Ibadah haji sejatinya adalah fardhu bagi setiap Muslim yang mampu atau istitha’ah. Namun demikian, syariah Islam juga menetapkan Imam/Khalifah untuk mengurus pelaksanaan haji dan keperluan para jemaah haji. Sebabnya, Imam/Khalifah adalah ra’in (pengurus rakyat). Sabda Nabi saw.:
الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Imam (Khalifah) adalah pengurus rakyat dan dia bertanggungjawab atas rakyat yang dia urus”. (HR al-Bukhari).
Catatan sejarah menunjukkan betapa besar perhatian dan pelayanan yang diberikan para khalifah kepada jemaah haji dari berbagai negara. Mereka dilayani dengan sebaik-baiknya sebagai tetamu Allah. Pelayanan itu dilakukan tanpa ada unsur perniagaan, pelaburan atau mengambil keuntungan dari pelaksanaan ibadah haji. Semua merupakan kewajipan yang mesti dijalankan negara.
Ada beberapa langkah yang dilakukan oleh Khilafah dalam melayani para jemaah haji ini.
Pertama: Khalifah melantik pegawai khusus untuk memimpin dan mengelola pelaksanaan haji dengan sebaik-baiknya. Mereka dipilih dari orang-orang yang bertakwa dan mahir memimpin. Rasulullah saw. pernah menunjukkan ‘Utab bin Asad, juga Abu Bakar ash-Shiddiq ra., untuk mengurus dan memimpin jemaah haji. Rasulullah saw. juga pernah memimpin secara langsung pelaksanaan ibadah haji pada saat Haji Wada’.
Pada masa Kekhilafahan Umar ra. pula, pelaksanaan ibadah haji pernah diserahkan kepada Abdurrahman bin Auf ra. Ibadah haji juga pernah dipimpin oleh Khalifah Umar ra. hingga masa akhir Kekhilafahannya.
Pada masa Khalifah Uthman ra., pelaksanaan haji juga pernah dipimpin oleh Abdurrahman bin Auf ra.
Kedua: Jika negara perlu menetapkan kos menunaikan haji, maka nilainya tentu akan disesuaikan dengan biaya yang diperlukan oleh para jemaah berdasarkan jarak wilayahnya dengan Tanah Haram (Mekah-Madinah), serta penginapan dan prasaranan yang diperlukan sepanjang tempoh pergi dan kembali dari Tanah Suci. Dalam penentuan kos atau biaya ini, paradigma negara Khilafah adalah ri’ayatu syu’un al-hujjaj wa al-‘ummar (mengurus urusan jemaah haji dan umrah). Bukan paradigma perniagaan, untung dan rugi. Khilafah juga boleh membuka pilihan: laluan darat, laut dan udara. Masing-masing dengan konsekuensi biaya yang berbeza.
Ketiga: Khalifah berhak untuk mengatur kuota haji dan umrah. Dengan itu keterbatasan tempat tidak menjadi halangan bagi para calon jemaah haji dan umrah. Dalam hal ini, Khalifah perlu memperhatikan:
(1) Kewajipan haji hanya berlaku sekali seumur hidup;
(2) Kewajipan haji hanya berlaku bagi mereka yang memenuhi syarat dan berkemampuan. Bagi calon jemaah yang belum pernah haji, sementara sudah memenuhi syarat dan berkemampuan, maka mereka akan diberikan keutamaan. Dengan itu, daftar menunggu giliran haji yang panjang akan dapat dihapuskan kerana hanya yang benar-benar mampu yang diutamakan.
Keempat: Khalifah akan menghapus visa haji dan umrah. Ini kerana, di dalam sistem Khilafah, kaum Muslim hakikatnya berada dalam satu kesatuan wilayah. Tidak dihalan atau disekat oleh batas (sempadan) daerah dan negara, sebagaimana yang berlaku pada saat ini. Seluruh jemaah haji yang berasal dari berbagai penjuru Dunia Islam boleh keluar masuk Mekah-Madinah secara bebas tanpa visa. Mereka hanya perlu menunjukkan kad identity (boleh jadi berupa kad pengenalan atau passport). Visa juga hanya ditetapkan untuk kaum Muslim yang menjadi warga negara kafir, baik kafir harbi hukm[an] mahupun fi’l[an].
Kelima: Khalifah akan membangun berbagai sarana dan prasarana untuk kelancaran, ketertiban, keamanan dan keselesaan para jemaah haji. Dengan begitu faktor-faktor teknikal yang dapat mengganggu apalagi menghalangi pelaksanaan ibadah haji dapat disingkirkan sehingga istitha’ah amaniyah dapat tercapai.
Pembangunan sarana-prasarana haji mencakupi sarana pengangkutan menuju Tanah Suci hingga tempat-tempat pelaksanaan ibadah haji seperti Masjidil Haram, Mina, Arafah, dan sebagainya. Semua itu bertujuan agar dapat menampung banyak jemaah serta dapat memberikan kemudahan dan keselesaan tatkala beribadah.
Pada masa Khilafah Uthmaniyah, Sultan ‘Abdul Hamid II membangun sarana pengangkutan besar-berasan dari Istanbul, Damaskus hingga Madinah untuk mengangkut jemaah haji yang dikenali sebagai Hijaz railway. Malah sebelum Khilafah Uthmaniyah, Khalifah ‘Abbasiyyah, ketika era Harun ar-Rasyid, telah membangun jalur haji dari Iraq hingga Hijaz (Mekah-Madinah), termasuk membangun saluran air yang menjamin jemaah haji tidak kekurangan air sepanjang perjalanan. Di setiap titik (check points) dibangun pos perkhidmatan umum, yang menyediakan logistik, termasuk dana zakat bagi yang kehabisan bekal. Pembangunan saluran air bagi jemaah haji itu dipelopori oleh isteri Khalifah Harun ar-Rasyid yang bernama Zubayda. Diriwayatkan untuk projek tersebut dia telah mengeluarkan wang hingga 1.7 juta dinar!
Keenam: Pada masa pandemik atau wabak melanda, Khilafah akan tetap berusaha menyelenggarakan haji dengan melakukan penanganan sesuai protokol kesihatan seperti menjamin sanitasi, menjaga protokol kesihatan sepanjang tempoh pelaksanaan haji, pemberian vaksin bagi para jemaah haji, sarana kesihatan yang memadai, serta tenaga perubatan yang memadai.
Khilafah tidak akan menutup pelaksanaan ibadah haji, tetapi akan melakukan prosedur sesuai protokol kesihatan pada rakyat. Mereka yang terbukti sakit akan dirawat sampai sembuh. Mereka yang sihat tetap diizinkan beribadah haji. Menutup pelaksanaan haji dan umrah adalah tindakan yang keliru kerana ia akan menghalang orang yang akan beribadah ke Baitullah.
Semua aktiviti Khilafah dalam pengurusan haji itu dilakukan dengan prinsip ri’ayah (pelayanan), bukan bersifat komersil atau mengambil keuntungan dari jemaah. Berbeza dengan hari ini. Pengurusan haji diurus oleh negara masing-masing tanpa ada kesatuan pelayanan kerana tiada kesatuan kepemimpinan. Akibatnya, sering muncul konflik kepentingan dan kekacauan misalnya pembahagian kuota, komersialisasi hotel, tiket, katering, dan sebagainya.
Demikianlah keagungan pelayanan haji yang dilakukan oleh para khalifah. Mereka benar-benar berkhidmat melayani tetamu Allah sesuai dengan syariah Islam. Tanpa pelayanan dari pemimpin yang bertumpu pada syariah, pelaksanaan ibadah haji sering terkendala, dan bukan tidak mungkin menjadi platform mengaut keuntungan bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Buletin Kaffah no. 196, “Pelayanan Ibadah Haji Sepenuh Hati”

