Site icon MuslimahHTM News

PENENTUAN AIDILADHA WAJIB BERDASARKAN RUKYATUL HILAL PENDUDUK MEKAH

Oleh: K.H. Muhammad Shiddiq Al-Jawi

Para ulama mujtahidin telah berbeza pendapat dalam hal mengamalkan satu rukyat yang sama untuk Aidilfitri. Mazhab Syafie menganut rukyat lokal, iaitu mereka mengamalkan rukyat masing-masing negeri. Sementara mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali menganut rukyat global, yakni mengamalkan rukyat yang sama untuk seluruh kaum Muslim. Ini bermakna, jika rukyat telah terjadi di suatu bahagian bumi, maka rukyat itu berlaku untuk seluruh kaum Muslim sedunia, meskipun mereka sendiri tidak dapat merukyat.

Namun, khilafiyah semacam itu tidak ada dalam penentuan Aidiladha. Sesungguhnya ulama seluruh mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) telah sepakat mengamalkan rukyat yang sama untuk Aidiladha. Rukyat yang dimaksud, adalah rukyatul hilal (pengamatan bulan sabit) untuk menetapkan awal bulan Zulhijjah, yang dilakukan oleh penduduk Mekah. Rukyat ini berlaku untuk seluruh dunia.

Kerana itu, kaum Muslim dalam sejarahnya senantiasa berAidiladha pada hari yang sama. Fakta ini diriwayatkan secara mutawatir (oleh orang banyak pihak yang mustahil berbohong) bahkan sejak masa kenabian, dilanjutkan pada masa Khulafa’ ar-Rasyidin, Umawiyin, Abbasiyin, Uthmaniyin, hingga masa kita sekarang.

Namun meskipun penetapan Aidiladha ini sudah ma’luumun minad diini bidl dlaruurah (telah diketahui secara pasti sebagai bahagian integral ajaran Islam), anehnya pemerintah Indonesia (dan sebahagian negara muslim lainnya juga seperti Malaysia 2022) dengan mengikuti fatwa sebahagian ulama telah berani membolehkan perbezaan Aidiladha. Jadilah negara-negara ini sebagai negara di muka bumi yang tidak mengikuti Hijaz dalam berAidiladha.* Sebab, Aidiladha di Indonesia sering kali jatuh pada hari pertama dari Hari Tasyriq (tanggal 11 Zulhijjah), dan bukannya pada Yaumun-nahr atau hari penyembelihan korban (tanggal 10 Zulhijjah).

Kewajipan kaum Muslim untuk berAidiladha (dan berAidilfitri) pada hari yang sama, telah ditunjukkan oleh banyak nash-nash syarak. Di antaranya adalah sebagai berikut :

HUJJAH PERTAMA:

“Aidilfitri adalah hari saat umat manusia berbuka, dan ‘Aidiladha adalah hari ketika umat manusia menyembelih korbannya.” (HR. Tirmidzi dari ‘Aisyah ra.).

Selain itu Imam Tirmidzi juga meriwayatkan hadis Nabi saw dengan lafaz berbeza,

“Berpuasa (Ramadhan) adalah saat mereka berpuasa, ‘Aidilfitri adalah saat mereka berbuka, dan Aidiladha adalah masa mereka menyembelih (haiwan korban).” (HR. Tirmidzi dari Abu Hurairah ra.).

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa perayaan Aidiladha dilakukan pada saat (jemaah haji) melakukan penyembelihan haiwan korban (berkorban), iaitu tanggal 10 Zulhijjah, bukan hari yang lain. Dalam hal ini Ummul Mukminin ‘Aisyah ra. Mengatakan,

“Bahawa hari Arafah (iaitu tanggal 9 Zulhijjah) itu adalah hari yang telah ditetapkan oleh Imam (Khalifah), dan hari berkorban itu adalah masa Imam (Khalifah) menyembelih korban.” (HR. Thabrani dalam kitab Al-Ausath, dengan sanad hasan).

Ini lebih menegaskan lagi bahawasanya penetapan hari (wukuf) di Arafah, dan Aidiladha (yaumul hadyi) diputuskan oleh Imam (Khalifah) kaum Muslimin, yang berlaku serentak untuk seluruh kaum Muslimin di negeri manapun, baik mereka tinggal di negeri Hijaz, Mesir, Syria, Turki, Iraq, Pakistan, Indonesia, Uzbekistan, ataupun di Malaysia.

HUJJAH KEDUA:

Hadis yang berasal dari Husain bin Harits Al Jadali, yang menyampaikan:

“Bahawasanya Amir Makkah (Wali Mekah) berkhutbah dan menyatakan : ‘Rasulullah saw. memerintahkan kita agar memulakan manasik (haji) berdasarkan rukyat. Apabila kita tidak melihat (rukyat)nya, sementara dua orang yang adil menyaksikan (munculnya hilal) maka kita mesti memulakan manasik dengan kesaksian dua orang tersebut.” (HR. Abu Daud)

Hadis ini menunjukkan bahawa pada masa itu Amir Makkah-lah yang menetapkan pelaksanaan manasik haji, mulai dari wukuf di Arafah, Tawaf Ifadhah, bermalam di Muzdalifah, melempar Jumrah, dan seterusnya. Dengan kata lain, penguasa yang menguasai kota Mekah saat ini berhak menentukan wukuf di Arafah (9 Zulhijjah), pelaksanaan penyembelihan haiwan korban (10 Zulhijjah), dan rangkaian manasik haji lainnya.

Hal itu bererti negeri-negeri Islam lainnya perlu mengikuti penetapan hari wukuf di Arafah, yaumun nahar (hari penyembelihan haiwan korban pada tanggal 10 Zulhijjah) berdasarkan keputusan Amir Makkah, atau penguasa yang saat ini mengelola kota Mekah. Oleh kerana itu, kaum Muslimin di seluruh dunia wajib merayakan Aidiladha secara serentak pada hari yang sama, iaitu pada saat ketika jemaah haji sedang melakukan penyembelihan korban pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah dan bukan pada awal hari Tasyriq.

HUJJAH KETIGA:

Hadis Rasulullah saw. melalui Abu Hurairah ra.,

“Sesungguhnya Rasulullah saw. melarang berpuasa pada hari Arafah (bagi jemaah haji yang ada) di padang Arafah.” (HR. Abu Daud, Nasa`i, dan Ibnu Khuzaimah).

Disunnahkan bagi orang-orang yang tidak menjalankan ibadah haji untuk berpuasa pada hari (wukuf) Arafah, atau pada hari kesembilan bulan Zulhijjah. Hari Arafah adalah hari itu jemaah haji melakukan wukuf di Padang Arafah. Ini menunjukkan pula bahawa hari Arafah itu satu, tidak berbilang dan tidak boleh berbilang. Jadi bagaimana mungkin kaum Muslimin di Indonesia/Malaysia berpuasa Arafah pada hari penyembelihan haiwan korban, iaitu pada hari jemaah haji tengah menjalankan Aidiladha? Dan bagaimana mungkin mereka merayakan Aidiladha sekaligus melakukan solat Eid (solat hari raya) pada hari sewaktu jemaah haji sudah memasuki awal hari Tasyriq (tanggal 11 Zulhijjah)?

HUJJAH KEEMPAT:

Hadis Rasulullah saw. melalui Abu Hurairah ra,

“Sesungguhnya Rasulullah saw. melarang berpuasa pada dua hari, iaitu hari Aidilfitri, dan hari Aidiladha.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Selain itu kita diharamkan berpuasa pada hari Tasyriq, sebagaimana sabda Rasulullah saw.,

“Hari-hari di Mina (hari-hari Tasyriq) adalah hari-hari untuk makan dan minum serta mengingat Allah Ta’ala.” (HR. Muslim).

Maka, tidak diperbolehkan kaum Muslimin menjalankan puasa sunat pada hari tatkala jemaah haji tengah merayakan Aidiladha (10 Zulhijjah).

Wallahu a’lam bishshawab.

Sumber: muslimahnews.com

*Tambahan data realiti terkini penterjemah

Exit mobile version