Site icon MuslimahHTM News

Hukum Fikh Seputar Korban : Tata Cara Penyembelihan (Bahagian 3)

Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman

Sambungan…

Proses penyembelihan tersebut berbeza-beza mengikuti keadaan haiwan yang disembelih. Kerana haiwan tersebut adakalanya boleh disembelih secara syarie, dan adakalanya tidak.

Haiwan yang Boleh Disembelih: Haiwan ini boleh berupa unta, atau yang lain. Jika yang disembelih tersebut adalah unta, maka kaki depan dan belakangnya sebelah kiri diikat, kemudian pangkal lehernya disembelih, dalam keadaan sambil berdiri menghadap kiblat. Tetapi, jika haiwan tersebut bukan unta, maka ditidurkan mengiring, dimana lambung sebelah kiri di bawah, kemudian disembelih menghadap kiblat.

Bahagian yang Harus Dipotong: Dalam menyembelih haiwan sembelihan, ada 4 urat yang mesti putus, saat penyembelihan. (a) kerongkong [hulqum]; (b) 2 urat leher [wadijain]; (c) kerongkongan [mari’]. Jika tiga dari empat urat ini terputus, maka sah.

Namun, ketika haiwan tersebut disembelih dari tengkuk, hingga tulang lehernya terputus, lalu mati, tetapi empat uratnya justeru belum terpotong, maka sembelihan seperti ini tidak boleh dimakan. Tetapi, ketika tulang lehernya terputus, seketika juga diikuti dengan terputusnya empat urat tadi, maka halal dimakan. Kerana itu, makruh hukumnya menyembelih dari tengkuk, kerana menyiksa haiwan sembelihan.

Disunahkan Segera: Dalam penyembelihan, disunahkan untuk sesegera mungkin. Ini sebagaimana sabda Nabi saw:

إنَّ اللهَ كَتَبَ الإحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوْا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوْا الذَّبْحَ، وَلْيَحُدَّ أَحَدُكُمْ شَفَرَتَهُ، وَلْيُرحِ ذَبِيْحَتَهُ 

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan [sempurna dalam menunaikan kebaikan] dalam segala hal. Jika kalian membunuh [haiwan buruan], maka berbuatlah baik terhadap buruanmu. Jika kalian membunuh, maka berbuat baiknya terhadap sembelihanmu. Hendaknya salah seorang di antara kalian mengasah [menajamkan] mata pisaunya, dan tidak menyakiti sembelihannya.” [HR Muslim] [8]

Disunahkan Menguliti Saat Sudah Tidak Bernyawa: Haiwan yang sudah disembelih tidak boleh segera disiat kulitnya, kecuali setelah benar-benar nyawanya sudah terlepas dari jasadnya. Kerana disunahkan disiat dan melapah setelah nyawanya betu-betul terlepas dari jasadnya, begitu juga memotong-motong bahagian tubuhnya yang lain.

Exit mobile version