Site icon MuslimahHTM News

Masa Depan Milik Islam

Penulis: Adi Victoria

Dalam kitab Dukhûl al-Mujtama’, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahulLâh mengatakan,

وتظل المعركة دائرة بين الإسلام وبين الكفر حتى يهزم الكفر وينتصر الإسلام

“Perang antara Islam dan kekufuran akan terus berterusan sehingga kekufuran itu tumbang dan Islam memperoleh kemenangan.”

Apa yang disampaikan oleh beliau di atas menggambarkan realiti atau fakta yang mudah kita lihat hari ini.

Sejak Khilafah Uthmaniyyah diruntuhkan oleh Mustafa Kemal Atatürk pada 3 Mac 1924, umat Islam di pelbagai pelusuk dunia telah mengalami pelbagai bentuk penindasan. Ini tidak lain adalah akibat lemahnya kekuatan umat Islam. Umat Islam yang dahulunya hidup di bawah satu kepimpinan kini telah hidup berpecah menjadi 57 buah negara.

Namun, semangat perjuangan umat Islam untuk bangkit dari segala macam bentuk penindasan tersebut tidak pernah padam. Ini tidak lain adalah kerana mulai timbulnya kesedaran dalam diri umat Islam bahawa sebenarnya telah berlaku kezaliman terhadap umat Islam akibat sistem Islam tidak diterapkan. Wujudnya kesedaran inilah yang semakin membuatkan semangat perjuangan umat Islam semakin tinggi.

Wujudnya kesedaran dalam diri umat ini sememangnya penting. Syeikh Ahmad ‘Athiyat di dalam bukunya Ath-Tharîq mengatakan, “Kezaliman bukanlah faktor pendorong perubahan mendasar (revolusi). Namun, kesedaran akan adanya kezalimanlah yang mendorong revolusi tersebut.”

Arah Perubahan

Syeikh Ahmad ‘Athiyat di dalam bukunya Ath-Tharîq mengatakan, “Sesungguhnya manusia tidak akan berfikir tentang perubahan kecuali jika dia menyedari bahawa di sana ada realiti yang rosak, buruk, atau paling tidak sesuai dengan apa yang diinginkannya. Untuk terjadi kesedaran (untuk berubah), mesti melihat terhadap rosaknya realiti. Walau bagaimanapun, hanya menyedari kerosakan atau realiti yang rosak tidak mencukupi untuk melakukan perubahan. Selain sedar akan kerosakan realiti hidupnya, perlu juga ada kesedaran tentang realiti pengganti (realiti yang dicita-citakan) yang digunakan untuk mengganti realiti yang rosak tersebut.”

Berdasarkan pernyataan di atas, perubahan tidak akan berlaku kecuali sebelumnya telah wujud kesedaran di dalam diri umat. Umat sedar bahawa di tengah-tengah mereka telah terjadi kerosakan. Namun, kesedaran seperti ini belum mencukupi. Perlu ada kesedaran tentang realiti pengganti untuk menggantikan realiti yang telah rosak.

1) Daripada kesedaran emosi menuju kesedaran ideologi.

Memang, setiap manusia memiliki potensi kehidupan (thaqah hayawiyyah) dalam bentuk gharîzah (naluri). Adanya rasa marah atau emosi ketika agama Islam dihina contohnya adalah sebahagian daripada gharîzah al-baqaa’, yang merupakan fitrah bagi manusia. Namun, ini tidak mencukupi. Perlu ada kesedaran ideologi dalam diri umat bahawa segala bentuk penghinaan terhadap Islam dan ajarannya akan sentiasa berulang, terutama yang dilakukan oleh Barat.

2) Daripada perubahan rejim kepada perubahan sistem.

Setiap kali pilihan raya diadakan, apa yang masih tersemat dalam fikiran masyarakat umum adalah adanya perubahan rejim/pemimpin. Sedangkan, apabila bercakap tentang kepimpinan apa yang dilihat bukan sahaja siapa yang menjadi pemimpin tetapi juga dengan sistem kepimpinan apa yang akan dipimpinnya.

Sistem kepimpinan sudah tentu menentukan bagaimana seseorang pemimpin akan memimpin kehidupan bermasyarakat, bangsa dan negara.

Selagi tidak ada perubahan dalam sistem, yang berlaku hanya perubahan rejim maka sukar untuk mengharapkan perubahan ke arah yang lebih baik. Sistem yang baik sudah tentu berasal dari Tuhan Yang Maha Baik iaitu Allah SWT. Itulah sistem Islam yang bersumberkan dari al-Quran dan al-sunnah.

Rasulullah saw bersabda,

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

“Telah aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang pada keduanya. Itulah Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (HR Malik, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sistem kepimpinan dalam Islam ialah Khilafah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw,

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ اْلأَنْبِيَاء كُلَّمَا هَلَكَ نَبيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُوْنَ

“Duhulu Bani Israel sentiasa dipimpin/diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, datang nabi lain menggantikannya. Sesungguhnya tidak ada nabi sesudahku. Yang ada hanyalah para khalifah yang banyak.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Khalifah adalah orang yang memimpin. Khilafah ialah sistem kepimpinannya iaitu sistem pemerintahan Islam.

3) Daripada perubahan tempatan/serantau kepada perubahan global.

Ideologi yang kini mengatur tamadun dunia adalah kapitalisme. Ideologi ini dibawa oleh Barat dengan Amerika sebagai pembawa utama.

Dengan kapitalisme, Amerika berusaha untuk menjadikan semua negara-negara di dunia di bawah kawalannya sama ada dengan penjajahan langsung atau melalui pemerintah yang menjadi antek/kaki tangannya.

Hal ini harus menjadi kesedaran dalam diri umat. Umat seharusnya sedar bahawa perubahan yang diinginkan bukan bersifat setempat atau serantau tetapi perubahan secara global.

4) Daripada perubahan separa kepada perubahan keseluruhan

Perubahan juga tidak boleh dilakukan secara sebahagian tetapi mesti secara menyeluruh. Inilah perubahan yang efektif. Perubahan secara menyeluruh akan mempengaruhi terhadap semua bahagian dalam setiap aspek kehidupan bermasyarakat, bangsa, dan negara.

Apabila meyakini bahawa Islam adalah solusi, solusi tersebut mesti ditujukan kepada semua perkara. Allah SWT sendiri juga telah memerintahkan agar masuk ke dalam Islam secara total atau menyeluruh (kaffah). Bukan sebahagian sebagaimana firman-Nya,

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.” [TQM Al-Baqarah (2): 208]

5) Daripada kebergantungan kepada Barat menjadi merdeka.

Umat Islam juga harus meninggalkan sikap kebergantungan kepada Barat. Masih ramai umat Islam yang menjadikan Barat sebagai rujukan tamadun. Padahal, salah satu penyebab kemunduran bagi umat Islam adalah kerana lemahnya pemahaman terhadap agama Islam. Ini adalah salah satunya akibat daripada pemahaman pemikiran Barat yang masuk ke dalam pemikiran umat Islam seperti idea HAM, demokrasi, sekularisme dan lain-lain.

Umat Islam kaya dengan tsaqâfah Islam. Inilah yang tidak dimiliki oleh agama dan ideologi selain Islam. Kekayaan tsaqâfah inilah yang dahulu menjadikan Islam sebagai mercu tanda tamadun dunia, malah Barat sendiri mengakui tamadun Islam.

Seorang sarjana Barat bernama Emmanuel Deutscheu dari Jerman mengatakan, “Semua ini (iaitu kemajuan tamadun Islam) telah memberikan peluang yang baik kepada kami untuk mencapai kebangkitan (Renaissance) dalam sains moden. Oleh itu, wajarlah kami sentiasa menitiskan air mata apabila kami teringat akan saat-saat Granada jatuh.” (Granada adalah benteng terakhir Khalifah Islam di Andalusia yang jatuh ke tangan orang Eropah).

Perkara yang sama diungkapkan oleh Montgomery Watt, “Adalah munasabah jika kita menyatakan bahawa tamadun Eropah tidak dibina oleh proses penjanaan semula mereka sendiri. Tanpa sokongan tamadun Islam yang menjadi ‘dinamo’-nya, Barat bukanlah apa-apa.”

Jacques C. Reister juga mengulas, “Selama lima ratus tahun Islam menguasai dunia dengan kekuatan, ilmu pengetahuan dan tamadun yang tinggi.”

Bahkan yang menarik dan mengejutkan, sumbangan tamadun Islam terhadap dunia termasuk dunia Barat juga diakui oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Perkara ini didedahkan semasa dia berucap pada 5 Julai 2009. Beliau antara lain menyatakan, “Tamadun berhutang besar dengan Islam. Islamlah di tempat-tempat seperti Universiti Al-Azhar yang membawa lentera ilmu selama berabad-abad dan membuka jalan bagi Zaman Kebangkitan Kembali dan Era Pencerahan di Eropah.” (http://jakarta.usembassy.gov.).

Arus Perubahan Menuju Khilafah

Imam Taqiyuddin an-Nabhani berkata,

أَنَّ اْلأُمَّةَ اْلإِسْلاَمِيَّةَ مَنْكُوْبَةٌ بِبَلاَءَيْنِ: أَحَدُهُمَا أَنَّ حُكاَّمَهَا عُمَلاَءُ لِلْكُفاَّرِ الْمُسْتَعْمِرِيْنَ، وَثَانِيْهَا أَنَّهَا تُحْكَمُ بِغَيْرِ ماَ أَنْزَلَ اللهُ، أَيْ تُحْكَمُ بِنِظاَمِ كُفْرٍ

“Sesungguhnya umat Islam telah mengalami tragedi dengan dua ujian: pertama, penguasa mereka adalah agen-agen kaum kafir penjajah; kedua, diterapkan kepada mereka sistem hukum yang tidak diturunkan oleh Allah iaitu diterapkan kepada mereka sistem kufur.” (An-Nabhani, Nidâ‘ Har, hlm. 48).

Oleh itu, agar umat Islam dapat membawa perubahan yang terbaik yang dapat memberikan keadilan dan kesejahteraan serta menjadikan Islam dan umatnya mulia, tidak ada cara lain kecuali berpaling dari Barat dan mengganti sistem kufur dari Barat dengan sistem Islam iaitu Khilafah.

Imam Taqiyuddin an-Nabhani juga telah menjelaskan tentang apa itu Khilafah.

الخلافة هي رئاسة عامة للمسلمين جميعاً في الدنيا لإقامة أحكام الشرع الإسلامي، وحمل الدعوة الإسلامية إلى العالم

“Khilafah adalah kepimpinan umum bagi umat Islam di seluruh dunia untuk menegakkan syariat Islam dan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia.”

Khilafah akan merealisasikan ukhuwah umat Islam, menegakkan hukum syariat secara kaffah dan mengemban dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Dengan ini, Islam akan kembali menjadi mercu tanda tamadun dunia yang dahulu telah terbukti menguasai 2/3 dunia selama lebih kurang 1,300 tahun. Allahu Akbar! [MNews/Gz]

Sumber artikel: al-wa’ie.id

Exit mobile version