Penulis: Nabila Ummu Anas
Pada tahun 50 H, Uqbah bin Nafi Al Fahri telah membebaskan negeri-negeri Afrika atas perintah Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan. Antara daerah yang ditakluk termasuklah Qairuwan yang ketika itu hanya rimba belantara dan semak belukar yang dihuni oleh binatang buas serta ulas gergasi.
Kemudian, ramai orang Barbar yang memeluk Islam dan mereka membina penempatan fi Qairuwan.
Jihad Fi Sabilillah, Bahagian Politik Luar Negeri Negara Islam
Penaklukan yang dilakukan oleh Negara Islam merupakan kewajipan dari Allah SWT. Penaklukan ini berbeza dengan penjajahan seperti yang dilakukan oleh Barat. Dengan jihad, Islam akan tersebar dan rahmat dapat dirasakan oleh sekalian manusia dimana pun mereka berada. Penyebaran Islam tidak akan memaksa menusia untuk memeluk Islam, tetapi membuatkan mereka hidup dengan aturan dari Allah yang sesuai dengan fitrah manusia dan akan membahagiakan hidupnya.
Inilah politik luar negeri Negara Islam yang sentiasa dilaksanakan sejak Rasulullah SAW memimpin Negara Madihah kemudian diteruskan oleh para Khulafa al-Rasyidin sehingga kekhilafahan setelahnya termasuklah di masa Muawiyah bin Abu Sufyan.
Sangat banyak ayat Al-Quran yang berisi seruan Allah berkenaan jihad ini. Allah SWT berfirman, “Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedangkan belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.” [TMQ Ali-Imraan (3): 142]
Allah SWT juga berfirman di dalam surah An-Nisaa’, “Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.” [TMQ An-Nisaa’ (4): 95]
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” [TMQ Al-Maaidah (5): 35]
Panglima Penakluk Afrika Utara
Afrika Utara adalah kawasan yang wilayahnya terbentang luas mulai dari timur sehingga barat. Penaklukan Afrika Utara merupakan peristiwa penting dan bersejarah selama masa kekuasaan Muawiyah bin Abu Sufyan kerana dia telah membuka jalan bagi kekhalifahan Islam setelahnya untuk menakluk negeri-negeri lain yang ada di benua Afrika.
Uqbah bin Nafi adalah panglima pasukan yang mendapat amanah untuk menakluk Afrika Utara. Pasukan Uqbah sangat bersemangat dalam penaklukan ini walaupun jarak yang ditempuh sangat jauh.
Uqbah memimpin pasukan Muslim ke Afrika Utara melalui padang pasir Mesir. Dalam perjalanan, beliau mendirikan sejumlah pos ketenteraan, salah satunya di wilayah yang kini dikenali sebagai Tunisia.
Wilayah Kekuasaan Khilafah Islam Makin Luas
Di Tunisia, Uqbah bin Nafi membina sebuah kota bernama Qairuwan yang terletak di 160 kilometer arah selatan sebuah daerah yang kini dikenali sebagai Tunis, ibu kota Tunisia. Uqbah menggunakan Qiruwan sebagai pos utama untuk operasi-operasi selanjutnya.
Pos-pos ketenteraan yang didirikan Uqbah ini terbentang sepanjang ratusan mil tanpa ada tentangan dari masyarakat setempat. Setelah melintasi wilayah Tunisia, Libya, Algeria dan Morocco, dia akhirnya berjaya mencapai pesisiran Samudera Atlantik dengan penuh kemenangan. Dengan penaklukan Afrika Utara, banyak penduduk setempat yang memeluk Islam dan sebahagiannya tunduk di bawah pemerintahan Khilafah Islamiyah.
Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan kemudian membina benteng untuk melindungi kota Qairuwan dari serangan pasukan Barbar dan menjadikan kota Qairuwan sebagai ibu kota wilayah Afrika Utara.
Dengan penaklukan Afrika Utara, sekitar 40 tahun kemudian, armada angkatan laut Islam di seluruh Laut Tengah menjadi arnada yang terkuat dan tiada tandingan sehingga dua abad berikutnya. Pasukan ekspedisi dari Afrika Utara menduduki Sisilia pada tahun 211 H (837 M) sehingga masuk ke wilayah pantai Itali dan Perancis Selatan.
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” [TMQ Al-Anbiyaa’ (21): 107]
”Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (QS Al–Anbiya: 107).
Sumber : Qadhi Syaikh Muhammad bin Ahmad Kan’an. Daulah Bani Umayah. Al Qowam

