Site icon MuslimahHTM News

Godaan Syaitan terhadap Lisan dan Mesej Syaitan kepada Bala Tenteranya

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah menceritakan bagaimana iblis la’natullah ‘alaihi mengarahkan bala tenteranya,

“Iblis berkata kepada anak buahnya, ‘Berjaga-jagalah kalian pada jawatan lisan kerana jawatan tersebut adalah jawatan yang paling strategik. Doronglah lisannya untuk mengucapkan pelbagai perkataan yang akan merugikannya dan tidak akan menguntungkannya. Halangilah hamba itu untuk membiasakan lisannya dengan hal-hal yang bermanfaat seperti zikir, istighfar, membaca Al-Quran, memberi nasihat dan berbicara tentang ilmu. Nescaya, kalian akan mendapatkan dua hasil besar di jawatan ini, tidak perlu kalian hiraukan hasil mana pun yang kalian dapatkan,

1) Dia berbicara dengan kebatilan. Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah saudara dan penolongmu.

2) Dia berdiam diri daripada kebenaran. Orang yang tidak berbicara dengan kebenaran adalah saudaramu yang bisu, sebagaimana saudaramu yang pertama tadi, hanya saja dia pandai bicara.

Barang kali saudaramu yang bisu ini lebih bermanfaat bagi kalian. Tidakkah kalian dengar ucapan seorang pemberi nasihat, ‘Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang pandai bicara, sedangkan orang yang diam daripada kebenaran adalah syaitan yang bisu.’

Itu sebabnya, teruslah kalian berjaga di jawatan itu. Jawatan yang dia boleh berbicara dengan kebenaran atau menahan diri daripada kebatilan. Hiasilah pembicaraan kebatilan kepadanya dengan segala cara. Takut-takutilah dia untuk menyampaikan kebenaran dengan segala cara.

Ketahuilah, wahai anak-anakku, Jawatan lisan inilah tempat aku berhasil membinasakan anak keturunan Adam dan menyeret mereka ke dalam jahanam. Betapa banyak korban yang berjaya aku bunuh, aku tawan atau aku lukai melalui jawatan ini.”

Rujukan: ad-Da’u wad Dawa’, hlm. 154—155

Sumber:https://muslimahnews.net/2022/05/25/6643/

Exit mobile version