, Raja Philip III dari Sepanyol telah mengusir 300 ribu Muslim Andalusia antara tahun 1610 dan 1614 melalui titah yang dikeluarkannya pada 22 September 1609. Melalui amalan  tersebut, rejim Barat berusaha untuk menghapuskan semua jejak peradaban Islam yang sebenarnya telah banyak menyumbang  kepada proses pencerahan Eropah.

Semua peristiwa yang dialami oleh umat Islam sejak Perang Salib itu jelas merupakan sebahagian daripada wajah anti-Islamisme atau Islamofobia yang terus berkembang di tengah-tengah masyarakat Barat, sehingga kini.

Islamofobia di Tanah Air

Baru-baru ini, nama Profesor Budi Santosa Purwokartiko, seorang Profesor yang juga Rektor Institut Teknologi Kalimantan (ITK), tular di media sosial. Dia menjadi perbincangan umum kerana disyaki  melakukan tindakan berunsur perkauman dan menghina ajaran Islam.

Seperti yang diketahui, Budi Santosa memuat naik artikel panjang menerusi status akaun Facebook peribadinya. Artikel tersebut berisikan pengalaman Profesor tersebut Ketika menemu bual beberapa mahasiswa untuk pemilihan biasiswa LPDP.

“Saya berpeluang menemu bual beberapa mahasiswa yang menyertai program mobiliti mahasiswa ke luar negara. Program Pengajian Tinggi yang dibiayai oleh LPDP ini telah banyak mendapat perhatian ramai mahasiswa. Mereka adalah anak-anak cerdik yang mempunyai kebolehan luar biasa,” tulisnya pada (27/04/2022).

Bahagian seterusnya tulisan Budi Santosa dituduh mengandungi unsur perkauman dan Islamofobia. “Mereka bercakap tentang perkara-perkara yang ‘berpijak di bumi nyata’, iaitu mengenai cita-cita, hobi, usaha-usaha untuk menyokong cita-cita mereka, sumbangan kepada masyarakat dan bangsanya, nasionalisme dan sebagainya. Bukannya bercakap tentang perkara-perkara langit atau kehidupan selepas kematian,” sambungnya lagi.

“Pilihan kata-kata mereka juga jauh dari kata-kata langit: insya Allah, barakallah, syiar, qadarullah, dan lain-lain,” sambung Budi dalam artikel tulisannya.

Budi Santosa kemudiannya disyaki jelas menyindir wanita Islam yang memakai hijab (jilbab). Dia menulis, “Jadi dua belas mahasiswi yang saya temu bual, tiada seorang pun yang menutup kepala ala manusia padang pasir,” sindirnya.

Amat jelas, Budi Santosa disyaki jelas menjadi sebahagian daripada penganut Islamofobia akut yang semakin berleluasa akhir-akhir ini. Tiada bezanya dengan Abu Janda, Denny Siregar, Ade Armando, dan lain-lain.

Peningkatan jumlah penganut Islamofobia adalah hasil daripada penerapan sistem sekularisme-demokrasi yang penuh dengan kebebasan. Dalam negara demokrasi seperti ini, propaganda Islamofobia akan terus tersebar ke seluruh negara.

Islam Agama Mulia

Sudah tentu, tiada siapa yang perlu takut dan membenci Islam. Sebab, Islam adalah agama yang mulia, yang bersumber dari Zat Yang Maha Mulia, Allah SWT, Pencipta manusia.

Islam membimbing manusia dengan ajarannya yang mulia. Ajaran tentang kewajipan berjilbab bagi wanita Islam misalnya jelas bertujuan untuk memuliakan mereka. Bukan merendahkan mereka.

Islam juga memberikan perlindungan kepada semua umat manusia. Malah jihad fi sabilillah dalam Islam—yang sering dituduh identik dengan terorisme—sebenarnya tetap memastikan perlindungan kepada mereka yang tidak terlibat dalam peperangan seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak. Nabi SAW bersabda,

 “Berangkatlah kamu dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah. Janganlah kamu membunuh orang yang lanjut usia, kanak-kanak, dan wanita.” [HR Abu Dawud]

Sejarah Islam juga, sejak zaman Rasulullah SAW dan era Kekhalifahan, banyak berisi kemuliaan terhadap umat manusia. Tidak pernah ada pemaksaan agama Islam terhadap orang bukan Islam. Apatah lagi Tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap kalangan di luar Islam. Sejarah telah menyaksikan Khilafah sepanjang sejarahnya malah menjadi payung kebersamaan bagi pelbagai agama.

Reza Shah-Kazemi dalam bukunya, The Spirit of Tolerance in Islam, menjelaskan bahawa Khilafah Uthmani pernah memberikan perlindungan kepada komuniti Yahudi. Seorang tokoh Yahudi yang terkenal, Rabbi Isaac Tzarfati, pernah menulis surat kepada Majlis Yahudi Eropah Tengah selepas berjaya melarikan diri dari penganiayaan di Eropah Tengah dan tiba di wilayah Khilafah Uthmaniyyah menjelang tahun 1453 M. Melalui suratnya, lelaki kelahiran Jerman itu memuji Khilafah Uthmaniyyah sebagai, “Negeri yang dirahmati Tuhan dan penuh kebaikan”.

Seterusnya dia mengaku, “Di sini (aku) menemui kedamaian dan kebahagiaan. Kami tidak ditindas dengan cukai yang berat. Perniagaan kami boleh berlangsung dengan bebas. Kami boleh hidup dengan aman dan bebas.”

Sejarawan Eropah, TW Arnold, juga menulis, “Ketika Konstantinopel dibuka oleh keadilan Islam pada tahun 1453, Sultan Muhammad II mengisytiharkan dirinya sebagai pelindung Gereja Yunani. Penindasan terhadap orang Kristian dilarang sama sekali.”

Kemuliaan ajaran Islam juga terlihat ketika Khilafah Uthmaniyyah memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Ireland yang dilanda kebuluran pada tahun 1847. Ketika itu Khalifah Sultan Abdul Majid I menghantar bantuan berupa wang sebanyak £ 10.000 beserta tiga buah kapal untuk membawa makanan, ubat-obatan, dan keperluan penting yang lain ke Ireland.

Oleh itu, tidak wajar sesiapa pun bersikap sinis terhadap Islam dan pelbagai ajarannya seperti jilbab, jihad, Khilafah, dan lain-lain. Mereka tidak sepatutnya membenci pelbagai lambang dan syiar Islam. Mereka tidak selayaknya menunjukkan sikap Islamofobia. Apatah lagi jika pelakunya mengaku beragama Islam. Sebab, semua ungkapan keislaman seorang muslim pada hakikatnya adalah syiar Islam yang memang mesti ditonjolkan. Menonjolkan syiar-syiar Islam adalah satu bentuk ketakwaan. Allah SWT berfirman,

 “Demikianlah (perintah Allah). Sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, sesungguhnya ia timbul dari ketakwaan hati.” [TMQ Al-Hajj (22): 32}

Imam An-Nawawi al-Bantani dalam kitabnya, Syarh Sullam at-Tawfîq, menjelaskan ayat tersebut, bahawa antara sifat terpuji yang melekat pada orang yang bertakwa ialah mengagungkan syiar-syiar Allah, iaitu syiar-syiar agama-Nya. Begitulah semestinya sikap seorang muslim. Bukan sebaliknya selalu menunjukkan sikap islamofobia! Wallahua’lam bissawab. []

Hikmah:

“Wahai anakku, sesungguhnya di antara manusia ada yang seperti haiwan dalam rupa manusia yang mendengar dan melihat. Dia sangat peka terhadap setiap bencana yang menimpa hartanya, tetapi tidak merasakan apa-apa ketika bencana menimpa agamanya.” (Imam al-Mawardi as-Syafi’i, Adab ad-Dunyâ’ wa ad-Dîn, 1/126; Abu Thalib al-Makki, Qût al-Qulûb, 1/227).

Sumber: Buletin Kaffah No. 243 (20 Syawal 1443 H/20 Mei 2022 M)

Exit mobile version