Site icon MuslimahHTM News

HUKUM ORANG MAMPU MENERIMA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

Oleh : KH. M. Shiddiq Al Jawi

Soalan :

Ustaz, kalau kita diberi daging korban, padahal kita bukan orang miskin, bagaimana hukumnya?

Jawapan :

Boleh, anda sebagai orang yang mampu menerima daging korban tersebut. Sebab pemberian daging korban oleh ulama disamakan hukumnya dengan shadaqah tathawwu’ (sedekah sunnah).

Padahal shadaqah sunnah itu boleh hukumnya diberikan kepada orang yang kaya (mampu).

Imam Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa pembahagian daging korban hukumnya sama dengan shadaqah tathawwu’. (Ibnu Qudamah. Al Mughni, 9/450).

Imam Ibnu Qudamah berkata :

وَيَجُوزُ أَنْ يُطْعِمَ مِنْهَا كَافِرًا ، … ؛ لِأَنَّهُ صَدَقَةُ تَطَوُّعٍ ، فَجَازَ إطْعَامُهَا الذِّمِّيَّ وَالْأَسِيرَ، كَسَائِرِ صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ

“Boleh hukumnya memberikan sebahagian daging korban kepada orang kafir…kerana daging korban itu adalah shadaqah tathawwu’. Maka boleh memberikannya kepada dzimmi dan tawanan, sebagaimana halnya shadaqah tathawwu’ lainnya.” (Ibnu Qudamah. Al Mughni, 9/450).

Dalam shadaqah tathawwu’, boleh orang yang mampu (kaya) menerimanya, walaupun orang miskinlah yang lebih utama untuk menerimanya.

Imam Nawawi dalam Al Majmu’ berkata :

تحل صدقة التطوع للأغنياء بلا خلاف، فيجوز دفعها إليهم ويثاب دافعها عليها, ولكن المحتاج أفضل. قال أصحابنا: ويستحب للغني التنزه عنها, ويكره التعرض لأخذها

“Dihalalkan shadaqah tathawwu’ itu bagi orang kaya tanpa ada perbezaan pendapat dikalangan ulama. Maka boleh memberikan shadaqah tathawwu’ kepada mereka [orang kaya] dan pemberinya akan mendapat pahala. Tetapi [memberikan kepada] yang memerlukan itu afdhal. Sahabat kami berkata,’Disunnahkan bagi orang yang kaya untuk menghindarkan diri dari shadaqah sunnah, dan dimakruhkan untuk mengambilnya.” (Imam Nawawi, Al Majmu’ ,6/236).

Wallahu a’lam.

M. Shiddiq Al Jawi
31 Julai 2020

Exit mobile version