Site icon MuslimahHTM News

DAKWAH DAN KESEMPURNAAN

Penulis: Adi Victoria

Memang benar, berdakwah itu tidak perlu menunggu kesempurnaan dahulu kerana sukar rasanya untuk mendapatkan seseorang yang sudah sempurna kemudian baru berdakwah. Mereka yang berdakwah pun tidak pernah berhenti untuk terus belajar.

Mereka yang terus belajar itu tentu bukan dalam rangka untuk menjadi sosok yang sempurna, kerana menjadi sempurna itu suatu hal yang mustahil. Belajar adalah jalan untuk mengarah kepada kesempurnaan itu sendiri, yang mana Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah disebut sebagai النزوع إلى الكمال.

Al ‘allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah memberikan nasihat kepada para pengemban dakwah agar sentiasa menanamkan pada diri mereka cita-cita untuk mengarah kepada kesempurnaan (النزوع إلى الكمال), iaitu dengan selalu melakukan kajian, mencari kebenaran, meneliti berulang kali apa yang telah diketahui, serta sentiasa menjauhkan dirinya daripada segala bentuk pemikiran yang mengkhayalkan.

Dengan semangat mengarah kepada kesempurnaan tersebut, dia perlahan-lahan berkembang menjadi seorang ulama, pemikir, serta ahli politik yang boleh dipercayai.

Jadilah ulama, kerana 1000 orang ahli ibadah yang meninggal, yang mana dia berpuasa di siang hari dan solat di malam hari itu jauh lebih ringan dibandingkan meninggalnya seorang ulama yang mengetahui halal dan haram.

Jadilah seorang pemikir kerana dengan pemikiran tersebut dia akan makin berkembang. Dia akan menghindari agar tidak menjadi orang yang berfikiran dangkal (al fikru al sathhy) dan memilih menjadi sosok yang berfikir mendalam (al fikru al ‘amiq), sebelum akhirnya memiliki pemikiran cemerlang (al fikru al mustanir).

Jadilah ahli politik iaitu seorang pengemban dakwah yang menjalankan kegiatan politik. Politik (sebagai siyasah) yang bermaksud,

رعاية شؤون الامة بالداخل والخارج وفق الشريعة الاسلامية.

“Pemeliharaan terhadap urusan umat baik di dalam negeri mahupun di luar negeri sesuai dengan syariat Islam”.

Sesungguhnya penerapan syariat Islam secara kaffah dalam mengatur urusan dalam dan luar negeri hanya boleh dicapai oleh negara. Dan ini berkaitan dengan politik, maka berdakwahlah dengan dakwah yang bersifat siyasiy (politik). Wallahualam.

Exit mobile version