Penulis: Ustaz Hafidz Abdurrahman
Ingatkah kita akan nasihat Abu Thalib kepada Waraqah bin Naufal saat meminang Khadijah? “Harta itu adalah bayangan yang akan hilang.” Betul. Harta tidaklah abadi. Harta adalah titipan Allah, maka tidak pantas untuk dibanggakan.
Begitu juga dengan rupa dan usia, semua itu adalah pemberian, tidaklah layak untuk dibanggakan atau dijadikan ukuran. Akan tetapi, ukurlah dengan sesuatu yang berasal dari manusia, iaitu perbuatan. Ukurlah dari akhlak dan adabnya yang tercermin dari pergaulan.
Nabi Muhammad saw. dianugerahi cinta kepada Ibunda Khadijah ra. setelah berinteraksi dan bergaul dengan beliau saat menjalankan perusahaannya. Dari interaksi itu, Nabi mengenal betul keluhuran akhlak dan adab Khadijah. Begitu juga sebaliknya.
Benih cinta yang sama juga bersemi di hati Sayyidina ‘Ali ra. dan Sayyidah Fathimah ra. ketika Nabi mengambil saudara sepupunya itu untuk diasuh di rumahnya, kerana Abu Thalib mempunyai ramai anak lelaki, tetapi kekurangan harta.
Interaksi antara Sayyidina ‘Ali dan Fathimah di dalam rumah dan keluarga Nabi itu telah mendekatkan keduanya. Mereka saling mengenal akhlak, adab, dan keperibadiannya.
Kemuliaan akhlak, adab, dan perilaku di antara mereka itulah yang melahirkan rasa hormat, ketertarikan, dan akhirnya menumbuhkan cinta di antara keduanya. Itulah cinta yang waras, bukan cinta buta.
Nabi tidak lagi melihat berapa usia Sayyidah Khadijah, juga statusnya sebagai janda dari dua lelaki sebelumnya. Begitu juga Sayyidah Khadijah tidak melihat kaya atau tidaknya Muhammad saw., tetapi lebih tertarik terhadap akhlak, adab, dan perilakunya.
Begitu juga Sayyidah Fatimah, saat dipinang ‘Ali yang tidak mempunyai apa-apa. Bahkan, untuk mahar pun harus menjual baju besinya. Sementara biaya walimah disiapkan oleh para sahabat. Lihatlah, betapa miskinnya ‘Ali saat itu, tetapi Fathimah dan Nabi menerimanya.
Nabi menjawab pinangan ‘Ali, “Ahlan wa Marhaban.” Saat ‘Ali bingung, apa maksudnya, sahabat yang lain menjelaskan, “Kamu bersyukur, kerana Nabi memberi dua jawapan.” Betapa indahnya.

