Site icon MuslimahHTM News

Adakah Seorang Muslim yang Belum Melaksanakan Ibadah Aqiqah Tidak Boleh Melaksanakan Ibadah Korban?

Oleh : KH. M. Shiddiq Al Jawi

Soalan:

Adakah orang yang belum aqiqah tidak dibenarkan untuk berkorban (wajib aqiqah dahulu)?

Jawapan:

Boleh dan sah bagi seorang Muslim berkorban walaupun dia masih belum melakukan aqiqah untuk dirinya.

Hal ini kerana ibadah korban dan aqiqah adalah dua hukum yang masing-masing berdiri sendiri, yang satu tidak mensyaratkan yang lain.

Dengan kata lain, alasannya adalah kerana tidak ada dalil syarie yang menunjukkan aqiqah merupakan syarat bagi keabsahan korban.

Oleh kerana itu, jika seseorang belum melaksanakan aqiqah untuk dirinya, boleh dia berkorban dan tidak mengapa. Justeru, kondisinya yang belum beraqiqah tidaklah berpengaruh pada keabsahan ibadah korban yang dia laksanakan.

Hal ini berbeza dengan dua hukum yang masih satu rangkaian, atau dalam bahasa fiqih, masih “satu masalah”, dimana dua hukum syarak tidak berdiri sendiri, melainkan terkait satu sama lain. Misalnya antara wudhuk dan solat, dimana wudhuk merupakan syarat bagi sahnya solat. Atau misalnya antara rukyatul hilal dengan pelaksanaan puasa Ramadhan, dimana rukyatul hilal merupakan sebab syarie bagi sahnya pelaksanaan Ramadhan.

Adapun antara aqiqah dan korban, tidak terdapat dalil syarie yang mengkaitkan hukum aqiqah sebagai syarat bagi ibadah penyembelihan korban. Tidak ada dalil syarie yang menunjukkan bahawa aqiqah merupakan syarat bagi keabsahan korban. Maka tiada syarat aqiqah untuk korban, bererti sah korban tanpa aqiqah terlebih dulu.

Syeikh Muhammad Mushthofa Az Zuhaili menjelaskan tentang syarat sebagai berikut :

فالشرط وصف يتوقف عليه وجود الحكم، وحقيقته أن عدمه يستلزم عدم الحكم، ولا يلزم من وجوده وجود ولا عدم، ولا يتحقق الحكم بشكل شرعي إلا بوجود الشرط الذي وضعه الشارع له

“Jadi syarat itu adalah sifat yang padanya bergantung keberadaan hukum, dan hakikatnya adalah ketiadaannya mengharuskan tiadanya hukum, namun sebaliknya keberadaannya tidak memestikan hukum itu ada atau tiada. Dan suatu hukum syarie itu tidaklah terwujud secara syarie kecuali dengan adanya syarat yang telah ditetapkan oleh Asy Syari’ (Allah SWT).”

(Muhammad Mushthofa Az Zuhaili, Al-Wajiz fi Ushul Al-Fiqh, 1/403).

Dengan demikian, jelaslah bahawa boleh dan sah seorang Muslim menyembelih haiwan korban walaupun dia belum lagi melaksanakan ibadah aqiqah, kerana tidak terdapat dalil yang menunjukkan bahawa aqiqah itu menjadi syarat sahnya korban.

Wallahu a’lam.

Jogakarta, 2 Jun 2022

M.Shiddiq Al Jawi

Exit mobile version